Oleh pada 01 Apr 2017 kategori

Sunnah bermaksud segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah S.A.W sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan, penetapan, sifat tubuh badan serta akhlak yang diajarkan oleh baginda. Orang Islam mempelajari dan mengikut sunnah-sunnah untuk membina karekter dan mengaplikasikannya ke dalam setiap aspek kehidupan. Bagi orang Islam, Sunnah adalah perintah Allah melalui baginda. Kesan sunnah kepada kita memang tak dapat disangkal lagi manfaatnya, dari segi rohani dan saintifik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apa yang hebatnya mengenai sunnah ini adalah telah ramai penyelidik berjaya membuktikan manfaat yang boleh diperolehi melalui sunnah selepas mengkaji bertahun lamanya di dalam makmal, yang mana sunnah-sunnah ini telah diajarkan oleh baginda 1400 tahun yang lalu, sebelum wujudnya makmal dan sebagainya. 

Iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda beberapa sunnah yang telah dibuktikan secara saintifik. Semoga memberi manfaat.

1. Tidur dan bangun awal

tidur awal

Menurut sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, baginda selalu tidur awal, selepas daripada solat Isyak, dan bangun awal sebelum subuh.

Abu Barzah (RA) berkata "Rasulullah tidak menyukai tidur sebelum solat Isyak, dan berborak selepas solat Isyak," (Muslim)

Bukti saintifik : Sains moden telah mendedahkan bahawa organ badan kita menyahtoksik ketika waktu malam. Untuk proses menyahtoksin yang ideal, seseorang itu perlu menghabiskan kerja hariannya selepas pukul 9 malam dan masuk tidur sekurang-kurangnya pukul 11 malam hingga 5 pagi.

2. Tidur sebentar pada waktu tengahari

tidur sekejap

Diceritakan oleh Anas bin Malik "Ummi Salma selalu membentangkan sesuatu untuk Rasulullah S.A.W dan baginda biasanya akan tidur sebentar di waktu tengahari di rumahnya," (Bukhari)

Bukti saintifik: Kajian menunjukkan bahawa dengan tidur sekejap pada waktu tengahari dapat merehatkan otak kita daripada letih, dan dengan ini dapat meningkatkan fungsi kognitif dan memori pada otak kita, dan juga memberikan tenaga kepada badan seperti di waktu pagi. Sesetengah organisasi atau syarikat kini menyediakan "bilik tidur" di tempat kerja untuk membolehkan pekerja tidur sekejap selepas makan tengahari. 

3. Tutup mulut ketika menguap

tutup mulut ketika menguap

"Apabila seorang daripada kamu menguap, hendaklah kamu menutupnya dengan meletakkan tangan, kerana syaitan akan masuk ke dalam mulut,"

Bukti saintifik : Menguap adalah reaksi psikologikal, udara mengandungi pelbagai kuman dan kotoran yang bahaya kepada badan. Namun, apabila seseorang itu menguap, ia akan menyebabkan seseorang itu terdedah untuk menghirup kuman yang ada dalam udara. Jadi, dengan menutup mulut, anda akan mengurangkan risiko menyedut bakteria yang ada dalam udara ke dalam mulut.

4. Bersugi

bersugi

"Bersugi dapat membersihkan mulut serta Allah amat menyukainya, dan jika bersugi tidak terlalu berat kepada umatku, nescaya aku akan menyuruh mereka supaya membersihkan mulut dengan bersugi setiap kali solat,"

Bukti saintifik : Kajian mendapati bahawa terdapat 19 bahan semulajadi yang terdapat pada sugi yang boleh memberikan kebaikan kepada kesihatan. Ia juga mengandungi antiseptik semulajadi yang membunuh mikroorganisma berbahaya di dalam mulut, asid tanik yang melindungi gusi daripada penyakit, dan minyak aromatik yang meningkatkan jumlah air liur.

5. Meletakkan minyak pada rambut

sapukan minyak pada rambut

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasululllah bersabda : "Makanlah minyak zaitun dan sapukan pada rambut dengannya, kerana ia adalah pohon yang diberkati," (Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Bukti saintifik : Menurut kajian, menyapu minyak pada rambut dapat menghalang mencegah rambut menjadi uban. Penggunaan selalu akan menyuburkan serta menguatkan rambut. Ia juga dapat menjaga rambut daripada pencemaran, dan kotoran yang ada pada persekitaran. Juga, ia dapat menghalang rambut daripada menjadi kering dan pecah, serta menjadi penyejuk rambut akibat cuaca panas.




Hakcipta iluminasi.com (2017)