Penggodam atau hacker telah wujud untuk tempoh yang sangat lama, lebih lama daripada yang anda sangka.
Ia tidak bermula dengan Internet dan penggodaman telah berlaku lebih awal daripada itu. Lama sebelum komputer dicipta, penggodam sudah wujud dan memecah masuk ke rangkaian telefon, mesin punch-card, dan juga ke telegraf.
BESARKAN TEKS A- A+
Sesetengah penggodam menggunakan kemahiran mereka untuk keuntungan, sementara yang lain melakukannya untuk tujuan yang tidak pentingkan diri.
iluminasi.com kongsikan 6 penggodam awal dalam sejarah sebelum komputer peribadi dicipta.
6. Allan Scherr adalah orang pertama menggodam kata laluan komputer - 1962
Komputer pertama yang dilindungi oleh kata laluan juga merupakan yang pertama digodam.
Dan disebabkan individu bernama Allan Scherr, ia berlaku dengan begitu kerap. MIT menetapkan kata laluan komputer pertama pada tahun 1962.
Mereka mempunyai beberapa buah komputer yang dikongsi oleh para pelajar mereka dan mereka mahu para pelajar mempunyai privasi sendiri.
Jadi, mereka menghasilkan log masuk pelajar ke dalam komputer dengan kata laluan dan untuk memastikan mereka tidak menyalahgunakan komputer, had masa empat jam sehari ditetapkan bagi setiap akaun.
Salah satu daripada pelajar, Allan Scherr, menjadi bosan dengan had masa cukup yang ditetapkan.
Dia membuat punch card yang menipu komputer untuk mencetak semua kata laluan dan kemudian menggunakannya untuk log masuk sebagai orang lain setiap kali waktunya tamat.
Dia berkongsi kata laluan dengan rakan-rakannya dan tidak lama kemudian, troll komputer pertama telah dicipta.
Mereka menggunakan kata laluan tersebut untuk menggodam akaun guru mereka dan meninggalkan mesej yang mengejek guru tersebut.
5. Penggodam telefon dari MIT digelar "hacker" kali pertama di dunia - 1963
Orang pertama di dunia yang menggunakan perkataan "penggodam" adalah profesor MIT bernama Carlton Tucker, dan dia tidak memaksudkannya sebagai perkara yang bagus.
Pada tahun 1963, universiti itu telah diserang oleh sekumpulan penggodam telefon.
Mereka memecah masuk ke dalam rangkaian telefon universiti dan menggunakannya untuk mengikat semua jaringan telefon dengan membuat panggilan ke Harvard, sehingga mustahil bagi sesiapa untuk membuat panggilan.
Kemudian mereka membuat satu siri panggilan jarak jauh rawak dan mensasarkan ke bangunan radar, semata-mata untuk menyerang mereka.
Carlton Tucker menjadi marah dan mengeluarkan perkataan yang telah mengubah sejarah selama-lamanya. Perkataan "hack" telah digunakan di MIT, tetapi pada masa itu, ia hanya merujuk kepada kerja-kerja elektronik.
Dia memanggil penggodam telefon itu dengan panggilan "hacker" untuk kali pertama di dunia. Carlton memberi amaran kepada setiap penggodam di universiti itu, dengan berkata: "Jika mana-mana orang ini ditangkap, mereka boleh dipenjarakan."
4. RABBITS mungkin virus komputer pertama di dunia - 1969
Virus komputer pertama dalam sejarah mungkin merupakan program yang dipanggil RABBITS.
Tiada siapa yang tahu siapa yang membuatnya, dan tidak ada yang tahu kenapa, tetapi siapa melakukannya telah membawanya ke Pusat Komputer Universiti Washington.
Ia adalah program yang kecil dan tidak menarik perhatian yang membuat salinan dirinya sendiri. Pada tahun 1969, seseorang memasangnya ke komputer di universiti tersebut dan membiarkannya berjalan.
Program itu membuat dua salinan sendiri, dan kemudian setiap salinan itu membuat salinan lain sehingga komputer tersebut terbeban dan berhenti berfungsi.
Beberapa tahun kemudian, seseorang yang telah mendengar kisah ini telah mengambil idea itu dan menggunakannya.
Dia mencipta virus Rabbitnya sendiri yang diberi nama Wabbit dan memuatnaik ke APRANET, versi awal Internet, untuk menggodam pengguna lain.
3. Ray Tomlinson dan Bob Thomas sebarkan virus pertama ke Internet - 1971
Orang pertama yang pernah menghantar virus melalui e-mel adalah Ray Tomlinson yang juga dikenali sebagai lelaki yang mencipta e-mel. Ia dikenali sebagai Creeper yang merupakan adalah "cacing" komputer yang pertama di dunia.
Program itu akan membuat salinannya sendiri dan menyebarkan dirinya di seluruh ARPANET, di mana setiap salinan memaparkan mesej kecil muncul di terminal dan berkata: "Saya Creeper: Tangkap saya jika anda boleh."
Virus itu sebenarnya dicipta oleh Bob Thomas, salah seorang rakan Ray Tomlinson. Beliau hanya membuat fail itu melantun dari komputer ke komputer, sentiasa memadamkan dirinya selepas ia hilang dari komputer.
Tomlinson, bagaimanapun, memutuskan untuk mengubahsuainya supaya ia tidak akan memadamkan dirinya, sebaliknya, hanya akan memperlahankan komputer sehingga ia berhenti berfungsi.
Sehinggalah sebelum internet dicipta, dia telah memuat naik virus pertama untuk memadamkannya.
Oleh itu, apabila anda mendapat spam dan virus dalam peti masuk anda, akaun e-mel anda berfungsi seperti mana yang dimahukan oleh penciptanya.
2. Steve Jobs dan Steve Wozniak bermula sebagai penggodam - 1971
Sebelum mereka membuat kekayaan menjual komputer dan iPod, Steve Jobs dan Steve Wozniak bermula dengan melakukan sesuatu yang berbeza iaitu menggodam ke dalam sistem telefon.
Steve Wozniak membaca artikel Esquire mengenai penggodam telefon dan beranggapan ia sangat menerujakan.
Oleh kerana tersangat teruja, dia menjejaki salah seorang penggodam telefon yang disebutkan di dalam artikel tersebut, John "Captain Crunch" Draper, dan menjemputnya ke rumahnya.
Setelah belajar bagaimana untuk menggodam sistem telefon dari Captain Crunch, Wozniak duduk dan membina peranti dipanggil kotak biru, direka untuk memudahkan untuk menggodam ke dalam sistem telefon.
Kemudian dia mula menggunakannya sendiri. Pada satu ketika, dia juga berpura-pura menjadi Henry Kissinger dan melakukan prank terhadap Pope.
Apabila dia memberitahu Steve Jobs mengenai hal itu, Jobs menyedari bahawa idea tersebut boleh menjana wang.
Kedua-dua merkea memulakan pengeluaran besar-besaran dan menjual kotak biru Wozniak kepada rakan sekelas mereka, dengan Wozniak yang bertanggungjawab terhadap teknologi dan Jobs yang menjaga penjualan.
Dan begitulah Apple memulakan perniagaan mereka di mana pengasas-pengasas antara syarikat terbesar di dunia ini membuat wang dengan menipu syarikat-syarikat telefon. syarikat telefon bimbit yang menipu.
1. John Walker cipta virus Trojan Horse pertama di dunia - 1975
John Walker menjadi orang pertama yang menipu orang untuk memasang virus pada komputer mereka dua tahun sebelum komputer peribadi berada di pasaran.
John mungkin mencipta virus komputer, tetapi dia menegaskan bahawa dia mempunyai niat yang baik. Dia telah mencipta permainan komputer yang dikenali sebagai ANIMAL, yang cuba meneka haiwan apa yang sedang difikirkan oleh pemain.
Ia mendapat sambutan hangat sehinggakan semua rakannya mahukan permainan itu.
Masalahnya adalah pada tahun 1975, satu-satunya cara untuk berkongsi permainan adalah dengan menulis pita magnetik dan mel kepada mereka di mana John tidak mempunyai masa untuk dibuang sebegitu rupa.
Jadi, dia menganggap bahawa kerana semua orang menginginkan permainannya, dia akan menjangkiti sebanyak komputer yang mungkin menggunakannnya.
Dia mengemas kini permainannya sehingga ketika orang sedang bermain, ia akan secara senyap membuat salinan sendiri pada setiap direktori yang dapat ditemui.
Ini bermakna ia akan menyalinkan dirinya ke direktori pengguna lain dan ke sebarang pita yang dimasukkan ke dalam komputer.
Dan jika anda mengambil pita itu dan memasukkannya ke komputer lain, maka ia akan dijangkiti dengan permainan John Walker juga.
Jadi, jika ada yang meminta salinan permainan ANIMAL dari John, dia akan menyuruh mereka memeriksa komputer mereka terlebih dahulu.
Mereka mungkin tak tahu bahawa mereka sudah memiliki permainan itu dalam komputer. John menegaskan dia melakukannya dengan kebaikan hatinya.