Apabila melibatkan tatu, apa yang paling ditakuti adalah mendapatkan tatu yang mungkin dikesali di masa depan.

Walaupun ia dilihat sebagai hak peribadi, namun masyarakat melihat tindakan ini sebagai sesuatu yang tidak patut kerana ia seolah-olah merosakkan badan yang suci dan juga boleh mendapat jangkitan kuman.

Namun walaupun anda selesa dengan tatu yang anda buat, pasti ada pihak yang tidak akan bersetuju.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Malah, sesetengah tatu boleh membuatkan anda berada dalam masalah besar. iluminasi.com kongsikan 5 tatu pelik yang diharamkan di seluruh dunia.

1. Tatu simbol Nazi - Eropah 

tatu nazi diharamkan di eropah

Di negara-negara Eropah seperti Jerman, Perancis dan Slovakia, terdapat undang-undang khusus yang melarang paparan atau penggunaan awam simbol-simbol Nazi, khususnya tatu, bendera, pakaian seragam dan bentuk ucapan.

Walaupun sikap umum terhadap tatu di Jerman benar-benar diterima, sesetengah daripadanya boleh membawa masalah yang serius.

Malah, seksyen 86a Kanun Jenayah Jerman mengharamkan paparan mana-mana tatu dengan swastika, rune Sig yang digunakan oleh SS, salib Celtic yang bergaya, salib solar dan unsur-unsur lain yang berkaitan dengan budaya Nazi.

Simbol lain yang dilarang di negara ini termasuk tukul dan sabit, bintang merah, dan bendera merah yang biasanya digunakan sebagai lambang Parti Komunis.

Walaubagaimanapun, undang-undang ini tidak terpakai di Britain, sebab itu Putera Harry tidak melanggar undang-undang dengan pakaian Nazi yang mewah pada tahun 2005.

2. Tatu Buddha - Thailand

tatu buddha diharamkan di thailand

Thailand merupakan negara Buddha yang kuat dan patung-patung serta imej-imej Buddha dianggap sebagai benda suci bagi ibadat di sana.

Tetapi jika anda berfikir bahawa ini adalah alasan yang baik untuk mendapatkan tatu Buddha yang cantik yang selalu anda impikan, anda benar-benar salah.

Mempunyai gambar kepala Buddha di lengan atau belakang dianggap sangat tidak sopan, tidak sesuai budaya, dan menyinggung ke arah keagamaan penduduk. Itulah sebabnya Thailand telah melarang tatu Buddha untuk kedua-dua pelancong dan penduduk setempat.

Ia juga diharamkan di beberapa negara Asia Tenggara termasuk Sri Lanka. Pada tahun 2014, seorang pelancong Inggeris ditahan dan dihantar pulang dari Sri Lanka kerana pihak berkuasa menganggap bahawa tatu Buddha pada lengannya "mengguris hati orang lain".

3. Tatu berkaitan agama Islam - Malaysia

tatu allah pada bahu erykah badu

Tatu kekal sebenarnya dilarang dalam kalangan umat Islam Sunni kerana tatu mengubah ciptaan Allah dan oleh itu ia berdosa.

Malaysia yang majoritinya beragama Islam telah menunjukkan permusuhan terhadap tatu yang mengandungi ikonografi atau simbol agama.

Pada tahun 2012, gambar penyanyi R&B yang memenangi anugerah Grammy iaitu Erykah Badu menunjukkan dia mempunyai tatu perkataan Arab bagi "Allah" di bahunya.

Pihak berkuasa Malaysia mengharamkan konsertnya dan mengharamkannya daripada membuat persembahan, menggelarkan tatu itu sebagai 'penghinaan terhadap Islam dan kesalahan yang serius'.

4. Tatu pada muka - Oklahoma, Amerika Syarikat

tatu pada wajah diharamkan di oklahoma

Oklahoma adalah negeri terakhir Amerika Syarikat untuk mengekalkan larangan tatu tetapi sejak tahun 2006, mendapatkan tatu tidak lagi diharamkan di seluruh Amerika.

Namun, sesetengah tatu masih diharamkan di beberapa negeri. Sebagai contoh, adalah haram untuk mendapatkan tatu dalam jarak satu inci dari mata anda di Georgia, dan ini juga termasuk dengan eyeliner kekal.

Ia juga menyalahi undang-undang di sesetengah negeri untuk mendapatkan tatu jika anda mabuk

5. Tatu yang kelihatan - Jepun

tatu haram di jepun

Di Jepun, tatu mula dirangkumi sebagai perbuatan menyalahi undang-undang ketika pemerintahan Meiji pada tahun 1872.

Walaupun secara teknikalnya tidak bertentangan dengan undang-undang untuk mendapatkan tatu sejak 1948, masih terdapat stigma sosial yang besar terhadap seni tubuh di negara ini (ini juga berlaku di Selatan Korea dan Vietnam).

Ini disebabkan oleh tatu biasanya dikaitkan dengan geng-geng jenayah di Jepun, maka ia sering diharamkan di kolam renang awam, rumah mandi, gim dan bahkan beberapa hotel.

Ia bukanlah sesuatu yang tidak biasa untuk restoran atau kedai-kedai untuk tidak menerima pelanggan yang mempunyai tatu yang kelihatan. 

6. Tatu pada tangan - Denmark

tatu tangan denmark

Tiada tatu pada tangan atau muka yang dibenarkan di Denmark. Di negara ini, tatu tangan, leher, atau muka seseorang adalah sesuatu menyalahi undang-undang sejak tahun 1966.

Walau bagaimanapun, nampaknya undang-undang ini tidak diikuti dengan ketat kerana ketika ini terdapat banyak orang Denmark yang mempunyai tatu di bahagian ini.

Bagaimanapun, mereka hanya boleh pergi ke negara lain di sekeliling Denmark untuk menambah tatu lengan mereka dan mengelakkan hukuman.

7. Korea Utara

tatu haram korea utara

Di Korea Utara, kandungan tatu dikawal ketat oleh Parti Komunis dan mesti diluluskan sebelum dibuat, walaupun kadang-kala peraturan ini mungkin agak samar-samar.

Sebagai contoh, anda tidak boleh mendapatkan tatu perkataan "cinta" untuk keluarga anda, tetapi jika ia menyatakan kasih sayang anda terhadap negara dan pimpinan utama, itu tidak mengapa.

Beberapa tatu Korea Utara yang paling popular adalah "Pertahanan Tanah Air," gambar burung merpati yang mewakili keamanan, dan helang untuk kekuatan.

Sebaliknya, mempunyai tatu gambar wajah Kim Jong-un pada bicep anda akan membawa hukuman segera kerana imej keluarga berkuasa adalah suci di negara ini.

Juga, jika seorang wanita di Korea Utara mempunyai tatu, biasanya ia bermaksud bahawa dia berasal dari keluarga yang tidak baik.

Rujukan:

1. Metro

2. Mapping Megan

3. Custom Tattoo Design




Hakcipta iluminasi.com (2017)