Isyarat tangan adalah satu bahasa badan yang digunakan di seluruh dunia. Ia merupakan antara respon yang paling ringkas dan pantas untuk dilakukan, tanpa perlu mengucapkan apa-apa perkataan.

Terdapat terlalu banyak bahasa tangan di seluruh dunia dan ia memberikan makna yang berbeza mengikut negara dan budaya.

1malaysia 636

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam sesuatu budaya, satu isyarat tangan mungkin memberikan makna positif, tetapi memberikan makna yang buruk dalam masyarakat yang lain.

Ia boleh memberikan masalah jika anda tersalah langkah menggunakan isyarat tangan ketika melancong di luar negara. Dengan itu, iluminasi.com kongsikan 8 isyarat tangan yang harus dielakkan ketika melancong ke luar negara.

1. Peace (V)

isyarat tangan peace

Isyarat tangan "V" sangat sinonim dengan makna keamanan atau lebih dikenali sebagai isyarat peace.

Kerana sangat terkenal dan digunakan secara meluas di seluruh dunia, ia menjadi sinonim terutamanya bagi golongan wanita untuk digunakan ketika bergambar.

Isyarat tangan V ini mempunyai dua bentuk, iaitu dengan telapak tangan mengarah ke dalam dan satu lagi mengarah ke luar. Bagi kebanyakan negara, kedua-duanya memberikan makna yang sama.

Namun ia berbeza di negara-negara seperti Australia, New Zealand, Ireland, England dan Itali di mana isyarat V dengan telapak mengarah ke dalam memberikan maksud faraj.

2. Thumbs up

isyarat tangan bagus atau thumbs up

Di kebanyakan negara termasuk di Malaysia, isyarat tangan thumbs up biasanya digunakan sebagai respon untuk menggambarkan sesuatu yang positif secara tidak formal. Di Malaysia, ia memberikan makna "bagus".

Ia digunakan secara meluas dan tidak menjadi masalah. Namun, jika anda melawat ke Rusia, Amerika Selatan, Greece, Afrika Barat, Sardinia, Itali Selatan dan Timur Tengah, hati-hati dengan isyarat ini kerana ia mungkin akan memberikan masalah kepada anda.

Di negara-negara ini, isyarat tangan thumbs up sama maknanya dengan menunjukkan jari hantu atau jari tengah, yang mana kita semua tahu apa maknanya.

Jadi jika anda ingin memberikan respon positif terhadap sesuatu, cuba cari cara lain yang boleh difahami oleh mereka.

3. Memanggil dengan jari telunjuk

panggil guna jari telunjuk

Menggerakkan jari telunjuk dengan jari yang lain tergenggam memberikan erti memanggil seseorang dengan cara yang agak kurang sopan dan kasar. Namun ia juga digunakan oleh wanita sebagai isyarat menggoda lelaki.

Namun ia boleh menjadi isyarat negatif terutamanya di Filipina, di mana anda menganggap pihak lawan anda sebagai anjing. Anda boleh ditangkap oleh pihak berkuasa disebabkan isyarat tangan ini.

Dan sebagai hukuman, jari telunjuk anda mungkin akan dipatahkan. 

4. Tangan terbuka (Moutza)

moutza

Jika anda melancong ke Greece, hati-hati dengan isyarat tangan terbuka atau lebih dikenali sebagai Moutza. Moutza adalah salah satu bentuk cacian atau memperlekehkan di kalangan orang Greece.

Ia melibatkan telapak tangan dengan jari dibukakan sepenuhnya, sama ada satu atau kedua-dua belah tangan dan dihalakan ke arah seseorang lalu digerakkan ke arah orang yang ingin dicaci.

Kepercayaan atau budaya ini bermula dari zaman Rom Timur di mana masyarakat mereka membuang kotoran ke muka para penjenayah.

Ia juga memberi maksud yang sama di Pakistan, kebanyakan negara di Afrika, Jepun serta Korea yang juga membawa erti "binatang" dengan bentuk yang sedikit berbeza di mana ibu jari mengarah ke telapak tangan.

5. OK 

kim jong un ok

Isyarat tangan OK adalah isyarat yang paling popular dan difahami di seluruh dunia serta digunakan secara meluas di hampir kesemua negara di dunia.

Ya, hampir kesemua kerana terdapat beberapa negara yang tidak melihatnya sebagai sesuatu yang okay. Semua tahu akan makna isyarat ini, digunakan untuk menggambarkan sesuatu dalam keadaan yang baik atau okay.

Namun di beberapa buah negara Eropah, isyarat ini membawa maksud seperti mengatakan bahawa diri seseorang itu tidak bermakna. 

Lebuh buruk, di Brazil, Jerman dan beberapa negara Meditererranean, isyarat ini menggambarkan dubur dan digunakan untuk mengatakan bahawa seseorang itu homoseksual atau gay.

6. Menyilangkan jari telunjuk dan jari tengah

jari bersilang

Isyarat tangan dengan menyilangkan jari telunjuk dan jari hantu mempunyai beberapa maksud yang tidak memudaratkan.

Antaranya adalah ia bermakna seseorang itu membuat janji yang palsu dan dalam budaya barat pula ia memberikan maksud yang positif di mana seseorang yang melakukan isyarat tangan ini mengharapkan nasib yang baik.

Namun, ia sangat berbeza di Vietnam di mana isyarat ini merupakan isyarat negatif, yang mana maknanya serupa dengan isyarat peace, menggambarkan alat kelamin wanita.

7. Corna

isyarat corna metallica

Isyarat ini sangat lazim digunakan dalam industri muzik apatah lagi muzik dengan genre rock dan metal. Ia dikenali sebagai isyarat corna.

Ia mempunyai kedua-dua makna positif dan negatif di mana dalam beberapa budaya, ia digunakan untuk olahraga dan juga mengusir syaitan.

Namun di kebanyakan negara Mediterranean dan Latin, seperti Argentina, Brazil, Chile, Colombia, Cuba, Perancis, Greece, Itali, Portugal, Sepanyol, Mexico, Peru, Ecuador, Venezuela dan Uruguay, ia memberikan makna yang sangat negatif.

Apabila isyarat tangan ini dihalakan ke arah seseorang secara ke hadapan dan ditarik balik ke belakang dan diulang, ia memberikan makna isteri atau orang tersayang anda curang.

8. Cutis

cutis

Isyarat ini hanya dikenali dan dilihat dalam budaya India dan Pakistan di mana ibu jari diletakkan pada gigi tengah dan dikibaskan sambil berkata "cutta!".

Ia membawa maksud "Kau dan keluarga kau boleh pergi mampus" atau "Pergi jahanam seluruh keluarga kau". Mungkin anda tak akan melakukan isyarat ini di kedua-dua negara ini, namun dinasihatkan supaya berhati-hati.




Hakcipta iluminasi.com (2017)