Vans adalah jenama kasut ikonik yang sinonim dengan sukan papan selaju dan fesyen pakaian jalanan. Dimulakan pada tahun 1960 oleh Van Doren Brothers, syarikat ini telah menghasilkan reka bentuk yang tidak terkira banyaknya dan berkolaborasi dengan artis, pereka fesyen dan filem untuk menghasilkan kasut yang sesuai dengan keperibadian pemakainya.

Seperti jenama-jenama besar lain yang mempunyai peminatnya yang tersendiri, Vans turut mempunyai beberapa model kasut yang dianggap rare dan menjadi idaman para pengumpul kasut jenama ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 7 kasut Vans yang dianggap cukup rare dan sukar didapati. Harap maklum bahawa senarai sebegini adalah subjektif dan mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tidak bersetuju dengan senarai yang kami kongsikan ini.

7. Robert Williams 

robert williams vans 295

Robert Williams, seorang seniman underground yang terkenal telah bekerjasama dengan Vans untuk membuat koleksi edisi terhad ini. Kasut kolaborasi ini terdapat dalam pelbagai gaya dan cetakan. Kasut ini dihasilkan dan dijual pada tahun 2016.

Setiap kasut mempunyai cetakan kanvas khusus yang diilhamkan oleh karya seni Robert Williams yang dicetak sepenuhnya di bahagian atas kasut. Kasut kolabarasi ini datang dengan versi "slip on", "high tops" dan "low tops". Selain kasut, Robert Williams juga merekabentuk tiga t-shirt berwarna putih, kuning dan hitam untuk koleksi ini.

6. WTAPS

wtaps vans

Vans telah berkolaborasi dengan WTAPS (disebut dub taps) beberapa kali dan baru-baru ini pada tahun 2016. Koleksi 2007 yang dianggap rare ini menampilkan Vans dalam pelbagai gaya dengan cetakan tulang putih.

WTAPS adalah jenama pakaian jalanan Jepun yang diilhamkan oleh fesyen ketenteraan. Sebilangan rekaan pakaian mereka yang lain juga mempunyai lambang tulang, sesuai dengan tema kasut.

5. Bruce Lee Vans

bruce lee vans

Kasut kolaborasi ini dianggap unik kerana pembelian kasut ini hanya boleh dibuat dari laman web Bruce Lee, sesuatu yang jarang berlaku. Kasut ini hadir dalam gaya Vans Sk8-Hi, dengan lukisan pertarungan Bruce Lee di bahagian tengah. Bruce Lee adalah pelakon terkenal dan seniman bela diri yang mempunyai peminat dari seluruh dunia. 

Bruce Lee menjadi popular pada usia 33 tahun. Beliau adalah seorang seniman bela diri yang berpengalaman, pernah mengarah atau membintangi buah 24 filem, bersama dengan rancangan televisyen dan kempen media lain.

4. 50th Anniversary versi Friends and Family Vans

50th anniversary versi friends and family van

Walaupun Vans mengeluarkan kasut ulang tahun ke 50 tahun kepada masyarakat umum, mereka juga menghasilkan kasut khusus untuk pekerja dan keluarga mereka. Kasut rare ini terdapat dalam corak bunga berwarna hitam / putih. Ini bermakna, pengumpul kasut hanya boleh membeli daripada pekerja Vans sahaja. 

Oleh kerana kasut ini dibuat untuk demografi khusus, kasut ini jarang sekali dikeluarkan dan lebih sukar ditemui sekarang. Sementara itu, koleksi ulang tahun 50 yang dijual secara terbuka telah dipersetujui oleh Steven Van Doren, anak pengasas Vans Paul Van Doren.

3. Lords of Dogtown

lords of dogtown

Vans yang dipopularkan oleh komuniti papan selaju pada tahun 1970-an, menghasilkan kasut khas ini sebagai hadiah peringatan khas untuk semua kru yang terlibat dalam penghasilan filem "The Lords of Dogtown."

Filem ini berpusat pada kisah Z-boys, kumpulan remaja dari Venice, CA yang menjadi legenda papan selaju. Kasut berwarna biru tua dengan bahagian atas terdapat nama "Lords of Dogtown" ditulis dengan corak silang. Harga sepasang kasut terpakai bagi model ini berharga sekitar $500.

2. Vans x Supreme x Playboy

kasut vans x supreme x playboy 523

Supreme dan Vans pertama kali berkolaborasi pada tahun 1996 dan telah mendorong Vans melakukan pelbagai penambahan pada rekabentuknya. Walaupun terdapat beberapa model kasut kolaborasi ini yang dianggap unik, namun kolaborasi pada tahun 2014 mereka dengan Playboy yang memberikan impak terbesar.

Pada masa itu, jenama Playboy yang terkenal dengan logo arnabnya sedang meningkat popular dalam dunia fesyen streetwear, jadi apabila jenama Supreme turut bersetuju membuat kolaborasi bersama, kolaborasi 3 jenama besar ini telah memberikan impak yang cukup luar biasa. 

1. 1976 Vintage Vans

1976 vintage vans

Vans vintaj ini berasal dari tahun 1976, dekad yang menandakan hubungan antara jenama Vans dengan papan selaju. Rekabentuknya adalah versi awal gaya Sk8-Hi. 

Sekali lihat, kasut ini kelihatan lebih mirip seperti Converse daripada rekaan Vans masa kini, terutamanya kerana label getah di tumit yang tidak lagi digunakan oleh Vans dalam reka bentuknya. 

Kredit:

  1. Sneaker News
  2. Student High Street



Hakcipta iluminasi.com (2017)