Antara negara-negara yang mempunyai jumlah penggodam yang banyak adalah Rusia, China, India dan Amerika Syarikat. Negara-negara ini telah menyumbang kepada jenayah menggodam rangkaian, laman sesawang, bank dan sistem pertahanan berprofil tinggi.

Jika seorang penggodam berkemahiran tinggi pun sudah boleh menyebabkan serangan siber yang dahsyat, bayangkan apa yang akan berlaku jika mereka ini bergabung dan membentuk kumpulan penggodam?

BESARKAN TEKS     A-  A+

kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia 2

Banyak kumpulan dan organisasi penggodam di atas muka bumi ketika ini yang telah menyebabkan kerosakan berjuta-juta ringgit. iluminasi.com ingin berkongsi dengan pembaca 10 kumpulan hacker paling dahsyat di dunia.

Nota: Senarai tidak mengikut turutan.

1. UGNazi

ugnazi kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

UGNazi adalah salah satu daripada kumpulan penggodam di dunia yang berjaya menggodam Twitter, pada tahun 2012. Twitter telah offline selama 2 jam dan dianggap sebagai salah satu kemalangan yang paling teruk pernah berlaku terhadap laman ini.

UGNazi adalah singkatan kepada Underground Nazi Hacktivist Group yang ditubuhkan pada tahun 2011. Mereka bertanggungjawab ke atas serangan DDoS terhadap laman sesawang kerajaan Amerika Syarikat yang bertentangan dengan tagihan CISPA dan SOPA.

Seorang penggodam berusia 12 tahun dari UGNazi yang dikeali sebagai Cosmo atau Cosmo the God telah dihukum oleh mahkamah juvana pada tahun 2012. Kumpulan ini juga telah menyerang banyak laman web terkenal kerajaan Amerika Syarikat seperti CIA, Jabatan Tentera Washington dan banyak lagi.

2. Anonymous

anonymous kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

Anonymous adalah kumpulan penggodam berbahaya yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Rangkaian aktivis dan penggodam ini bermula pada tahun 2003 dan telah menggodam beberapa laman web kerajaan, keagamaan dan korporat.

Seperti dalam filem dan novel V for Vendetta, ahli kumpulan ini diperlihatkaan kepada awam memakai topeng Guy Fawkes. Anonymous terkenal dengan mensasarkan agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat, Israel, Uganda, Tunisiaa dan banyak lagi. 

Beberapa tangkapan di seluruh dunia telah dilakukan terhadap penglibatan serangan siber Anonymous. Pada tahun 2012, majalah Times telah menggelarkan Anonymous sebagai "100 orang yang paling berpengaruh" di dunia. 

Pengkritik menggambarkan mereka sebagai "pengganas siber" manakala ramai penyokong mereka menggelarkan "pejuang kebebasan".

3. Honker Union 

honker union kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

Kumpulan penggodam dari China yang diberi nama Honker Union ini mempunyai moto utama iaitu menyerang laman web kerajaan Amerika Syarikat. Perkataan "Honker" bermaksud "Red Guest".

Perkataan itu muncul selepas Mei 1999, apabila Amerika Syarikat mengebom kedutaan China di Belgrade, Yugoslavia. Semenjak itu, Honker Union telah terbentuk untuk melancarkan siri serangan terhadap AS.

Kumpulan ini juga menggodam kerajaan Iran dan laman sesawang popular yang lain selepas Iranian Cyber Army menggodam laman sesawan Baidu milik China.

Selepas pertikaian laut China Selatan antara China dan Vietnam, Honker Union telah melancarkan serangan ke atas beribu-ribu laman sesawang di Vietnam. Tak cukup dengan itu, mereka juga melancarkan perang penggodaman patriotik terhadap Filipina dan Jepun selepas pertikaian dengan negara-negara ini. 

4. Xbox Underground

xbox underground kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

Bagi laman sesawang permainan video, Xbox Underground adalah antara salah satu kumpulan penggodam yang paling berbahaya di dunia. Kumpulan ini sangat terkenal kerana menggodam rangkaian komputer Microsof, hanya untuk memahami kod sumber (source-code) permainan video Microsoft dan konsol Xbox.

