Setiap haiwan di dunia mempunyai alat ataupun kelebihan "survival" yang dianugerahkan oleh Tuhan. Kelebihan ini juga boleh juga dikatakan sebagai "defense mecanisme" sedia ada bagi meneruskan hidup atau mengelakkan kematian. Contoh kelebihan yang terdapat pada haiwan adalah seperti kuku tajam, bisa, sengat, tanduk dan pelbagai lagi.

Namun, tak semua tahu bahawa setiap haiwan ada kelemahan yang membolehkan haiwan-haiwan tersebut menjadi lemah serta tewas apabila dimanipulasi. iluminasi.com kongsikan 6 cara memukau haiwan tanpa menggunakan jin.

BESARKAN TEKS     A-  A+

6. Kambing

cara pukau kambing

Penggembala kambing seiras Thor

Teknik memukau kambing sebenarnya sangat bermanfaat kerana ia memudahkan proses penyembelihan dilakukan. Biasanya kambing akan diikat untuk mengelakkannya daripada lari. Sekiranya anda menggunakan teknik ini, kambing tak perlu diikat pun.

Caranya agak mudah. Pegang kaki kambing yang diingin "dipukau" dan kemudiannya baringkan haiwan ini ke bahagian sisinya sambil membaca ayat-ayat suci (Amalan bagi umat Islam) seperti Bismillah Allahuakbhar atau :

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم، ثلاث مرات، إلا لم يضره شي 

(Bismillahil-ladhi la yadurru ma`as-mihi shai'un fil-ardi wa la fis-sama'i, wa Huwas-Sami`ul-`Alim)

“Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di Bumi mahu pun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudharat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (HR. Abu Daud: 5088, dan Tirmidzi: 3388)

Tonton video di bawak pada minit 5:00 untuk lebih jelas.

Kemudian, tutupkan mata kambing tersebut menggunakan telinganya dan anda akan dapati ia akan lemah terkulai bagaikan menyerah diri dan redha untuk disembelih.

5. Ikan jerung

cara memukau ikan jerung

Ikan jerung adalah antara haiwan laut yang paling ditakuti manusia. Ia merupakan salah satu pembunuh laut yang sangat berbahaya. Namun, berita baiknya adalah terdapat cara untuk memukau haiwan ini.

Berita buruknya pula, bukan mudah untuk dilakukan dan hanya pakar sahaja yang mampu.

Proses ini memerlukan keberanian yang tinggi untuk anda meletakkan tangan anda sedekat yang mungkin dengan mulut ikan jerung tersebut, dan menggosok hidungnya.

Seperti yang anda lihat, membelai hidung jerung pada dasarnya boleh membuatkan haiwan ini mengantuk dan tertidur. Jika anda berjaya, anda sebenarnya boleh memeluk ikan ini seperti patung ikan jerung di rumah.

Tindakan menghentikan jerung daripada bergerak akan memberi kesan yang sama, sama ada anda melakukannya dengan menggosok hidungnya atau menangkapnya menggunakan jala.

Jerung perlu terus bergerak untuk meneruskan aliran oksigen melalui insang, walaupun semasa tidur. Bila ia tidak dapat bergerak, otak haiwan ini mula tertutup dan aliran oksigen terhalang. Jadi pada dasarnya, haiwan ini sebenarnya tidak terpukau tapi sebenarnya berada dalam keadaan separuh mati. 

Mengapa menggosok hidung jerung boleh membuatkan ia tidur? Sebenarnya, hidung adalah bahagian yang sangat sensitif pada ikan jerung dan menyeronokkan bagi jerung. Gosokan pada hujung hidung jerung boleh diumpakan ibarat kita membelai-belai kucing pada tengkuknya.

Apa pun teknik ini agak berbahaya buat jerung. Ianya boleh membuatkan jerung pengsan atau tidak bernafas untuk jangka masa panjang.

4 . Pukau ayam menggunakan garisan tanah

cara pukau ayam

Untuk melakukannya, tangkap seekor ayam dan rehatkan kepalanya di atas tanah dengan mengenakan tekanan yang cukup pada lehernya.

Kemudian, buatkan satu garisan lurus betul-betul pada paruh ayam.

Dengan ini, ayam tersebut akan memberikan perhatian penuh kepada garisan yang dilukis dan hilang minat terhadap perkara lain.

