Ninja ZX-25R yang baru dilancarkan tapi belum berada di pasaran

Bagi peminat motosikal, pastinya kebanyakan daripada mereka mempunyai impian untuk memiliki motosikal berkuasa besar.

Ini kerana ia mempunyai kelajuan dan kuasa yang lebih dahsyat, yang mana kelajuan itu sendiri adalah elemen penting dalam dunia motosikal.

Bagi mereka yang baru berjinak dalam dunia permotoran berkuasa besar, motosikal 250cc sahaja sudah cukup untuk dijadikan sebagai permulaan sebelum berpindah ke enjin yang lebih besar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan ketika ini, terdapat pelbagai model motosikal 250cc dikeluarkan oleh syarikat-syarikat terkemuka dunia terutamanya dari Jepun.

iluminasi.com kongsikan 6 motosikal 250cc paling laju di dunia

6. Yamaha MT25 - 172 kilometer sejam

yamaha mt25

Yamaha MT-25 ini berasal dari Yamaha YZF-R25. Yamaha R25 sendiri berjaya memecahkan dominasi Kawasaki Ninja 250 Series dalam segmen sukan bermotor kelas menengah.

Bersenjatakan enjin hebat dan reka bentuk gaya MotoGP, Yamaha MT25 menjadi lawan yang seimbang untuk Kawasaki Ninja 250.

MT-25 itu sendiri adalah medium varians dari Siri MT Yamaha, sebagai tambahan kepada MT-09 dan juga MT-07.

Dengan enjin pangkalan yang hampir sama dengan R25, MT-25 mempunyai prestasi yang kuat dan menarik seperti "abangnya" R25.

Yamaha melengkapkan Yamaha MT 25 dengan enjin 249cc DOHC 8-Injap, yang mampu menghasilkan kuasa 26.5 kW pada 12,000 rpm dan juga menghasilkan tork 22.6 Nm pada 10,000 rpm.

Motosikal Yamaha MT25 ini adalah yang ke-6 paling pantas di dunia dalam kategori 250cc, dengan kelajuan maksimum 172 kilometer sejam.

5. Ninja 250SL - 180 kilometer sejam

ninja 250sl

Kawasaki Ninja 250SL (nama kod BX250), yang juga dikenali sebagai Ninja RR Mono di Indonesia  adalah motosikal dalam siri motosikal Ninja oleh Kawasaki yang dijual sejak 2014.

Motosikal ini menggantikan Ninja ZX-150RR 2 lejang (juga dipanggil Ninja RR) yang dihasilkan dari tahun 1996 hingga 2015.

Ia dikuasakan oleh enjin silinder tunggal 249 cc daripada KLX250 yang menghasilkan 20.6 kW dengan 27.6 kuasa kuda yang didakwa pada 9,700 rpm dan 22.6 N tork pada 8,200 rpm dengan transmisi 6 kelajuan. 

Ninja 250SL mampu mencecah kelajuan maksimum 180 kilometer sejam, ke-5 paling laju di dunia.

4. Yamaha R25 - 194 kilometer sejam

yama yzf r25

Yamaha YZF-R25 adalah motosikal sukan yang dikeluarkan oleh Yamaha sejak 2014.

Ia adalah motosikal sukan 250cc pertama Yamaha sejak FZR250 empat silinder yang dijual antara tahun 1986 dan 1994.

Merupakan yang pertama untuk motosikal kembar Yamaha, sama seperti R3, R25 menggunakan reka bentuk silinder imbang.

Dikuasakan oleh enjin 4 lejang 8 injap DOHC inline-twin dengan 249 cc, motosikal ini mampu mencecah kelajuan maksimum 194 kilometer sejam, menjadikannya motosikal 250cc ke-4 paling laju di dunia setakat ini.

3. Kawasaki Ninja 250 - 195 kilometer sejam

ninja 250

Dari segi reka bentuk, Kawasaki Ninja 250 tak dapat disangkal merupakan antara yang paling menarik perhatian.

Motosikal yang dijual pada harga RM23,071 ini mampu menjana 36 kuasa kuda pada 12,5000 RPM dan 24NM tork pada 10,000RPM, dengan berat 164 kilogram.

Ketika ini, Ninja 250 mampu mencapai kelajuan 195 kilometer sejam yang menjadikannya motosikal 250cc ke-3 paling laju di dunia.

2. Honda CBR 250RR - 199 kilometer sejam

honda cbr250rr sp

Akhirnya penantian peminat CBR250RR boleh menarik nafas lega selepas motosikal ini dilancarkan di Malaysia pada Disember 2020.

Ia dijual dengan harga RM25,999 dan terdapat dalam warna Winning Red dan Matter Gunpowder Black Metallic serta boleh didapati di pengedar Honda iaitu BigWing, Impian X dan Impian.

Harga ini agak mahal berbanding pesaing Yamaha YZF-R25 yang dijual pada harga RM19,998.

Kuasa CBR250RR datang dari enjin dua lejang 249.7cc yang mampu menjana 40.23 kuasa kuda pada 13,000 rpm dan 25 Nm tork pada 11,000 rpm.

Kelajuan maksimum boleh dijana CBR250RR adalah 199 kilometer sejam, menjadikannya motosikal 250cc ke-2 paling laju di dunia.

1. Kawasaki Ninja ZX25R - 202 kilometer sejam

ninja zx25r motosikal 250cc paling laju di dunia

Setelah lama menunggu, Kawasaki ZX-25R 2020 telah dilancarkan di Indonesia pada Julai 2020 yang menandakan penampilan pertamanya di dunia.

Terdapat dua versi ZX-25R iaitu Standard yang hanya terdapat dalam warna hitam dan dijual dengan harga 96 juta Rupiah atau RM28,427, dan juga ZX-25R SE yang dijual dengan harga 112.9 juta Rupiah atau RM33,431 serta terdapat dalam warna hijau, biru dan putih.

Dilengkapi enjin penyejukan cecair 249.8cc DOHC empat silinder, Ninja ZX25R menghasilkan 50.3 kuasa kuda pada 15,500 RPM dan tork 22.9 Nm pada 14,500 RPM.

Kelajuan maksimum Ninja ZX25R adalah 202 kilometer sejam, iaitu yang terpantas di dunia bagi kategori 250cc pada ketika ini.

Rujukan:

1. Pandulaju

2. Paultan

3. Yamaha




Hakcipta iluminasi.com (2017)