Seperti yang anda tahu, otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh badan manusia. Tanpa otak, semua anggota badan tidak boleh berfungsi. Ia diibaratkan seperti super komputer yang mengawal segalanya.
Otak bukan sahaja boleh digunakan secara sedar seperti membaca dan menonton TV, tetapi juga secara tidak sedar. Malah, otak kita masih berfungsi ketika tidur.
BESARKAN TEKS A- A+
Dan kecanggihan teknologi masa kini membuatkan kita boleh menerokai kebolehan organ terpenting ini dengan lebih mendalam dan merungkai segala kemungkinan.
iluminasi.com kongsikan 6 perkata menakjubkan yang boleh dilakukan oleh otak yang kita tak tahu.
1. Mengesan medan magnet
Keupayaan untuk mengesan medan magnet Bumi telah ditemui secara meluas dan dikaji dalam kalangan haiwan.
Dari burung ke mamalia laut hinggalah ke serangga, banyak dari haiwan-haiwan menggunakan medan magnet untuk menavigasi dan mencari arah, walaupun keupayaan ini selalu dianggap tidak wujud pada manusia.
Namun sebenarnya kita mungkin memilikinya, walaupun tidak berada pada tahap haiwan.
Dalam satu kajian baru-baru ini, penyelidik meletakkan 84 peserta dalam sangkar Faraday, kotak tanpa sebarang gangguan elektromagnetik.
Mereka kemudiannya mewujudkan medan magnet buatan dan secara beransur-ansur mengubah orientasinya lalu memerhatikan reaksi di otak.
Apa yang mengejutkan mereka adalah terdapat tindak balas yang jelas di bahagian otak yang menangani rangsangan deria.
Peserta tidak dapat merasakan apa-apa secara sedar dan tindak balasnya terhad kepada perubahan orientasi magnetik yang ditemui secara semula jadi di mana otak tidak bertindak balas apabila medan magnet ke arah atas.
Ia menunjukkan bahawa deria yang mungkin ini hanya berfungsi sebagai tindak balas kepada medan magnet Bumi dan bukan sensor magnet dengan semua tujuan.
2. Belajar piano dengan latihan khayalan
Semua orang tahu bahawa untuk melatih otak anda untuk mahir dalam sesuatu, anda perlu mengamalkannya.
Sama ada mempelajari bahasa baru atau mengendalikan perasaan apabila cinta ditolak, anda perlu melatih diri.
Namun, ia berbeza apabila melibatkan bermain piano. Menurut sains, dengan hanya membayangkan anda sedang bermain piano membuatkan otak anda berasa sama seperti anda benar-benar melakukannya.
Sebagai contoh, kajian oleh pemenang Hadiah Nobel, Santiago Ramon Cajal, yang mendedikasikan hidupnya dalam memahami kesan latihan mental terhadap otak.
Pada tahun 1904, Santiago mengajar pelajaran piano asas kepada 2 kumpulan subjek yang tidak mempunyai pengalaman bermain piano.
Ketika satu kumpulan diajar menggunakan piano sebenar, satu lagi kumpulan hanya diajar cara bagaimana menggerakkan jari dan bagaimana sesuatu nota itu berbunyi.
Di akhir pembelajaran, beliau mendapati bahawa kedua-dua kumpulan berjaya mempelajari cara untuk bermain urutan yang diajar pada tahap kemahiran yang sama.
Pada tahun 1990an, kajian yang sama diulang oleh penyelidik lain, tetapi dengan alat tambahan untuk mengesan perubahan dalam otak.
Hasil kajian amat mengejutkan apabila mereka menemui bahawa latihan khayalan mempunyai kesan yang sama terhadap otak sama seperti latihan sebenar.
3. Menghakimi peribadi seseorang dengan pantas dan tepatĀ
Tak kiralah betapa anda menafikan bahawa anda tidak menghakimi ketika bertemu seseorang buat kali pertama, kita secara tak sengaja akan melakukan "pandangan mental" terhadap mereka hanya berdasarkan isyarat visual.
Adakah dia kaya? Apa kena dengan fesyennya? Adakah itu parut kerana jenayah? Ini antara persoalan yang bermain di minda secara tak sengaja.
Ketika anda sedang tertanya-tanya, otak anda sudah membina profil separa sedar tentang seseorang dan ia sebenarnya agak tepat.
Kajian menunjukkan bahawa otak manusia tersangat pantas dalam menghakimi seseorang, dengan hanya memerlukan 0.1 saat untuk keseluruhan proses.