Kadar denyutan dan pernafasannya akan menjadi perlahan dan ia boleh kekal dalam keadaan ini sehingga 30 minit.

Apa yang sebenarnya berlaku dikenali sebagai "imobiliti tonik". Ini adalah mekanisme pertahanan terakhir untuk sesetengah haiwan.

Dalam sesetengah situasi, ayam berpura-pura mati dengan harapan bahawa pemangsa akan hilang minat pada mayatnya. Hal ini adalah bila berhadapan dengan pemangsa seperti anjing, ular kecil dan lain-lain. Namun, sekiranya pemangsa adalah ular sawa, kurang bernasib baiklah si ayam itu.

Kaedah untuk memukau ayam ini telah ditemui petani sekian lama. Petani-petani zaman dahulu memerlukan cara yang mudah untuk membuatkan ayam tidak bergerak sambil memenggal kepalanya. 

3. Udang karang

cara pukau udang kara

Kebolehan untuk memukau udang kara masih menghairankan dan ia kelihatan seperti tiada fungsi.

Ambil seekor udang kara dan terbalikkan kepalanya ke bawah. Imbangkan udang ini menggunakan "tangannya" dan kemudian gosokkan bahagian atas ekor udang tersebut.

Tindakan ini akan membuatkan udang galah ini kekal pada kedudukan tersebut untuk beberapa jam, atau lumpuh.

Walaupun trik untuk membuatkan udang kara berada dalam kedudukan begini diketahui secara meluas dalam arena memasak, namun tak banyak kajian yang dilakukan tentang mengapa sebenarnya ia berlaku. 

Mungkin ia mempunyai kaitan dengan aliran darah, cara yang sama seseorang boleh pengsan jika berada dalam keadaan tunggang terbalik.

Pakar membuat spekulasi bahawa ia mungkin adalah mekanisme pertahanan sama seperti dilakukan ayam.

2. Cicak  

cara pukau cicak

Cara memukau cicak adalah sangat mudah, tetapi apa yang sukar adalah menangkapnya. Jika anda berjaya menangkap cicak atau anda membela cicak, baringkan cicak tersebut kemudian gosokkan tekak dan perutnya.

Cicak tersebut akan "lumpuh" sepenuhnya.

Ini berlaku kerana cicak bergantung kepada otot di tekak dan badan untuk melakukan kontraksi serta mengembangkan paru-paru untuk mengekalkan oksigen yang mengalir di dalam badan.

Apabila ia berada dalam keadaan baring, berat anggota badannya memberikan tekanan yang tidak normal pada otot ini sekaligus membuatkan otot-otot ini tidak boleh dapat berfungsi dengan betul.

Akibatnya, seluruh sistem terhenti sementara.

1 . Buaya

cara pukau buaya 830

Sama seperti memukau jerung, keberanian yang tinggi diperlukan untuk melakukan perkara yang sama terhadap buaya.

Untuk menggodam otaknya, anda perlu terlebih dahulu mendekati haiwan ini dari belakang, mengelakkan giginya dan memegang rahangnya.

Ia mungkin kedengaran sukar kerana buaya boleh menggigit dengan tekanan yang luar biasa namun haiwan ini sangat lemah untuk membuka mulutnya jika dikenakan sebarang tekanan.

Sebaik sahaja anda membuatkan cengkaman yang baik, anda perlu membaringkan buaya tersebut. Berikut adalah cara yang dilakukan oleh pakar:

Tindakan ini sangatlah berbahaya kerana walaupun buaya tersebut tidak mahu memakan anda, ia sebenarnya tidak suka disentuh.

Tetapi jika anda berjaya membaringkan buaya, anda boleh membuatkan haiwan ini berhibernasi di mana semua bahagian badan buaya akan menjadi perlahan dan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan berbaring.

Tidak seperti kebanyakan haiwan lain yang lemah akibat penggodaman otak ini, buaya sebenarnya menggunakan "kemahiran" ini dalam kehidupan seharian.

Sebagai contoh, apabila buaya terasa terancam oleh bot manusia, ia akan menenggelamkan badannya ke dalam air dan menurunkan kadar jantungnya.

Ia kelihatan tidak bergerak, sama seperti apa yang berlaku apabila kita membaringkannya di atas tanah di mana ia melakukan semula apa yang berlaku apabila ia terancam di dalam air.

Rujukan:

1. Mental Floss

2. Mind Power News

3. Cracked




Hakcipta iluminasi.com (2017)