Tumbuhan merupakan salah satu spesies kehidupan di atas muka bumi. Kebanyakan dari tumbuhan sudah diketahui khasiat serta faedahnya dan seringkali digunakan di dalam masakan atau bidang perubatan.
Namun tidak semua spesies tumbuhan itu boleh digunakan manusia. Mungkin anda pernah mendengar terdapat beberapa spesies tumbuhan yang beracun jika dimakan. Akan tetapi kali ini kami ingin berkongsikan bersama anda 7 jenis tumbuhan yang sangat berbahaya walaupun dengan hanya menyentuhnya.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Manchineel (Hippomane mancinella)
Manchineel ialah pokok yang berasal dari Florida, kepulauan Caribbean dan juga beberapa kawasan di Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Daun dan buah tumbuhan ini menyerupai pokok apple dan kadangkala ia dikenali dengan "apple pantai". Namun di dalam bahasa Spanish, pokok ini dikenali dengan nama manzanilla de la muerte (little apple of death).
Ini kerana tumbuhan ini mempunyai toksin yang sangat tinggi. Memakan buah pohon ini boleh membunuh dan pasti akan mengakibatkan kelecuran pada bahagian mulut dan organ dalaman.
Bukan itu sahaja malah titisan air hujan yang terkena daun pokok ini juga akan mengumpul phorboldan boleh membakar kulit sesiapa yang berada di bawahnya ketika hujan dan menyebabkan kulit mengelupas.
Kaum orang asli telah lama menggunakan daun pokok ini untuk dijadikan senjata memburu dan berperang dengan meletakkan toksin daun pada mata anak panah atau sumpit.
2. Poison ivy (Toxicodendron radicans)
Jika anda tinggal di Utara Amerika anda perlulah berhati-hati dengan tumbuhan yang terkenal dengan jolokan "tiga daun" ini. Poison ivy mengandungi bahan beracun yang dikenali sebagai urushiol. Apabila disentuh, ia akan mengakibatkan kegatalan, kelecuran dan rasa terbakar yang teruk.
Racun dari tumbuhan ini juga boleh melekat pada pakaian, kasut atau peralatan dan tetap berbahaya jika disentuh kemudian. Jika anda mendaki atau melalui kawasan yang mempunyai tumbuhan ini, pastikan anda membuka pakaian anda di luar rumah dengan berhati-hati agar tidak terkena pada barangan lain di dalam rumah.
Kegatalan akibat sentuhan pokok ini boleh berlaku selama seminggu hingga tiga minggu lamanya jika tidak mendapatkan rawatan yang betul.
3. Stinging nettle (Urtica dioica)
Tumbuhan ini banyak ditemui di serata Eurasia, Amerika Utara dan Afrika Utara. Daun dan pucuk tumbuhan herba ini penuh dengan bulu halus yang mempunyai asid formic dan bahan berbahaya yang lain.
Jika disentuh, bulu halus seperti jarum ini akan mencucuk masuk asid ke dalam kulit dan akan mengakibatkan kegatalan dan juga rasa seperti kulit terbakar. Namun berita baiknya ialah simptomnya hanya bertahan tidak lebih dari 24 jam sahaja.
Apa yang menariknya tumbuhan ini selamat untuk dimakan jika dimasak dengan betul. Ia agak popular di sesetangah tempat dan dijadikan sebagai sayuran.
4. Hogweed (Heracleum mantegazzianum)
Terdapat dua spesies tumbuhan hogweed ini iaitu hogweed gergasi dan juga hogweed biasa. Ia merupakan tumbuhan asli yang terdapat di Eropah dan beberapa bahagian di Amerika Syarikat.
Pada daun tumbuhan ini terdapat cairan yang mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai furocoumarins dan seharusnya dijauhi. Sebarang sentuhan boleh mengakibatkan phytophotodermatitis, di mana kulit akan menjadi mengelupas dan kepedihan jika terdedah kepada cahaya matahari.
Jika cairan berbahaya itu masuk ke dalam mata boleh mengakibatkan anda buta. Tumbuhan hogweed ini juga kelihatan sama seakan tumbuhan air yang berbahaya iaitu water hemlocks (Spesies Cicuta) dan juga seakan-akan pokok lobak merah. Jadi adalah lebih baik untuk anda menghindari tumbuhan yang seakan-akan hogweed ini jika tidak pasti mana satukah yang beracun.
5. Tread-softly (Cnidoscolus stimulosus)
Tumbuhan Tread-softly ini juga dikenali dengan nama noseburnatau finger-rot dan ia merupakan tumbuhan herba asli yang terdapat di kawasan selatan Amerika Syarikat.
Tumbuhan ini, daun dan buahnya dipenuhi dengan bulu halus yang boleh menembusi kulit dan mengalirkan beberapa bahan yang boleh menyebabkan kegatalan. Walaupun sentuhan dengan tumbuhan ini boleh menyebabkan kegatalan yang melampau, namun ia hanya bertahan kurang dari satu jam.
Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif pula mungkin akan mengakibatkan kegatalan selama beberapa hari jadi dinasihatkan agar tidak berkaki ayam di kawasan yang terdapat tumbuhan ini.
6. Gympie gympie (Dendrocnide moroides)
Keluarga nettle ini mempunyai pelbagai jenis tumbuhan beracun namun tidaklah seagrasif seperti gympie gympie ini. Tumbuhan ini banyak ditemui di Australia dan Indonesia. Gympie gympie ini merupakan salah satu tumbuhan paling berbahaya di dunia.
Duri pada daun tumbuhan ini boleh menyebabkan alahan yang teruk pada mangsanya dan kadang-kala boleh menyebabkan kejutan anaphylacticyang menyebabkan kegagalan fungsi beberapa bahagian organ dalaman. Akibat dari sengatan racun ini boleh menyebabkan kesakitan pada mangsa selama berbulan-bulan lamanya.
Ramai mangsa yang memberitahu rasa akibat terkena racun tumbuhan ini seperti terkena asid, kejutan elektrik atau seperti ditampar dengan kuat. Ada juga mangsa yang melaporkan kesakitan itu akan kembali beberapa tahun selepas terkena tumbuhan itu. Beberapa saksi lain mengatakan ada kuda yang pernah terkena dan melompat kesakitan malah ada yang terjun dari tebing tinggi akibat tidak tahan dengan bisanya.
Para saintis yang mengkaji tumbuhan ini biasanya akan memakai pakaian perlindungan khas yang tebal dan dibekalkan dengan pil antihistamine untuk langkah keselamatan.
7. Pain bush (Smodingium argutum)
Tumbuhan pain brushini juga dikenali dengan nama poison ivyAfrika dan banyak terdapat di bahagian selatan benua Afrika. Sesuai dengan namanya, tumbuhan ini sememangnya juga antara yang paling berbahaya di dunia.
Tumbuhan ini bersiaz kecil dan mempunyai cairan kimia pekat pada daunnya yang dikenali sebagai heptadecyl catechols dan akan berubah menjadi kehitam-hitaman apabila kering.
Sebarang sentuhan pada cairan ini akan mengakibatkan bahagian yang terkena itu membengkak, melepuh dan juga mengelupas. Namun berita baiknya ada segelintir orang yang imun dengan bisa tumbuhan ini. Biasanya simptom ini akan berkurangan selepas beberapa hari.
Rujukan: