Memfailkan paten adalah salah satu cara untuk melindungi idea atau ciptaan kita daripada ditiru atau diciplak orang lain, terutamanya pesaing. Ada juga individu yang memfailkan paten demi wang dimana mereka boleh memperolehi royalti dengan menyewakan idea/ciptaan yang dipatenkan tersebut.
Mungkin ada yang menganggap bahawa sesuatu hidupan tidak boleh dipatenkan memandangkan ianya bukan "diciptakan" oleh manusia. Kenyataan ini kurang tepat sebenarnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Tidak lama dahulu kami pernah menulis mengenai OncoMouse, spesis tikus baru yang dipatenkan dimana tikus ini mempunyai genetik khas yang diubahsuai, menjadikannya sesuai untuk kajian sains. Kali ini, mari lihat senarai 5 haiwan yang telah dipatenkan.
1. OncoMouse
OncoMouse adalah haiwan pertama yang dipatenkan di dunia. Dicipta untuk mengkaji pembentukan dan rawatan kanser pada manusia, Universiti Harvard telah diberikan paten pada April 1988 untuk OncoMouse yang diklasifikasikan sebagai "Mammal Transgenik Bukan Manusia".
Kemudian, Harvard melesenkannya kepada syarikat kimia DuPont, yang telah terlibat dalam pembangunannya. Paten itu mencetuskan beberapa kontroversi di kalangan aktivis hak asasi haiwan yang mempersoalkan moraliti mematenkan makhluk hidup.
2. Dolly
Dolly adalah mamalia pertama di dunia yang dihasilkan melalui teknik pengklonan. Kebiasaannya haiwan seperti ini terhasil daripada telur yang disenyawakan, namun berlainan dengan Dolly dimana DNAnya diambil daripada sel biri-biri lain. Pengklonan Dolly membuktikan bahawa organisma klon boleh dihasilkan daripada sel matang daripada bahagian badan tertentu.
Dolly telah diklon pada tahun 1996 dan menjalani kehidupan seperti biasa sehingga mati pada tahun 2003. Penyelidik dari Institut Roslin yang melakukan pengklonan cuba mempatenkan Dolly, anak-anaknya, dan proses pengklonannya. Bagaimanapun, institut itu hanya dibenarkan mempatenkan proses yang digunakan dalam pengklonan Dolly.
3. Bakteria Pseudomonas
Spesies baharu bakteria yang memakan tumpahan minyak, bakteria Pseudomonas ialah makhluk pertama yang diubah suai secara genetik pernah dipatenkan. Ia dibuat dengan memasukkan ke dalam satu spesies DNA daripada empat spesies bakteria pemakan tumpahan minyak dalam genus Pseudomonas.
Banyak organisma kejuruteraan genetik lain telah dipatenkan sejak itu. Keupayaan untuk mengubah genom organisma mempunyai manfaat perubatan, perindustrian dan alam sekitar yang besar, tetapi ia masih kekal kontroversi terutamanya dalam bidang pertanian.
4. AquAdvantage Salmon
Ini adalah salmon pertama yang dipatenkan dan diubah suai secara genetik yang telah diluluskan oleh FDA untuk pengeluaran dan penggunaan komersial. Produk AquaBounty Technologies ini dibuat dengan menambahkan gen pada salmon Atlantik dari Chinook Pasifik dan pout lautan.
Hasilnya ialah salmon yang tumbuh dua kali lebih cepat daripada salmon biasa. Dengan salmon AquAdvantage, berat pasaran sekitar 2-3kg boleh dicapai dalam 18 - 24 bulan, berbanding tiga tahun.
5. GloFish
GloFish ialah haiwan peliharaan diubah suai genetik pertama di dunia. Ia adalah ikan yang dipatenkan yang bercahaya di bawah cahaya ultraungu. Pada mulanya, GloFish tidak dibuat sebagai haiwan peliharaan tetapi sebagai sejenis instrumen biologi untuk mengesan pencemaran air.
GloFish pertama dibuat oleh saintis Singapura yang mahukan ikan yang bercahaya apabila air yang mereka diami tercemar. Hak untuk GloFish dimiliki oleh Spectrum Brands, Inc., yang membeli GloFish daripada Yorktown Technologies, pembangun asal GloFish, pada Mei 2017.Kredit: