Bagi seorang selebriti, pakaian adalah salah satu aspek penting dalam penampilan mereka di khalayak umum. Biasanya, mereka akan memakai pakaian yang unik dan direka oleh pereka terkenal apabila menghadiri sesuatu majlis atau upacara yang gilang-gemilang.
Sesetengah daripada pakaian selebriti ini memberi kesan kepada pakaian lain dalam dunia fesyen dan ada juga yang meninggalkan kesan dalam sejarah dunia hiburan. Maka, tidak hairanlah mengapa ada pakaian selebriti yang begitu mahal harganya.
BESARKAN TEKS A- A+
Berikut adalah pakaian paling mahal yang pernah digayakan seorang selebriti.
8. Paris Hilton - Anugerah Kecantikan Hollywood 2017 - RM 1.13 juta
Pada tahun 2017, Paris Hilton memakai pakaian yang direka oleh August Getty ketika menghadiri Anugerah Kecantikan Hollywood. Tidaklah begitu mengejutkan jika selebriti ini mampu membelinya kerana dia adalah seorang pewaris rangkaian perhotelan.
Pakaian itu dihiasi dengan 500,000 kristal Swarovski dan memerlukan masa selama lapan bulan untuk disiapkan. Seramai lima orang pekerja berusaha menyiapkan pakaian yang bernilai RM 1.13 juta ini.
7. Kate Middleton - Pakaian pengantin - RM 1.48 juta
Pada April 2011, Kate Middleton telah berkahwin dengan Putera William di Westminster Abbey. Pada hari majlis perkahwinan itu, Kate memakai pakaian yang direka oleh Sarah Burton daripada syarikat fesyen Alexander McQueen.
Pakaian pengantin itu menampilkan korset renda ala Victoria dan kain di belakangnya adalah sepanjang 9 kaki. Pakaian pengantin Kate itu dilaporkan bernilai RM 1.48 juta. Harga baju pengantin diraja ini mampu menghasilkan ratusan pakaian pengantin biasa.
6. Grace Kelly - Pakaian pengantin – RM 2.3 juta
Pelakon Amerika ini menjadi Puteri Monaco setelah berkahwin dengan Putera Rainer III pada April 1956. Antara perkara paling menonjol mengenai perkahwinan diraja ini adalah pakaian perkahwinan Kelly.
Baju pengantinnya telah menjadi inspirasi kepada pengantin perempuan di seluruh dunia selama berdekad-dekad lamanya. Gaun pengantin itu menampilkan bahagian leher yang tinggi, lengan panjang dan skirt penuh. Malah, pakaian pengantin Kate Middleton juga diinspirasikan oleh pakaian ini.
Pakaian ini direka oleh Helen Rose dan menampilkan beribu-ribu mutiara yang dijahit tangan serta renda yang berusia 125 tahun dari Brussels, Belgium. Harga pakaian ini bernilai RM 250,000 pada 1956, bersamaan dengan RM 2.3 juta pada hari ini.
5. Audrey Hepburn- Filem Breakfast at Tiffany’s –RM 3.4 juta
Black dressyang dipakai oleh pelakon popular Audrey Hepburn dalam filem Breakfast at Tiffany's(1961) adalah salah satu pakaian paling dikenali sepanjang zaman.
Pada tahun 2006, pakaian ikonik daripada Givenchy ini telah dijual di lelongan Christie pada harga RM 3.4 juta. Dua lagi pakaian ini masih dalam keadaan baik di mana satu di arkib Givenchy dan satu lagi pula di Costume Museum di Madrid, Sepanyol.
4. Nicole Kidman - Oscar 1997 - RM 8.4 juta
Pada tahun 1997, pelakon Nicole Kidman memukau hadirin di Anugerah Akademi apabila menggayakan pakaian sutera Christian Dior Haute Couture berwarna hijau.
Menurut wartawan 'red carpet' Oscar 1997 iaitu Melissa Rivers, pakaian Kidman itu lengkap dengan sutera bersulam dengan belahan di bahagian tepi dan dilapisi dengan cerpelai adalah "pakaian couturesejati pertama di atas permaidani merah.
Pakaian ini mengambil masa kira-kira 1,000 jam untuk disiapkan dan bernilai kira-kira RM 8.4 juta.
3. Jennifer Lawrence - Oscar 2013 – RM 16.8 juta
Pada Anugerah Akademi Oscar 2013, detik yang paling ikonik adalah ketika Jennifer Lawrence terjatuh samasa menaiki tangga untuk menerima anugerah bagi lakonannya dalam filem Silver Lining Playbook.
Pelakon itu mungkin berasa gementar menerima Anugerah Akademi pertamanya atau mungkin dia jatuh disebabkan pakaian yang dipakainya pada malam itu.
Pada malam itu, Jennifer Lawrence memakai gaun labuh dari Christian Dior Couture yang dilaporkan bernilai RM 16.8 juta.
2. Marilyn Monroe - Filem The Seven Year Itch – RM 19.4 juta
Pakaian putih yang dipakai oleh pelakon legenda Marilyn Monroe dalam filem The Seven Year Itch (1955) ini tidak dinafikan sebagai salah satu pakaian paling ikonik dalam sejarah. Bahkan, ia juga merupakan salah satu pakaian termahal.
Pakaian yang dicipta oleh William Travilla itu tidaklah menelan belanja yang besar tetapi telah terjual dalam satu lelongan pada tahun 2011 dengan harga RM 19.4 juta.
1. Marilyn Monroe - "Happy Birthday Mr. President" – RM 20.2 juta
Pada Mei 1962, satu majlis mengumpul dana telah diadakan oleh Parti Demokratik di Madison Square Garden, New York. Bintang Marilyn Monroe telah mendendangkan lagu "Happy Birthday" kepada Presiden Amerika Syarikat yang ke-35, John F. Kennedy.
Dia mendandangkan lagu itu sambil memakai satu gaun ketat berwarna merah jambu yang dihiasi dengan 2,500 kristal kecil yang dijahit tangan. Monroe membeli pakaian itu pada harga RM 25,000 pada waktu itu (kira-kira lebih daripada RM 250,000 pada hari ini).
Pada November 2016, baju ikonik itu telah dijual di lelongan Julien pada harga RM 20.2 juta.