Oleh pada 25 Feb 2018 kategori

adab minum dalam islam

Dalam zaman yang serba pantas, kita seolah-olah sudah terbiasa meninggalkan banyak ajaran yang digalakkan kita membuatnya, oleh Rasulullah saw.

Antara perkara yang paling kerap kita tinggalkan, adalah amalan meminum air mengikut cara Nabi yang memang kerap kita lakukan hari demi hari. Sudah menjadi satu perkara biasa pula melihat masyarakat kita berjalan ke sana sini sambil minum ataupun menghilangkan dahaga sambil berlari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanakah adab minum yang sebenarnya dianjurkan Rasulullah saw.?

1. Niat minum kerana Allah swt.

koko panas adab minum rasulullah

Perkara semudah meminum air pun sebaik-baiknya lakukanlah dengan niat untuk menyihatkan badan kita agar kita lebih mudah memenuhi perintah Allah swt. dari segala aspek. Ajarkan anak-anak kita untuk minum dengan tujuan tersebut, Insya Allah air yang masuk ke dalam badannya akan lebih diberkati. Sebutkan 'Bismillahhirrahmanirrahim' sebelum minum.

2. Menggunakan tangan kanan

trump minum adab minum rasulullah

Jadikan satu kebiasaan mengangkat cawan berisi air dengan tangan kanan. Ini kerana Rasulullah saw. sendiri telah berpesan kepada kita yang mengutamakan yang kanan adalah sesuatu yang baik. Bukan sahaja dalam perbuatan meminum, malahan makan, berpakaian, memakai kasut dan menaiki kenderaan sekalipun.

3. Dilarang bernafas di dalam cawan

jangan bernafas dalam cawan adab minum rasulullah

Rasulullah saw. melarang kita bernafas di dalam cawan ketika sedang minum, jadi amalkan menahan nafas semasa minum. Asasnya, perbuatan ini tidak baik untuk kesihatan kerana minuman kita akan dicemari oleh nafas kita.

4. Dilarang menggunakan bekas minuman daripada emas atau perak

cawan diperbuat emas adab minum rasulullah

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah ra. beliau berkata ; “Sesungguhnya Nabi SAW melarang kami memakai pakaian daripada sutera kasar (untuk lelaki sahaja) dan minum di dalam bekas yang dibuat daripada emas dan perak (lelaki dan perempuan). Baginda bersabda lagi, “Semua barang tersebut adalah untuk orang kafir di dunia tetapi barang-barang tersebut akan kamu perolehi di akhirat kelak.”

5. Duduk ketika minum

peserta lati minum adab minum rasulullah

Ada pendapat yang mengatakan apabila kita minum dalam keadaan berdiri, adalah lebih baik kita luahkan apa yang telah kita minum. Namun pendapat yang lebih kuat adalah minum berdiri adalah satu tindakan makruh yang lebih baik dibuat dengan duduk. Dipercayai sekiranya kita minum dalam keadaan berdiri, air yang kita minum akan cepat masuk ke dalam badan. Tidaklah salah sekiranya kita perlu minum berdiri tetapi amalkanlah tabiat yang lebih baik.

6. Tidak mencela minuman jika tidak sedap

anwar dan najib minum teh duduk adab minum rasulullah

Kadangkala, memang kita tidak bernasib baik mendapat air yang dibancuh tidak sedap. Walau bagaimanapun kita marah kerana kualiti air yang kita dapat itu tidak menepati cita rasa kita, janganlah mencela air itu dengan perkataan-perkataan yang kurang enak.

Kami tahu anda marah, tetapi jagalah tutur kata kita. Walaupun tak sedap, minuman itu tetap minuman yang boleh diminum. Biasakanlah diri kita untuk berani memberitahu pada peniaga apa perubahan yang kita mahukan. Bagi peniaga yang baik, mereka pasti sedia mendengar pandangan kita.

7. Beberapa hadis palsu popular berkenaan tabiat minum yang tersebar;

minum air putih

Walaupun tidak berkait dengan topik adab minum kita kali ini, salah satu hadis yang paling popular di antara kita, adalah saranan Rasulullah saw. yang menyuruh kita mengunyah makanan 40 kali sebelum menelannya.

Hadis ini adalah hadis palsu jadi berhentilah menyebarkannya, kerana perbuatan itu tidak ada asas dari segi kebenaran. 

Ada beberapa amalan lain yang dipercayai umat Islam yang dikhuatiri juga datangnya daripada hadis palsu, antaranya;

a. Minumlah sebelum makan, nescaya kita akan lebih mudah kenyang

b. Rasulullah saw. gemar minuman kopi

c. Jangan akhiri makan dengan meminum air

Walaupun pada dasarnya tidak salah kita mengikut saranan-saranan ini, tetapi apabila sesuatu perkara mudah menjadi susah hanya kerana kepercayaan tambahan seperti ini, adalah lebih baik kita kembali mengikut perkara yang asas sahaja.




Hakcipta iluminasi.com (2017)