Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, arang batu menyumbang sekitar 40% pengeluaran elektrik dunia. Pada masa akan datang tidak mustahil ia akan segera menggantikan minyak dan menjadi sumber tenaga primer terbesar.

Arang batu menguasai arena tenaga global kerana sumbernya yang banyak, kos pemprosan lebih rendah dan taburan sumber yang meluas di seluruh dunia. Rizab arang batu dianggarkan 1 trilion tan berdasarkan kadar pengeluaran semasa. Ini bermaksud bahawa arang batu mungkin bertahan sekitar 115 tahun lebih lama berbanding dengan simpanan minyak dan gas konvensional.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Satu perkara yang menarik untuk diperhatikan adalah simpanan arang batu yang ketara di Asia dan Afrika selatan, dua kawasan di dunia yang menghadapi cabaran besar dalam membekalkan tenaga kepada penduduknya. Rizab arang  batu biasanya dipandang rendah jika dibandingkan dengan simpanan minyak dan gas.

Walaupun terdapat peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui terutamanya perdebatan berkisarkan mengenai perubahan iklim, sumber arang batu inilah yang memainkan peranan penting bagi menampung kenaikan keperluan tenaga dari semua sumber tenaga.

7. Afrika Selatan

arang batu afrika selatan

Dengan kira-kira 252 juta tan dihasilkan, Afrika Selatan berada di tempat ketujuh dalam pengeluaran arang batu global. Negara ini adalah pengeksport arang batu keenam terbesar, telah memperdagangkan sekitar 69 juta tan pada tahun 2018. Afrika Selatan kebanyakannya mengeksport arang batu ke Eropah, China dan India.

Dianggarkan lebih daripada 90% pengeluaran elektrik di Afrika Selatan bergantung pada arang batu. Rizab arang batu di Afrika Selatan mempunyai sekitar 9.89 bilion tan mengikut laporan statistik yang dikeluarkan pada bulan Disember 2018.

6. Russia

arang batu russia

Russia berada di tangga keenam negara pengeluar terbanyakarang batu di seluruh dunia. Ia menghasilkan 354.8 juta tan arang batu pada tahun 2012, di mana 80% adalah arang batu stim. Russia juga merupakan pengguna arang batu kelima terbesar.

Ia mengeksport 134 juta tan pada tahun 2012, menjadi pengeksport arang batu ketiga terbesar. Dengan simpanan hingga 157 bilion tan, Rusia berada di tempat kedua di dunia yang berkaitan dengan simpanan arang batu.

5. Indonesia

arang batu indonesia 662

Indonesia menduduki tempat kelima dari segi pengeluaran arang batu dengan menghasilkan 461 juta tan arang batu. Indonesia dan Australia sejak dahulu bersaing rapat sebagai negara pengeksport arang batu. Pada tahun 2011 Indonesia mengatasi Australia dalam pengeluaran arang batu namun pada saat ini, keadaan telah terbalik.

Ia adalah pengeksport arang batu terbesar. Arang batu bertanggungjawab untuk 44% pengeluaran tenaga elektrik di Indonesia. Negara ini mempunyai kira-kira 5.5 bilion tan simpanan arang batu berdasarkan statistik 2012.

4. Australia

arang batu australia

Hasil arang batu di Australia mencapai 481 juta tan pada tahun 2014, meletakkannya di tempat keempat di dunia. Negara ini mengeksport sekitar 90% arang batu, yang kedua setelah Indonesia dan pada tahun 2018 mengeksport 382 juta tan.

Australia masih menyimpan 147.4 bilion tan  rizab arang batunya. Negara ini mempunyai kira-kira 100 pelombong arang batu swasta yang menjalankan operasi terbuka, dan kaedah perlombongan ini menyumbang 74% daripada jumlah pengeluaran arang batu Australia.

3. Amerika Syarikat

arang batu amerika syarikat

Amerika Syarikat dahulunya adalah yang kedua di dunia dari pengeluaran arang batu tetapi merosot ke tangga ketiga, menghasilkan 702 Juta tan arang batu pada periode 2018 yang mewakili sekitar 9% pengeluaran arang batu global. Ia juga merupakan pengguna arang batu ketiga terbesar.

Penggunaan arang batu Amerika Syarikat dianggarkan 8.5% dari jumlah penggunaan dunia dan hampir 23.5% pengeluaran elektrik negara bergantung pada arang batu. Amerika Syarikat juga mempunyai rizab arang batu terbesar di dunia, sekitar 250 bilion tan.

2. India

arang batu india

Pengeluaran arang batu India sekitar 716 juta tan, menjadikannya pengeluar kedua terbesar di dunia. India menggunakan 8% daripada keseluruhan arang batu dunia, menjadikannya pengguna sumber kedua terbesar juga.

Ia juga merupakan pengimport arang batu kedua terbesar dengan jumlah import sebanyak 197.84 juta tan pada tahun 2019, hanya mengekori China kerana importnya meningkat 12.6%.Sekitar tiga perempat (68%) penjanaan elektrik di India bergantung kepada arang batu. Rizab arang batu yang disahkan di India dianggarkan 101.3 bilion tan pada 2018.

1. China

arang batu china 876

China telah menjadi pengeluar arang batu terbesar dalam tiga dekad terakhir. China menghasilkan hampir 3.5 bilion tan arang batu pada 2018 yang mewakili 46% daripada jumlah pengeluaran arang batu global. Negara ini juga menggunakan lebih daripada separuh penggunaan arang batu dunia.

China adalah yang keempat dari segi rizab arang batu, dengan anggaran 138.8 bilion tan mengiku statistik yang dikeluarkan pada Disember 2018. Dianggarkan bahawa China menggunakan separuh daripada arang batu untuk penjanaan kuasa, yang menyumbang lebih dari 80% pengeluaran elektrik negara itu.

Kredit:

  1. World Atlas



Hakcipta iluminasi.com (2017)