Menara Eiffel adalah salah satu monumen terkenal dunia selama lebih daripada satu abad. Menara ini juga merupakan salah satu mercu tanda dan identiti bandaraya Paris, Perancis. Menara ini dinamakan sempena nama seorang jurutera yang telah menciptanya, Gustave Eiffel.

Walaupun menara setinggi 324 meter ini sudah dikenali ramai, terdapat beberapa kejadian pelik yang berlaku kepada menara ini yang jarang diketahui. Berikut adalah senarai beberapa perkara pelik yang melibatkan Menara Eiffel.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Ia pernah dijadikan sebagai antena gergasi

hitler menara eiffel

Menara Eiffel bukan sahaja terkenal kerana rupa bentuknya tetapi ia juga memainkan peranan penting semasa Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1903, Gustave Eiffel menjemput dan membiayai pakar dalam bidang radio untuk menjadikan menara itu sebagai pusat utama bagi rangkaian komunikasi yang mampu sampai ke Amerika Utara.

Ia menjadi pangkalan radio tentera dan digunakan untuk memintas komunikasi radio Jerman. Salah satu mesej terkenal yang berjaya dipintas ialah ketika Jerman ingin memasuki Paris pada 1914.

Dua tahun kemudian, menara radio itu berjaya pula memintas mesej daripada perisik yang dipanggil "Operative H-21" bahawa Jerman dalam perjalanan ke Sepanyol. Perisik yang merupakan penari Belanda bernama Mata Hari kemudian ditangkap.

Menara Eiffel adalah pusat perhubungan yang penting. Tentera Perancis telah memasang bahan letupan pada menara itu sekiranya ia ditawan atau jatuh ke tangan Jerman. Mujurlah perkara itu tidak berlaku. (sumber)

2. Menara itu mempunyai pelbagai gelaran buruk

eiffel tower 74

Apakah perkataan yang sesuai untuk anda gambarkan Menara Eiffel pada hari ini? Anggun, elegant atau bijaksana? Namun, itu bukanlah gelaran yang sering diberikan ketika menara ini mula dibina. Penduduk Paris begitu risau dan takut ketika bangunan pencakar langit itu didirikan.

Menara itu dibuka secara rasminya di Pameran Dunia pada tahun 1889. Ia dibina hanya untuk pameran itu dan berkemungkinan kekal untuk beberapa tahun sahaja. Namun, kebanyakan penduduk tempatan tidak menyukai menara itu.

Mereka menggelarkan Menara Eiffel dengan pelbagai gelagan teruk seperti sebuah tengkorak, serombong asap kilang, dan pelbagai lagi. Seorang penyair dan novelis terkenal Perancis, Francois Coppee pula menggelar menara itu sebagai tidak lengkap, keliru dan cacat.

3. Citroen pernah menjadikan menara itu sebagai iklan gergasi

menara eiffel citroen

Credit : autocar

Pada abad ke-21, pengiklanan adalah sesuatu yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Anda boleh melihat iklan gergasi yang diletakkan di tepi lebuh raya, bangunan atau diterbangkan menggunakan pesawat.

Namun, perkara itu merupakan perkara biasa bagi penduduk Paris. Ini kerana syarikat pengeluar kereta Citroen telah lama menggunakan kaedah pengiklanan sebegini. Ditubuhkan pada tahun 1919, syarikat itu pernah menggunakan pesawat bagi mengukir jenama Citroen di awan pada tahun 1922.

Pada tahun 1925 pula, mereka telah menukar Menara Eiffel kepada papan iklan gergasi apabila memasang lebih daripada 250,000 mentol lampu dengan pendawaian sepanjang hampir 600km. Setiap huruf pada menara itu berukuran 28 meter tinggi dan mereka menyewa menara itu sehingga tahun 1934. (sumber)

4. Menara Eiffel beberapa kali bertukar warna

warna menara eiffel

Anda mungkin pernah melawat Menara Eiffel tetapi adakah anda benar-benar memandangnya? Jika dilihat dengan teliti, ia sebenarnya dicat dengan tiga warna berbeza. Menara itu dicat lebih gelap pada bahagian bawah dan lebih cerah di atasnya.

Sejak mula dibangunkan, menara itu sebenarnya mempunyai beberapa warna. Laman web rasmi Menara Eiffel menyatakan warna asal menara itu ialah "merah Venitian". Selepas itu, ia dicat pula dengan warna coklat kemerah-merahan.

Pada tahun 1895 pula, ia dicat seperti warna karat dan digambarkan penduduk sebagai warna coklat seperti tanah. Tujuh tahun selepas itu pula, ia dicatkan dengan warna jingga kekuning-kuningan.

Pada tahun 1940, dia dicat pula dengan warna coklat tua. Pada tahun 1968, mereka mula mengecat menara itu seperti sekarang yang dikenali sebagai warna "coklat Menara Eiffel". (sumber)

5. Juruterbang Amerika mengejar pesawat Jerman melalui Menara Eiffel

william overstreet

William Overstreet Jr. Credit : motor1

Banyak kisah tentang wira dalam dunia nyata yang sering kita dengar terutamanya ketika berlakunya perang dunia. Salah seorangnya ialah William Overstreet Jr. Dia yang berasal daripada Virginia, Amerika, ditugaskan di Eropah semasa Perang Dunia Kedua.

Ketika dia sedang bertempur dengan sebuah pesawat Messerschtmitt Bf 109 milik Jerman, William yang memandu pesawat Mustang P-51 telah terbang melalui gerbang di bawah Menara Eiffel.

Walaupun melakukan aksi berani mati, ia amat berbaloi apabila William berjaya menembak jatuh pesawat musuh itu. Pejuang darat Perancis yang menyaksikan peristiwa itu begitu kagum dan William dilihat sebagai seorang ikon. Dia telah menjalankan lapan misi semasa pencerobohan D-Day dan satu misi rahsia selepas peristiwa itu.

William dianugerahkan Legion of Honor ketika berusia 88 tahun dan meninggal dunia empat tahun kemudian pada 2014 sebagai seorang legenda. Apa yang lebih menarik ialah, beberapa orang pelakon aksi lagak ngeri pernah cuba untuk melakukan perkara yang sama tetapi gagal dan terkorban. Antaranya ialah Leon Collot yang mencubanya pada tahun 1926. (sumber)

6. Menara Eiffel bergerak

pembinaan menara eiffel 957

Berikut adalah fakta sains yang kedengaran agak pelik. Apabila Menara Eiffel dibina, besi adalah bahan bangunan yang agak baru digunakan ketika itu. Ia adalah percubaan pertama untuk membina sesuatu yang hebat dan Menara Eiffel adalah salah satu keajaiban kejuruteraan.

Untuk membina sesuatu yang begitu tinggi, mereka perlu mengambil kira faktor alam semula jadi. Menara Eiffel dibina supaya boleh bergoyang dan dikatakan bahagian atas menara itu akan bergerak sebanyak 5 inci ketika angin bertiup kencang.

Apa yang lebih pelik ialah, matahari boleh membuatkan menara itu bergerak dengan lebih banyak. Apabila besi menara itu menjadi panas, ia boleh mengembang dan meninggi sebanyak 6 inci. 

Menara itu juga akan bergerak daripada matahari dan puncaknya akan condong sehingga 7 inci. Bagi sebuah bangunan yang besar dan tinggi, ia adalah perkembangan dan pengucupan yang begitu banyak walaupun anda mungkin tidak merasakannya ketika menaiki atau melihat menara itu dari jarak dekat. (sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)