Apa yang lebih penting adalah, penghakiman ini sebenarnya adalah benar sama ada ia berkenaan seksualiti mereka, kecekapan di tempat kerja atau kaitan politik.
Dan apabila anda mula sendiri mula berfikir tentangnya dan mengatasi pertimbangan otak anda, semua ini akan bertukar menjadi stereotaip yang biasanya tidak tepat.
Isyarat dant tanda yang dihasilkan oleh otak mustahil untuk dipalsukan.
4. Mod autopilot
Kita semua tertanya-tanya adakah terdapat cara untuk meletakkan otak kita dalam mod automatik atau "auto mode", terutamanya ketika hari yang sangat sibuk.
Bayangkan anda boleh "matikan" otak anda dan biarkan tubuh badan anda yang mengendalikan semua?
Sebenarnya, otak manusia bukan sahaja memiliki mod automatik tetapi jika tetapi ia lebih baik dalam tugasan tertentu daripada bahagian otak aktif.
Kajian mendapati bahawa sebaik sahaja anda mahir dalam sesuatu, otak memberikan pemprosesan tugasan itu ke bahagian otak yang berasingan yang dikenali sebagai rangkaian mod lalai (DMN).
Bahagian otak ini berkaitan dengan pemprosesan di bawah tahap sedar.
Dalam salah satu daripada kajian tersebut, 28 subjek diminta untuk bermain permainan kad yang memerlukan sedikit pembelajaran dan aktiviti otak mereka dipantau.
Semuanya berjalan seperti yang dijangkakan pada mulanya, tetapi apabila subjek menjadi semakin mahir, kemahiran itu dipindahkan daripada bahagian otak aktif ke DMN.
Malah, tindak balas mereka menjadi lebih pantas dan tepat. Ini mengapa beberapa tugasan seperti bermain alat muzik adalah lebih sukar untuk dilakukan apabila anda memikirkannya secara sedar (hanya jika anda boleh bermain alat muzik).
5. Pandangan 360 darjah
Sama ada dalam filem seram atau kehidupan sebenar, spekulasi tentang "deria keenam" wujud apabila seseorang berasakan terdapat orang memandang mereka dari belakang.
Anda akan berasa tida senang, mula berpeluh dan bulu roma meremang. Penyebab sebenar mengapa ini berlaku adalah kita boleh memerhatikan persekitaran kita secara 360 darjah.
Jika mata manusia terhad oleh skop penglihatan berbanding haiwan, ini berlaku kerana otak tidak perlu untuk berupaya melihat ke belakang.
Otak mempunyai cara yang lebih hebat dalam membina model 3D persekitaran berskala penuh, terutamanya bahagian yang kita tak dapat lihat.
Keupayaan ini digabungkan dengan deria yang lain memberikan otak "pandangan" yang lebih jelas terhadap persekitaran 360 darjah di sekeliling kita.
6. Bina otot dengan hanya fikir tentangnya
Tak dapat dinafikan, tak kiralah lelaki atau wanita, kebanyakan daripada kita menginginkan tubuh badan yang cantik dan berotot.
Tak ramai yang memilikinya kerana untuk mendapatkan tubuh yang cantik, seseorang itu perlu bersenam yang mana bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan secara berterusan.
Namun, ada berita baik untuk anda yang malas atau tidak mempunyai kesempatan untuk berbuat demikian.
Rupa-rupanya, anda boleh melakukannya dengan hanya berfikir tentang bersenam untuk membina otot, menurut kajian oleh Universiti Ohio.
Kajian tersebut melibatkan 29 sukarelawan di mana pergelangan tangan mereka dibalut dengan acuan bedah.
Mereka kemudiannya diarahkan untuk berfikir tentang memberi tumpuan kepada latihan pergelangan tangan mereka selama 11 minit sehari, 5 hari seminggu.
Di akhir kajian, penyelidik mendapati bahawa separuh daripada mereka yang melakukan senaman khayalan 2 kali ganda lebih kuat membina otot 2 kali ganda berbanding separuh yang lain, walaupun sebenarnya mereka semua sebenarnya tidak melakukan senaman sebenar.
Banyak lagi kajian sebelum ini menunjukkan bahawa anda boleh meningkatkan kekuatan fizikal otot anda dengan hanya kuasa minda sahaja.
Mungkin ini yang dicapai dan dikuasai oleh Bruce Lee.
Rujukan:
2. NCBI