Ketika ini petroleum atau minyak dianggap sebagai antara salah satu komoditi paling berharga di dunia. Namun, disebabkan pergolakan harganya pada tahun 2015 dan 2016 membuatkan banyak industri dan perniagaan mengalami kesan yang teruk.

Malaysia juga merupakan antara salah satu negara pengeluar minyak utama dunia. Pada tahun 2016, Malaysia berada di tangga ke-25 dunia dalam pengeluaran minyak iaitu sebanyak 661,240 tong sehari, manakala jiran kita Brunei di kedudukan ke-41 dengan 109,117 tong sehari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun jumlah ini adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah pengeluaran negara-negara dalam senarai ini. iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 7 negara pengeluar minyak terbesar di dunia ketika ini.

7. Iran – 4.2 juta tong sehari

iran negera pengeluar minyak paling besar di dunia

Dengan pengeluaran purata minyak sebanyak 4.2 juta tong sehari, Iran berada di tangga ke-7. Menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat (EIA), Iran mempunyai rizab minyak terbukti keempat terbesar di dunia dan rizab gas semulajadi kedua terbesar di dunia.

Walaupun rizab negara ini agak tinggi, namun pengeluaran minyak Iran telah banyak menurun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dan pertumbuhan pengeluaran gas asli lebih lambat daripada yang dijangkakan.

6. Iraq – 4.4 juta tong sehari

iraq negera pengeluar minyak paling besar di dunia

Pada tahun 2009, Iraq berada di tangga ke-12 pengeluar minyak dunia namun meningkat naik ke tangga ke-6 ketika ini dengan purata pengeluaran sebanyak 4.4 juta tong sehari. 

Iraq memiliki rizab petroleum terbukti ke-5 terbesar di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kanada dan Iran iaitu sbenayak 144 bilion tong, merangkumi 18% daripada rizab di Timur Tengah dan hampir 9% daripada rizab global.

Sektor minyak Iraq telah mengalami kejatuhan beberapa dekad yang lalu dari sekatan dan peperangan, dan infrastruktur minyaknya memerlukan pemodenan dan lebih pelaburan.

5. Kanada – 4.6 juta tong sehari

kanada negera pengeluar minyak paling besar di dunia

Kanada memegang tempat kelima sebagai pengeluar minyak terbesar di dunia dengan purata pengeluaran 4.59 juta tong sehari, menyumbang kepada 4.7% daripada pengeluaran global.

Menurut sumber, pengeluaran Kanada boleh meningkat sebanyak 1.26 juta tong sehari menjelang tahun 2040. Peningkatan ini dijangka datang terutamanya daripada pengeluaran pasir minyak yang merupakan salah satu cara paling mahal untuk mengekstrak minyak mentah.

Namun, kemajuan teknologi membantu mengurangkan kos pengeluaran. Sektor minyak di Kanada diswastakan dengan banyak syarikat asing dan domestik yang beroperasi di negara ini.

4. China – 4.8 juta tong sehari

china negera pengeluar minyak paling besar di dunia

Pada tahun 2016, China merupakan pengeluar minyak ke-6 terbesar di dunia namun telah melonjak naik ke tangga ke-4, dengan purata pengeluaran sebanyak 4.8 juta tong sehari.

China adalah pengimport minyak yang besar memandangkan negara ini menggunakan purata 12.38 juta tong sehari pada tahun 2016. Menurut EIA, kira-kira 80% daripada kapasiti pengeluaran China adalah di darat dan baki 20% datang dari rizab luar pesisir cetek.

Wilayah negara ini yang bertanggungjawab terhadap majoriti pengeluaran domestik terletak di bahagian timur laut dan utara China, yang telah dieksploitasi sejak tahun 1960-an.

3. Rusia – 11.2 juta tong sehari

rusia negera pengeluar minyak paling besar di dunia

Industri petrolem di Rusia adalah antara salah satu yang terbesar di dunia. Pada tahun 2016, Rusia adalah pengeluar minyak terbesar dunia, namun tidak lagi.

Rusia mempunyai rizab terbesar dunia dan merupakan pengeksport gas asli terbesar. Ia menghasilkan 12% daripada minyak dunia, dengan purata 11.2 juta tong sehari.

Industri minyak Rusia mendakwa memerlukan pelaburan yang besar dan pertumbuhan yang kuat dalam ekonomi Rusia bermaksud permintaan tempatan untuk semua jenis sumber tenaga termasuklah minyak, gas, nuklear, arang batu, hidro dan elektrik terus berkembang.

Kebaanyakan rizab minyak Rusia terletak di Siberia Barat, antaranya adalah Pergunungan Ural dan Dataran Tinggi Siberia Tengah, dan di rantau Urals-Volga, memanjang ke Laut Kaspia.

2. Arab Saudi – 12.4 juta tong sehari

arab pengeluar minyak terbesar dunia

Arab Saudi berada di kedudukan kedua dalam senarai pengeluar minyak terbesar dunia, dengan output mencapai 12.4 juta tong setiap hari, berbanding 12.07 juta tong sehari pada tahun 2015.

Negara Timur Tengah ini mempunyai 18% daripada rizab petroleum dan merupakan pengeksport petroleum terbesar di dunia. Sektor minyak dan gas Arab Saudi menyumbang kira-kira 50%  daripada KDNK negara ini, dan kira-kira 85% daripada pendapatan eksportnya.

Walaupun kerajaan Arab Saudi berusaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara, namun ia tetap bergantung kepada industri minyak.

1. Amerika Syarikat – 14.9 juta tong sehari

amerika syarikat negera pengeluar minyak paling besar di dunia

Petroleum di Amerika Syarikat telah menjadi industri utama tidak lama selepas penemuan minyak di kawasan Oil Creek di Titusville, Pennsylvania pada tahun 1859. Industri ini termasuklah penerokaan, pengeluaran, pemprosesan (penapisan), pengangkutan dan pemasaran gas asli dan produk petroleum.

Menjelang hujung tahun 2017, Amerika Syarikat menjadi pengeluar minyak terbesar di dunia dengan purata 14.86 juta tong setiap hari yang menyumbang kepada 15.3% pengeluaran minyak dunia.

Walaupun jumlah ini menurun berbanding tahun 2015 iaitu 15.12 juta tong sehari, namun ia masih paling tinggi di dunia.

Kebanyakan daripada peningkatan pengeluaran Amerika Syarikat adalah disebabkan oleh fracking (proses menyuntik cecair pada tekanan tinggi ke dalam batuan bawah tanah) dalam pembentukan syal (batu sedimen klastik terdiri daripada lumpur) di Texas dan North Dakota.

Rujukan:

1. Investopedia

2. Investing News

3. Energy Information Administration




Hakcipta iluminasi.com (2017)