Tahukah anda bahawa orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari untuk mengelakkan dehidrasi? Air amat penting untuk mengawal suhu badan, membantu penyerapan nutrien dan membawanya ke seluruh tubuh selain melancarkan sistem perkumuhan manusia.
Sekiranya jumlah air yang diminum tidak mencukupi, anda boleh mengalami dehidrasi yang akan menyebabkan kekejangan otot, kulit kering, sakit kepala atau pengsan. Sila ikuti 7 tips berikut untuk memastikan anda minum air yang cukup setiap hari:
1. Kenalpasti matlamat setiap hari
Mungkin anda rasa anda sudahpun minum air dengan banyak setiap hari. Ataupun anda tak minum langsung. Mari mulakan dengan kalkulator hidrasi ini untuk mengetahui berapa jumlah sebenar air yang perlu anda minum setiap hari.
BESARKAN TEKS A- A+
Untuk item no. 2, pilih "Sedentary" sekiranya anda mempunyai gaya hidup yang tidak memerlukan banyak pergerakan (contoh : kerja pejabat) atau "Active" sekiranya anda sememangnya sentiasa on-the-run. Kebiasaannya ramai orang akan jatuh dalam kategori "Average" di mana ia merupakan kombinasi kedua-dua tahap ini.
2. Beli satu botol air yang anda PASTI rasa nak guna
Hmm, yang mana satu pilihan hati?
3. Ataupun DIY sendiri botol air anda dengan garis masa
Foto kredit: jewelpie
4. Gunakan bantuan aplikasi untuk memantau pencapaian anda
Aplikasi percuma seperti Waterlogged (iOS) dan Water Drink Reminder (Android) boleh membantu anda untuk mengawasi dan menganalisis penggunaan air minuman anda.
5. Gunakan buah-buahan, sayuran atau herba untuk menyeduh air anda
6. Hidratkan badan anda dengan makanan mengandungi air yang tinggi
Makanan seperti tomato dan timun mengandungi kandungan air yang sangat tinggi. Sekiranya anda makan 1 cawan makanan ini, ia bersamaan dengan meminum 1 cawan air. Anda juga boleh makan makanan seperti sup dan tomyam yang berasaskan air.
7. Ekstra pedas!
Foto kredit : Giphy
Makanan yang pedas akan membuatkan anda ingin minum air dengan lebih banyak secara automatik. Jadi bolehlah mula lebihkan cili dalam masakan anda atau order cili potong ketika makan di luar.