Mutasi genetik adalah sesuatu yang jarang namun masih tetap berlaku dalam kes-kes terpencil. Dan perkara ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan manusia tetapi juga pada haiwan.
Dan antara mutasi yang wujud dalam dunia termasuklah kecacatan yang membuatkan haiwan dilahirkan dengan lebih daripada satu kepala.
iluminasi.com kongsikan 7 haiwan berkepala dua akibat mutasi genetik.
BESARKAN TEKS A- A+
1. Kucing berkepala dua
Kucing ini berwarna kelabu dan putih ini dilahirkan di Klinik Veterinar Swan di Perth, Australia Barat, ketika ibunya dibawa ke klinik selepas mengalami komplikasi semasa kelahiran.
Doktor haiwan George Huber dan jururawat Louisa Burgess membantu kelahiran kucing misteri ini.
Anak kucing berkepala dua ini, yang bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan adalah antara salah seekor daripada tiga anak yang dilahirkan.
Namun, adik-beradik kucing ini dilahirkan dengan sempurna.
Kucing berkepala dua ini makan dari hanya satu mulut kerana lelangitnya yang terbelah, tetapi kedua-dua mulut haiwan ini berbunyi "meow" secara serentak.
Hanya kira-kira satu dalam satu juta kucing yang dilahirkan dengan dua kepala, namun kecacatan seperti ini lebih biasa di kalangan haiwan lain seperti ular dan penyu.
2. Khinzir berkepala dua
Kelahiran khinzir berkepala dua ini di China dianggap sebagai sesuatu yang menakjubkan oleh petani kerana khinzir dilihat secara meluas sebagai simbol kesuburan di China.
Selain itu, haiwan aneh ini dilahirkan pada tahun 2007, Tahun Babi dalam kalendar Cina. Jadi, khinzir unik ini dianggap sebagai satu berkat.
Khinzir berwajah dua ini adalah seberat 1.5 kilogram, memiliki 2 mulut dan 4 mata, serta dilahirkan di kampung kecil Quanzhou di wilayah China Timur Fujian.
3. Ular sawa berkepala dua
Ular sawa berkepala dua ini ditemui oleh sekumpulan ahli veterinari di zoo di Colombo, Sri Lanka.
Kedua-dua kepala berfungsi secara bebas dan mempunyai keupayaan untuk makan. Ular ini berukuran 63.5 sentimeter dan menggunakan kepala kanannya untuk mengawal pergerakannya, sementara kepala kiri menyusulnya secara semulajadi.
Secara umum, ular sawa yang hidup dalam ekosistem semulajadi, boleh membesar sehingga sehingga 7 meter panjang dan boleh menelan haiwan yang jauh lebih besar daripada badan sendiri, membunuh dengan membelit mangsa.
Ular sawa berkepala dua itu menjadi tarikan kepada Zoo Colombo di wilayahTissa. Masih tidak jelas apa nasib ular itu.
Doktor haiwan membuat ujian ke atasnya untuk menentukan sama ada kecacatan itu tidak mengancam nyawa haiwan tersebut.
4. Lembu berkepala dua
Anak lembu bermuka dua ini dilahirkan di Virginia, Amerika Syarikat. Ia mempunyai 3 set gigi, 2 rahang bawah dan 2 lidah, tetapi hanya satu mulut.
Ia juga memiliki 2 hidung dengan saluran udara berasingan dan soket mata tunggal, yang mempunyai 2 mata di dalamnya. Haiwan aneh ini milik petani Kirk Heldreth dan diberikan nama 'Star'.
Haiwan ini adalah hasil daripada inseminasi buatan selektif, yang direka untuk menghasilkan lembu terbaik. Selain mempunyai dua muka, Star kelihatan sihat dan keluarga Kirk mengatakan bahawa haiwan itu mempunyai keperibadian yang 'menarik'.
Keadaan ini, yang dikenali sebagai diprosopus, adalah bentuk kembar yang melampau dan berlaku apabila sebahagian embrio pecah dan biasanya membentuk dua muka separa pada satu badan.
Ia boleh disebabkan oleh kelainan genetik atau kesalahan semasa perkembangan embrio.
5. Kambing berkepala dua
Kambing berkepala dua aneh yang dilahirkan di Iceland ini mengejutkan pakar-pakar haiwan di seluruh dunia.
Haiwan ternakan yang mengerikan itu menyebabkan kejutan besar di rantau Olfus, Iceland Selatan apabila ia muncul dengan dua muka.
Doktor haiwan tempatan, Pall Stefansson berkata bahawa kambing berkepala dua tersangatlah jarang, walaupun dia pernah mendengar 2 kes yang serupa selama bertahun-tahun.
Anak kambing itu bertahan sekejap sahaja dan terpaksa disuntik oleh doktor haiwan selepas ia tidak dapat mengangkat kepalanya.
6. Belalang berkepala dua
Serangga ini tergolong dalam keluarga Orthoptera, termasuk belalang, cengkerik dan belalang kunyit. Haiwan ini mempunyai dua kepala, dan yang berwarna merah adalah lebih menarik kemungkinan untuk mengalihkan pemangsa dari kepala sebenar.
Gambar di atas diambil di ladang kopi lama, di Antioquia, Colombia yang terletak di ketinggian 1,400 m di atas paras laut.
7. Ikan berkepala dua
Ikan mutasi ini ditangkap di sebuah sungai di Alberta, Kanada. Ikan Goldeye seberat 2.5 kilogram yang ditangkap mempunyai 2 mulut yang bertindih antara satu sama lain.
Keanehan pada ikan ini disedari oleh dua orang budak lelaki yang memberitahu Stuart Macmillan, pengurus pemuliharaan sumber Park Canada di Wood Buffalo National Park, yang mengkaji sebelum menyerahkannya kepada Mikesew First Nation.
Rujukan:
1. Animal Sake
2. Daily Mail
3. Telegraph