Perang adalah cara yang paling mudah untuk menyelesaikan persengketaan yang paling tidak efektif, namun tetap berlaku kerana tiada jalan lain.

Di sebalik peperangan yang berakhir dengan sama ada dengan kemenangan atau kekalahan, kerosakan tetap akan berlaku dan yang akan menanggungnya bukan sahaja pihak ketenteraan, tetapi juga orang awam yang tidak bersalah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ketegangan antara Amerika Syarikat dan Korea Utara sahaja sudah membimbangkan masyarakat dunia yang memungkinkan meletusnya Perang Dunia Ketiga.

Lebih dahsyat, teknologi nuklear pasti akan menjadi senjata utama. Jika perang ini benar-benar berlaku, adakah kita di Malaysia akan terselamat, atau menjadi mangsa?

perang dunia ketiga 896

Jika ingin melarikan, ke mana yang harus kita pergi? Dan pastikah anda destinasi itu selamat? Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda antara 7 buah negara yang mungkin paling selamat jika Perang Dunia Ketiga berlaku.

7. Tuvalu

tuvalu negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus

Tuvalu adalah sebuah negera pulau yang terletak di Lautan Pasifik dan bersaiz sangat kecil shinggakan hampir tidak kelihatan dalam peta dunia. Ia merupakan tempat yang sangat selamat ketika berlakunya Perang Dunia Pertama.

Sebagai negara ke-4 paling kecil di dunia, ia juga merupakan kepulauan gunung berapi dan terdiri daripada pulau karang. Tiada satu pun negara besar yang akan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menyerang negara kecil ini, kerana tiada faedah.

tuvalu negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus 2

Tuvalu juga akan selamat daripada sebarang radiasi nuklear hasil daripada penggunaan senjata nuklear dalam perang tersebut. Ekonomi negara ini dijana melalui penangkapan ikan, pelancongan dan pengangkutan. Ia juga menerima sokongan kewangan dari negara-negara lain yang lebih besar dan berkuasa.

6. Chile

chile negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus 2

Chile adalah sebuah negara yang besar dan sebahagian daripada benua yang besar, namun selamat. Negara di benua Amerika Selatan ini mempunyai kawasan yang panjang dengan garis pantai yang memanjang ke Lautan Pasifik.

chile negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus

Chile dikelilingi oleh Andres, Gurun Atacama yang gersang dan gunung pesisir. Oleh kerana lokasinya yang dekat dengan Antartica, ia menyukarkan bagi negara-negara lain untuk menyerangnya.

5. Iceland

iceland negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus 2

Kedudukan Iceland adalah sangat jauh dari tanah besar Eropah dan United Kingdom, dan dekat dengan Kutub Utara. Negara ini mempunyai populasi yang sedikit dan jarang menjadikannya destinasi yang selamat apabila meletusnya Perand Dunia.

Semasa Perang Dunia Kedua, Iceland adalah neutral dan tidak terlibat dalam peperangan secara langsung. Negara yang mempunyai gunung, glasier dan padang lava ini sangat stabil dari segi ekonomi.

iceland negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus

Ia bergantung kepada pelancongan, penangkapan ikan, eksport dan sumber alam semulajadi yang lain. Hari ini, ia merupakan antara negara terkaya di dunia dan anda akan mendapat segala kemudahan di sini ketika perang terjadi. Iceland kebarangkalian besar tidak akan menjadi titik serangan semasa peperangan.

4. Kepulauan Cook 

kepulauan cooks negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus 2

Cook Islands atau Kepulauan Cook adalah koleksi pulau yang berselerak di seluruh Laut Pasifik Selatan. Negara pulai ini beroperasi bersama-sama New Zealand dan kebanyakan dasar mentadbir dibuat oleh Kepulauan Cook.

Tiada negara yang akan datang dan menyerang Kepulauan Cook, serta mengebom negara ini ketika peperangan melanda kerana kos yang sangat tinggi. Negara ini mempunyai ekonomi yang kecil dan populasi yang jarang.

kepulauan cooks negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus

Sumber utama ekonomi di Kepulauan Cook adalah pelancongan, perikanan, eksport laut dan buah-buahan. Jika perang berlaku, sumber ekonomi ini sudah cukup untuk bertahan dan selamat.

3. Tonga

tonga negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus 2

Tonga adalah sebuah negera Polinesia di Oceania yang terdiri daripada 169 buah pulau kecil. Kerajaan Tonga adalah sebuah negara berdaulat di mana hanya 36 buah pulau sahaja yang didiami. Kebanyakan daripada penduduk tinggal di Tongatapu.

Tongatapu dilindungi oleh laguna dan tebing batu kapur. Oleh kerana kawasannya yang luas di lautan, ia akan menjadi sukar untuk mengebom seluruh pulau ini, menjadikannya salah satu lokasi selamat ketika perang.

tonga negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus

Tak ada siapa yang mahu menyerang negara ini kerana tiada keuntungan ekonomi atau politik boleh diperolehi daripada negara ini. Pertanian merupakan salah satu sumber ekonomi Tonga, jadi ia cukup untuk anda teruskan hidup di sini.

2. Kepulauan Fiji

kepulauan fiji negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus 2

Kepulauan Fiji adalah sebuah negara kecil di Barat Daya Pasifik yang mengandungi sekumpulan 332 buah pulau, namun hanya 106 daripadanya sahaja yang didiami. Lokasinya adalah 2,000 kilometer dari New Zealand dan merupakan antara salah satu negara membangun dari segi ekonomi di Pasifik.

Negara ini jauh dari tanah besar dan benua. Faktor-faktor ini menjadikannya sebagai salah satu calon yang baik sebagai negara paling selamat jika Perang Dunia Ketiga meletus. 

kepulauan fiji negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus

Ekonominya bertahan melalui sumber pelancongan, perikanan, perhutanan dan sumber mineral. Ia juga kaya dengan industri tebu. Melarikan diri ke negara yang terpencil ini akan membuatkan anda selamat, juga penuh dengan sumber makanan. Kepulauan Fiji juga sangat amat dan tidak terlibat dalam peperangan sebelum ini.

1. Vanuatu

vanuatu negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus 2

Vanuatu juga merupakan sebuah negara pulau yang terdiri daripada kira-kira 80 buah pulau merentasi jarak 1,300 kilometer. Negara pulau Pasifik ini terletak 1,750 kilometer timur dari utara Australia. 

Walaupun negara ini mempunyai pengaruh terhadap Perang Dunia Kedua, namun ia masih selamat, dan perang itu tidak memberikan kesan kepada Pulau Vanuatu, sama seperti perang yang akan datang mungkin tak akan memberi kesan kepadanya.

vanuatu negara paling selamat jika perang dunia ketiga meletus

Jika bom dijatuhkan di Australia atau di Amerika Syarikat, ia tidak akan menjejaskan negara ini kerana jaraknya yang sangat jauh, iaitu 11,000 kilometer dari AS. Ia menjadi salah satu destinasi yang selamat bagi pelarian perang.




Hakcipta iluminasi.com (2017)