Bencana alam adalah antara perkara semulajadi yang paling ditakuti semua penduduk di Bumi. Antara bencana alam yang banyak kali berlaku adalah gempa bumi, terutamanya di kawasan dunia yang lebih terdedah dan kerap mengalaminya. Syukurlah negara kita Malaysia tidak mengalaminya. 

Ia berlaku apabila blok lapisan planet bergerak melepasi satu sama lain, seperti yang telah berrlaku sepanjang sejarah dunia. Walaupun kita baru lebih 20 tahun memasuki abad ke-21, lebih daripada 657,000 orang telah terkorban akibat gempa bumi. Ramai lagi yang telah cedera dan hilang tempat tinggal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dahulu kami pernah menulis senarai gempa bumi paling dahsyat pernah direkodkan. Maka artikel kali ini kami akan senaraikan kejadian gempa bumi paling dahsyat di abad ke 21 sehingga kini. Tidak mustahil gempa bumi yang lebih kuat boleh terjadi pada abad ke 21 ini.

7. Gempa Bumi Gujerat, 2001

gempa bumi gujerat 813

Gujarat ialah sebuah wilayah di India, dan terletak di barat laut negara itu bersempadan dengan Pakistan. Pada 26 Januari 2001, hari yang sama orang di India menyambut Hari Republik memperingati penciptaan Republik India pada tahun 1950, gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda wilayah itu.

Pusat gempa adalah sebuah bandar bernama Bhuj, terletak di sebelah India sempadan India-Pakistan. Ia dirasai di barat laut India dan sebahagian kawasan di Pakistan. Gempa itu membunuh 20,085 orang dan mencederakan lebih 150,000 yang lain. 

6. Gempa Bumi Dan Tsunami Tohoku, 2011

gempa bumi dan tsunami tohoku

Gempa bumi Tohoku adalah yang paling kuat pernah melanda Jepun dalam sejarah rekod negara itu. Gempa itu berlaku pada 11 Mac 2011 dengan kekuatan 9.0 magnitud. Pusat gegaran bukan di darat, tetapi di Lautan Pasifik Utara, 130 km dari bandar Sendai yang terletak di bahagian utara Honshu, pulau terbesar Jepun.

Gempa itu mencetuskan tsunami dengan ombak setinggi 132 kaki. Pada akhirnya, 20,896 orang kehilangan nyawa mereka dan 450,000 kehilangan tempat tinggal. Gempa bumi dan tsunami yang menyusulinya turut mencetuskan satu lagi bencana iaitu kehancuran nuklear di Loji Kuasa Nuklear Fukushima Daichii.

5. Gempa Bumi Bam, 2003

gempa bumi bam

Iran tidak asing dengan kejadian gempa bumi dan pada 26 Disember 2003, gempa bumi berlaku di bandar Bam, yang menempatkan kira-kira 97,000 orang. Gempa bumi itu, dengan magnitud 6.6 adalah yang paling kuat melanda negara itu dalam tempoh 30 tahun. Korban akibat bencana itu berjumlah 26,271, walaupun beberapa anggaran meletakkan jumlah ini lebih tinggi.

Gempa bumi itu turut memusnahkan semua hospital dan pusat kesihatan di kawasan itu di mana sehingga 30,000 orang cedera. Di samping itu, 75,000 orang kehilangan tempat tinggal. Pakar telah menyalahkan kaedah pembinaan bangunan yang lemah dan peraturan yang longgar untuk jumlah korban yang tinggi ini.

4. Gempa Bumi Kashmir, 2005

gempa bumi kashmir 947

Pada pagi 8 Oktober 2005, gempa bumi sekuat 7.6 magnitud menggegarkan utara Pakistan. Pusat gempa adalah di bandar bernama Muzaffarabad, ibu kota Kashmir yang dikuasai Pakistan. Jumlah korban berjumlah 87,351 orang. Tambahan 38,000 orang cedera dalam bencana itu, dan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.

Di samping itu, kira-kira 780,000 bangunan sama ada musnah sama sekali atau rosak dan tidak dapat dibaiki. Dianggarkan kira-kira 3.5 juta orang terjejas secara langsung atau tidak langsung oleh kejadian gempa bumi di Kashmir pada tahun 2005 ini.

3. Gempa Bumi Sichuan, 2008

gempa bumi sichuan 671

Sichuan ialah sebuah wilayah Republik Rakyat China dan terletak di barat daya negara itu. Pada 12 Mei 2008, gempa bumi dengan magnitud 7.9 melanda kawasan tengah wilayah itu. Pusat gempa adalah Dujiangyan, sebuah bandar dengan populasi lebih 660,000.

Apabila ia selesai, kira-kira empat perlima daripada struktur di kawasan yang terjejas telah roboh. Seluruh kampung dan pekan musnah. Jumlah orang yang terkorban akibat gempa itu ialah 87,587 orang. Hampir 375,000 orang turut cedera dalam bencana itu, dan berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.

2. Gempa Bumi Haiti, 2010

gempa bumi haiti 468

Pada 12 Januari 2010, gempa bumi sekuat 7.0 magnitud menggegarkan negara Haiti, negara termiskin di hemisfera barat. Pusat gempa terletak hanya 15 batu (25 km) barat daya ibu negara dan bandar terbesar, Port-au-Prince. Ia merupakan gempa bumi terkuat yang melanda negara itu sejak abad ke-18.

Gegaran susulan yang kuat turut menyusuli gegaran awal. Apabila semuanya selesai, sekurang-kurangnya 160,000 orang terkorbn. Dianggarkan 3 juta orang, kira-kira satu pertiga daripada penduduk Haiti terjejas oleh gempa itu. Sat juta penduduk pula telah kehilangan tempat tinggal.

1. Gempa Bumi Dan Tsunami Lautan Hindi, 2004

gempa bumi gujerat 927

Gempa bumi terburuk dalam abad ke-21 setakat ini berlaku pada 26 Disember 2004. Pusat gempa adalah di Lautan Hindi. Walau bagaimanapun, bukan gempa bumi yang mengakibatkan kematian 227,898 orang, tetapi tsunami besar yang terbentuk daripada gempa bumi itu.

Gempa yang direkodkan ketika itu mempunyai magnitud 9.1 pada skala Richter, salah satu gempa bumi terkuat dalam rekod. Ia mencetuskan tsunami besar yang melanda pantai dari Indonesia di Asia Tenggara, sehingga ke pantai timur Afrika. Hanya dalam beberapa jam, ratusan ribu orang kehilangan nyawa.

Kredit:

  1. Scientific American
  2. World Atlas
  3. Wikipedia
  4. The New York Times



Hakcipta iluminasi.com (2017)