Sesetengah daripada kita terutamanya yang berkemampuan mungkin gemar mengumpulkan sesuatu barangan berharga, terutamanya koleksi 'rare" atau edisi terhad yang harganya boleh melonjak berkali-kali ganda daripada harga beliannya.
Ada individu gemar mengumpul setem, baju, kasut sneaker, penanda buku dan sebagainya. Setiap barangan yang dikumpul biasanya disimpan rapi kerana nilai sentimental yang ada pada setiap satu daripadanya. Namun, dalam artikel santai kali ini kami ingin berkongsi pula 7 individu yang mempunyai koleksi barangan yang dianggap pelik dan unik.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Najis dinasaur
George Frandsen merupakan seorang lelaki yang memiliki koleksi najis dinosaur (atau dipanggil coprolite) terbanyak dengan memiliki 5,000 najis dalam koleksinya. Koleksinya ini juga mendapat pengiktirafan Guinness World Records.
Tetapi bagaimana George Frandsen bermula dengan koleksi pelik ini? Semasa masih muda, beliau mengunjungi sebuah kedai fosil di Utah dan menemui spesimen najis yang sangat mengagumkan.
Setelah membelinya, beliau mengembangkan minat unik dalam coprolite, mengumpulkan coprolite dalam pelbagai ukuran dari sekecil batu hinggalah sampel dengan berat lebih dari 4 paun! Beliau turut memaparkan koleksinya ini secara online di Poozeum.
2. Kon trafik
Kon lalu lintas atau kon keselamatan merupakan elemen penting yang digunakan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengawal pergerakan lalu lintas di setiap sudut. Tetapi di UK, seorang lelaki, David Morgan mempunyai minat pelik mengumpulkan kon keselamatan dan sudah mempunyai lebih 500 dalam koleksinya.
Kesungguhan untuk mengumpulkan kon keselamatan ini bermula pada tahun 1986. Ketika bekerja untuk Oxford Plastic Systems, David Morgan ditugaskan menyiasat tuntutan syarikat pesaing terhadap kon yang dihasilkan syarikatnya, kononnya syarikatnya meniru reka bentuk kon keselamatan milik pesaingnya.
Selepas memiliki 500 kon, beliau masih lagi mencari koleksi kon keselamatan yang pelik dan unik dari seluruh dunia untuk dimasukkan dalam koleksinya, antaranya kon keselamatan yang mempunyai 5 sisi.
3. Koleksi rambut selebriti
John Reznikoff mempunyai salah satu hobi paling pelik di planet ini sebagai pengumpul rambut daripada beberapa selebriti terkenal di bumi. Diiiktiraf sebagai pemegang rekod dunia, John telah memiliki koleksi rambut dari Elvis Presley, Beethoven, Abraham Lincoln, John F. Kennedy, dan bahkan Marilyn Monroe.
Koleksi rambutnya itu yang kini diinsuranskan dengan harga $ 1 juta, adalah kebanggaan John Renzikoff kerana setiap satu menceritakan kisah-kisah penting tentang masa lalu. Walaupun koleksi rambut kelihatan aneh hari ini, ia sama dengan memiliki tanda tangan dan simbol status sebenar beberapa dekad yang lalu.
4. Kotak Pizza
Kotak Pizza? Biasanya kita hanya akan membuangnya sahaja apabila sudah menghabiskan pizza yang dibeli. Namun, tidak bagi Scott Wiener dari Brooklyn yang lebih suka menyimpannya. Pada tahun 2013, Scott memegang rekod dunia untuk koleksi 595 kotak pizza.
Bagaimanakah segalanya bermula? Dalam perjalanan ke Israel tahun 2008, Scott Wiener melihat kotak pizza paling artistik yang pernah dilihatnya. Ketika itulah beliau menyedari bahawa kotak pizza mungkin menarik untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi.
Sejak itu, Scott telah mengumpulkan kotak pizza unik dari seluruh dunia dengan bantuan keluarga, rakan dan peminat. Beliau turut malah menerbitkan sebuah buku, "Viva La Pizza! The Art of the Pizza Box” untuk berkongsi koleksi menakjubkannya dengan dunia. Dengan lebih dari 1,500 kotak beliau meminjamkan koleksi kotaknya ke muzium dan pameran untuk berkongsi cinta terhadap pizza.
5. Penggaru belakang
Manfred Rothstein, pakar dermatologi profesional mempunyai minat mengumpul penggaru belakang badan. Segalanya bermula setelah beliau menerima satu kayu penggaru ini sebagai demo daripada Atarax ketika beliau menuju tempat tinggalnya.
Sejak itu, Rothstein mula mengumpulkan kayu penggaru ini apabila ke sesuatu lokasi. Kemudian, beliau mula menerima sumbangan dari pesakit, rakan dan penderma yang mengetahui tentang obsesi uniknya ini. Sehingga ini, beliau memiliki koleksi 675 kayu penggaru badan dari 71 buah negara!
Beberapa jenis kayu penggaru belakangnya termasuk yang diperbuat daripada kuku buaya, tulang rusuk yang diukir tangan dan kaki kanggaru. Manfred percaya bahawa kunci untuk memiliki koleksi besar adalah memiliki koleksi unik yang jarang ditemui.
6. Beg muntah
Sesetengah individu mungkin mengalami pening dan loya ketika berada dalam kapal terbang sehingga menyebabkan mereka muntah. Disebabkan itulah, Air Sickness Bag atau beg muntah biasanya disediakan untuk setiap penumpang. Kebiasaannya, kita langsung tidak menggunakannya dan membiarkan sahaja di tempat asalnya.
Namun, tidak bagi Niek Vermeulen dari Belanda. Walaupun tidak menggunakannya, beliau akan mengambilnya untuk dijadikan koleksi peribadainya. Baginya, beg muntah ini bukan sekadar barangan terbuang kerana setiap satunya membawa kenangan setiap perjalannya.
Sejak tahun 1986, beliau memulakan minat pelik mengumpul koleksi beg muntah ini dan 26 tahun kemudian, beliau membuat rekod dunia apabila pada tahun 2012, Niek Vermeulen berjaya masuk ke Guinness Book dengan koleksi 6,290 beg muntah yang dikumpulkan dari 1,191 syarikat penerbangan di sekurang-kurangnya 200 buah negara.
7. Tanda "Do Not Disturb"
Tanda "Do Not Disturb" terkenal di hotel dan motel di mana tetamu akan menggunakannya untuk memberitahu tukang pembersih bilik bahawa mereka tidak memerlukan sebarang gangguan. Tetapi tahukah anda bahawa Rainer Weichert, seorang lelaki dari Jerman terkenal dengan koleksi 11,570 tanda "Do Not Disturb" yang dimlikinya.
Obsesi peliknya dengan tanda "Do Not Disturb" menjadikannya pemegang rekod dunia pada tahun 2014. Sejak tahun 1990, Rainer telah mengembara ke 188 negara dan pada setiap perjalanannya, beliau mengumpulkan tanda ini yang mempunyai pelbagai bentuk dan reka bentuk.
Kredit: