Alam semulajadi dan manusia telah memusnahkan spesies haiwan yang tak terhitung jumlahnya.
Malah, pergelutan untuk meneruskan hidup di antara haiwan-haiwan sendiri juga telah menyebabkan kepupusan haiwan yang menakjubkan.
Tiada yang boleh bertahan selama-lamanya, tetapi agak menyedihkan kerana kita tidak sempat melihat beberapa spesis haiwan yang unik dan menakjubkan dengan mata sendiri pada hari ini.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 haiwan menakjubkan dan luar biasa yang telah pupus.
6. Koala Lemur
Walaupun haiwan ini tidak dinamakan sehingga 1894, koala lemur telah wujud sejak dahulu kala dari zaman Pliocene hingga zaman Holocene.
Para saintis percaya bahawa ia mungkin berkaitan dengan lemur moden. Walau bagaimanapun, ujian fosil tidak menunjukkan hubungan antara Lepilemur kecil dan Megaladapis edwarsi yang sudah pupus, yang mempunyai saiz tengkorak sebesar tengkorak gorila.
Megaladapis edwarsi mampu membesar sehingga 1.5 meter panjang dan beratnya kira-kira 75 kilogram atau mungkin lebih.
Lengannya lebih panjang dari kakinya membolehkan ia memanjat pokok. Ia terlalu besar untuk melompat dan mungkin menghabiskan sebahagian besar hidupnya di atas tanah.
Megaladapis edwarsi boleh berjalan menggunakan keempat-empat kaki dan tangan sama seperti orang utan. Sejak manusia tiba di Madagascar kira-kira 2,000 tahun yang lalu, 17 jenis spesies lemur telah pupus.
Megaladapis edwarsi adalah antara yang paling mudah dibezakan kerana saiznya. Saiz badan yang besar menjadikannya lambat dan mudah diburu.
Pentarikhan radiokarbon menunjukkan koala lemur ini telah pupus selepas penempatan Eropah di Madagascar; yang mana spesimen terakhir mati kira-kira 500 tahun lalu.
5. Ular sawa gergasi Australia
Wonambi naracoortensis hidup semasa era Pliocene di Australia. "Wonambi" adalah perkataan orang Aborigin bermaksud "ular pelangi."
Ular yang besar ini tidak mempunyai fleksibiliti rahang seperti kebanyakan ular lain yang terevolusi.
Ular yang paling maju berkembang dapat menyamaratakan rahangnya, sementara biawak mempunyai kelenturan rahang sifar.
Ini bermakna wonambi adalah, dalam istilah evolusi, berada pada fasa antara biawak dan ular moden. Tengkorak wonambi lebih menyerupai fosil zaman Cretaceous berbanding mana-mana tengkorak ular moden.
Wonambi yang tidak berbisa ini boleh membesar lebih dari 4.5 meter dan memiliki gigi bengkok ke belakang tanpa taring.
Anggaran paling saintifik tentang kepupusan ular ini berlaku 40,000 tahun yang lalu, walaupun mungkin ia dapat bertahan hingga baru-baru ini, kira-kira 7,000 tahun yang lalu.
Persamaan ular yang sudah pupus di Amerika Selatan dan Afrika mencadangkan nenek moyang yang sama dari zaman Pangea.
4. Cicak gergasi Jamaica
Penemuan terakhir cicak Galliwasp gergasi Jamaica berlaku pada tahun 1840. Juga dikenali sebagai galliwasp tenggelam, ia membesar sekitar 60 sentimeter panjang dan menakutkan penduduk tempatan.
Kepupusannya mungkin disebabkan oleh kemunculan pemangsa, seperti cerpelai di Jamaica. Kemusnahan habitat akibat manusia mungkin juga memainkan peranan dalam kepupusan haiwan ini.
Menurut legenda, orang asli Jamaica percaya haiwan ini berbisa di mana selepas digigit, galliwasp dan orang yang digigit akan mencari air. Pihak yang mendapatkan air lebih dahulu akan kekal hidup, dan yang satu lagi akan mati.
Namun, ini tidak lagi menjadi kebimbangan berkaitan dengan galliwasp gergasi Jamaica. Spesies ini dipercayai telah pupus lebih daripada seabad yang lalu.
Sangat sedikit diketahui tentang cicak ini, walaupun dapat dikatakan bahawa ia makan ikan dan buah.
3. Singar Barbary
Singa Barbary satu ketika dahulu berkeliaran di Afrika Utara dengan bebas. Spesies ini adalah unik kerana ia mengembara, bukan dalam kumpulan besar, tetapi berpasangan atau kumpulan keluarga kecil.
Juga dikenali sebagai singa Atlas, singa Barbary adalah makhluk yang sangat dikenali dan menakjubkan dengan bentuk kepala dan rambut yang menonjol.
Bulu panjang singa jantan melingkari wajah dan tumbuh dari dada serta perut. Singa Barbary liar yang terakhir ditembak di Maghribi pada tahun 1927.
Oleh kerana Sultan Maghribi memiliki singa Barbary, sebilangan kecil nenek moyangnya masih hidup dalam penawanan. Haiwan peliharaan ini telah dipindahkan ke zoo Maghribi dan Eropah untuk pertunjukan dan pembiakan.
Singa Barbary digunakan dalam pertempuran melawan gladiator semasa Empayar Rom.
2. Burung hantu ketawa
Sceloglaux albifacies atau burung hantu ketawa, berasal dari New Zealand. Ia menjadi jarang ditemui pada pertengahan tahun 1800-an.
Merupakan satu-staunya burung hantu yang ditemui di pulau itu, ia kali terakhir dilihat pada tahun 1914. Laporan yang tidak dapat disahkan menunjukkan ia mungkin bertahan sehingga tahun 1930-an.
Bunyi burung hantu ketawa agak menyeramkan dan juga telah dibandingkan dengan salakan anjing. Spesies lain burung hantu ketawa bertahan hidup hari ini dan mungkin anda boleh dengar bunyi burung ini di internet.
Burung hantu ini bersarang diatas batu di sekitar kawasan hutan dan di negara terbuka. Ada di antara haiwan ini yang ditawan.
Ia berkembang pesat sebagai haiwan kesayangan, dan juga menanam telur tanpa dorongan. Di alam liar, penempatan manusia dan pemusnahan habitat menyebabkan haiwan ini mengubah makanan mereka.
Ia beralih daripada memakan burung yang cukup besar seperti itik dan cicak kepada lebih banyak mamalia.
Selepas pelarasan diet ini, pemangsa semulajadi mungkin memburu haiwan ini sehingga kepupusan. Pembakaran rumput dan pertanian juga mungkin mempengaruhi kepupusan haiwan ini dengan pantas.
1. Badak sumbu berbulu
Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana rupa badak sumbu yang mempunyai bulu, ini lah rupanya.
Fosil yang berusia sehingga 3.6 juta tahun telah dipulihkan dari Asia, Eropah, dan Afrika Utara dan yang tertua dari Tibet.
Salah satu tanduk besar badak ini pada awalnya disalah anggap sebagai kuku burung prasejarah. Kesan pada tanduk menunjukkan bahawa badak ini menggeserkan tanduknya di atas tanah, seperti mana badak moden lakukan.
Tindakan ini mungkin dilakukan untuk menolak salji atau halangan semulajadi yang lain.
Badak berbulu berkongsi wilayah dengan mammoths berbulu. Walaupun kedua-duanya sangat banyak di Rusia, tidak ada satu pun yang menyeberangi jambatan Tanah Selat Bering ke Amerika Utara.
Badak berbulu bertahan hidup selama berabad-abad. Gua-gua di Perancis memperlihatkan gambaran berusia 30,000 tahun tentang badak ini.
Ia diburu oleh manusia primitif, dan menjadi subjek umum seni gua. Sebilah tombak berusia 13,300 tahun ditemui di Siberia pada tahun 2014, yang diperbuat daripada tanduk badak berbulu yang matang.
Dipercayai bahawa makhluk ini telah pupus pada akhir zaman ais yang terbaru, kira-kira 11,000 tahun yang lalu.