Penggodaman ini dilakukan disebabkan rasa ingin tahu terhadap pelancaran Xbox akan datang. Kumpulan ini juga telah menjejaskan data pengeluar permainan video yang lain seperti Activision, Epic Games dan Valve.

Xbox Underground berulaangkali menjejaskan rangkaian komputer Microsoft pada tahun 2011 dan 2013. Mereka menghabiskan 100 jam dalam mencari, menganalisa dan memahami kod-sumber, kelayakan pengguna (user credentials), log-log, spesifikasi teknikal dan data sensitif yang lain dalam rangkaian Microsoft.

Antara serangan berbahaya yang lain oleh kumpulan ini adalah memecah masuk ke dalam rangkaian keselamatan tentera Amerika Syarikat.

5. Lizard Squad

lizard squad kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

Lizard Squad adalah serupa dengan Xbox Underground kerana mereka juga lebih menumpukan kepada rangkaian permainan seperti perkhidmatan Playstation Network dan Xbox Live. Kumpulan ini dikenali terutamanya disebabkan oleh serangan DDoS terhadap perkhidmatan yang berkaitan dengan permainan video.

Pada September 2014, Lizard Squad mengumumkan pembubaran mereka tetapi kemudiannya muncul dengan beberapa jenis serangan. Pada Januari 2015, laman web Malaysia Airlines telah disrang dan digodam dengan mengalihkan pengguna ke halaman yang mengandungi imej cicak dan terpapar tulisan "Digodam oleh Cyber Caliphate". 

Laporan media di seluruh dunia berkata versi pengambilalihan ini di beberapa wilayah adalah termasuk kata-kata "ISIS akan menang", yang menunjukkan keprihatinan kumpulan ini terhadap Negara Islam.

Selai daripada perkhidmatan permainan video, kumpulan ini juga bertanggungjawab membuatkan internet di Korea Utara terganggu (offline), serangan Sybil terhadap rangkaian Tor dan Machinima.com. 

Salah seorang ahli kumpulan ini, Julius Kivimaki (zeekill) adalah warganegara Finland yang bertanggungjawab ke atas 50,000 tuduhan jenayah siber.

6. LulzSec

lulzsec kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

LulzSec mempunyai kaitan yang rapat dengan Anonymous. Hector Xavier Monsegur yang dikenali dengan nama samaran atas talian Sabu, adalah seorang penggodam Amerika Syarikat yang menubuhkan kumpulan ini.

Kumpulan penggodam topi hitam ini ditubuhkan pada tahun 2011, namun telah berpecah. Kumpulan ini mendakwa bertanggungjawab ke atas serangan berprofil tinggi seperti membuatkan laman sesawang Central Intelligence Agency (CIA) offline dan menjejaskan akaun pengguna Sony Pictures.

Dengan mempunyai 6 orang ahli, pada Jun 2011, LulzSec mengeluarkan kenyataan "50 days of lulz", yang mana mereka mendakwa adalah keluaran terakhir, mengesahkan bahawa LulzSec akan berpecah.

Namun, selepas berpecah, kumpulan ini masih menggodam dan melumpuhkan laman sesawang News Corporation pada Julai 2011. Beberapa serangan telah berlaku terhadapahli-ahlinya oleh kumpulan penggodam musuh.

7.  414

414 kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

414 mendapat perhatian pada awal tahun 1980an apabila sekumpulan rakan dan penggodam komputer memecah masuk ke beberapa sistem komputer berprofil tinggi seperti Makmal Nasional Los Alamos, Pusat Kanser Sloan-Kettering dan Bank Keselamatan Pasifik.

Remaja muda seramai 6 orang tersebut berusia di antara 16 hingga 22 tahun, bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Imej di atas adalah Neal Patrick, salah seorang ahli kumpulan 414, seorang pelajar sekolah di Rufus King High School berusia 17 tahun.

Disebabkan terlalu terkenal, sebuah filem jenayah bertajuk The 414s: The Original Teenage Hackers telah dihasilkan mengenai kegiatan remaja-remaja ini. Mereka juga berjayan memecah masuk ke rangkaian dengan sistem keselamatan yang tinggi yang menggunakan sistem operasi VMS yang dibangunkan oleh syarikat Digital Equipment Corporation.

Neal mendakwa tujuan dan motivasinya adalah cabaran untuk masuk ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya dan kekal tanpa dikesan.

8. Syrian Electronic Army

the syrian electronic army kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

Tentera Elektronik Syria dianggap sebagai salah satu penggodam paling hebat di dunia. Kumpulan ini malah telah menegluarkan sistem operasi (OS) sendiri yang diberi nama SEANux (Syrian Electronic Army Linux).

Kumpulan ini dilancarkan pada tahun 2011 untuk menyokong kerajaan yang dipimpin oleh Presiden Bashar al-Assad. Sehingga 2011, SEA telah menjadi negara Arab pertama yang mempunyai tentera internet awam yang dihoskan pada rangkaian nasional untuk melancarkan serangan siber ke atas musuh-musuhnya.

Organisasi ini menggunakan beberapa teknik penggodaman terhadap kumpulan pembangkan, organisasi berita Barat, kumpulan hak asasi manusia dan laman sesawang yang kelihatan seperti neutral terhadap konflik di Syria.

Kini, hubungan antara kumpulan ini dengan Kerajaan Syria adalah tidak jelas dan berubah-ubah mengikut masa. 

9. Level Seven Crew

the level seven crew kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

Level Seven Crew terkenal disebabkan oleh memusnahkan laman web Kedutaan Amerika Syarikat di China berkaitan dengan pengeboman kedutaan Amerika Syarikat pada tahun 1998. 

Kumpulan ini ditubuhkan pada pertengahan hingga lewat tahun 1990an oleh individu dengan nama samaran "Vent" dan "Foil" yang mana butiran mereka tidak diketahui. Nama Level Seven Crew akhirnya tersebar setelah ketua mereka, Vent, diserbu oleh pihak FBI pada tahun 2000.

Mereka juga terkenal sebagai kumpulan pertama yang menggodam domain ".ma" dan server di Morocco. Selain itu, kumpulan ini juga dikatakan sebagai 20 kumpulan paling aktif sepanjang zaman dengan mendakwa bertanggungjawab ke atas lebih daripada 60 penggodaman sistem komputer pada tahun 1999 sahaja.

Antara laman-laman sesawang yang terkenal yang digodam oleh Level Seven Crew termasuklah First American National Bank, The Federal Geographic Data Committee, NASA dan Hotel Sheraton.

10. RedHack

redhack kumpulan hacker paling power dan berbahaya di dunia

RedHack adalah kumpulan penggodam komunis Turki yang bertanggugnjawab dalam menggodam banyak laman sesawang kerajaan negara itu termasuklah Majlis Pengajian Tinggi, Tentera Turki, pasukan polis Turki, Pertubuhan Perisikan Negara dan juga Turk Telekom.

Kumpulan dengan ahli kumpulan tetap sebanyak 12 orang adalah antara kumpulan hacker yang paling dikehendaki di dunia. Mereka juga adalah kumpulan penggodam pertama di dunia yang diisytiharkan sebagai organisasi pengganas.

Beberapa tangkapan telah dilakukan pada tahun 2012 dan 2013 ke atas RedHack untuk membendung penggodaman. Aktif sejak tahun 1997, RedHack terkenal sebagai komuniti penggodam berbahaya yang memadamkan fail, merosakkan data, memusnahkan laman web dan mengawal perkasasan seperti kamera CCTV.

Ketua dan pengasas kumpulan ini dikenali dengan nama samaran MaNYak.

Rujukan:

1. Hacked

2. Hackread

3. Amaze




Hakcipta iluminasi.com (2017)