Apabila seseorang saintis membuat penemuan spesis hidupan baru seperti serangga, mikroorgisma, varieti bunga dan sebagainya, mereka diberi kelebihan untuk menamakan hidupan tersebut. Kadang-kala, mereka akan meletakkan nama tempat, orang atau apa sahaja mengikut minat mereka.

Tahukah anda terdapat banyak spesis hidupan yang baru ditemui yang telah dinamakan sempena nama penyanyi atau band rock popular antarabangsa. Besar kemungkinan, saintis yang membuat penemuan tersebut meminati kumpulan atau penyanyi rock tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, pihak Iluminasi ingin kongsikan pula senarai 5 hidupan yang baru ditemui yang dinamakan sempena nama individu atau kumpulan rock antarabangsa. 

1. Terebellides sepultura

nama binatang dari nama kumpulan band metal

Brazil adalah rumah kepada banyak vertebrata darat dan invertebrata berbanding tempat lain di dunia, menjadikannya salah satu negara yang paling banyak kepelbagaian biologi di luar sana. Dalam bidang muzik, mereka juga mempunyai kepelbagai kumpulan rock.

Salah satu kumpulan rock yang cukup popular, Sepultura berasal dari sini dan siapa sangka sejenis cacing diberi nama Terebellides sepultura  sempena kumpulan heavy metal Brazil Sepultura. Ditubuhkan pada tahun 1984 oleh adik beradik Max dan Igor Cavalera, band ini merupakan kuasa utama dalam genre groove metal, thrash metal dan death metal pada akhir 1980-an dan awal 1990-an,

2. Rollinschaeta myoplena

rollinschaeta myoplena

Seekor ulat api fosil berotot, ditemui oleh saintis dari Universiti Bristol dan Muzium Sejarah Semula Jadi, telah dinamakan Rollinschaeta myoplena sebagai penghormatan kepada pemuzik punk, Henry Rollins.

Penemuan fosil denga tisu otot jarang berlaku dan biasanya tidak diterangkan secara terperinci oleh ahli paleontologi. Henry Rollins, karakter utama Black Flag danthe Rollins Band, ialah seorang legenda punk tegar, tetapi beliau juga seorang penulis, pelakon filem dan aktivis yang mahir.

3. Aegrotocatellus jaggeri -Perirehaedulus richardsi

aegrotocatellus jaggeri

Nama spesis di atas mungkin agak panjang namun tahukah anda bahawa sebenarnya ia diinspirasikan daripada nama penyanyi kumpulan The Rollling Stones? Dua fosil trilobite yang telah pupus dinamakan pada tahun 1995 sempena nama penyanyi Mick Jagger dan pemain gitar Keith Richards.

The Rolling Stones ialah sebuah kumpulan rock Inggeris yang ditubuhkan di London pada tahun 1962. Aktif selama enam dekad, mereka adalah salah satu kumpulan paling popular dan kekal pada era rock.

4. Pseudotrichonymphas leei, P. lifesoni, and P. pearti

Mikrob berbulu ini telah ditemui dalam usus-usus anai-anai. Dengan bahagian "flagela" seperti rambut panjang untuk membantu mereka bergerak, makhluk bersaiz sel ini seolah-olah bergerak dalam tarian berirama, serupa dengan gerakan kepala  oleh sesiapa sahaja yang mendengar bunyi muzik Rush.

Pseudotrichonympha ialah genus protista parabasalian yang besar dan kompleks dari segi struktur yang memainkan peranan penting dalam pencernaan lignoselulosa dalam usus belakang anai-anai. Seperti kebanyakan simbion anai-anai, ia mempunyai pelan badan yang mudah dilihat yang menjadikan pengecaman peringkat genus agak mudah, tetapi kepelbagaian peringkat spesies Pseudotrichonympha masih kurang dikaji.

5. Synalpheus pinkfloydi

synalpheus pinkfloydi

Hidupan ini mempunyai penyepit merah jambu yang besar yang mampu  membunuh ikan kecil mudah. Tidak mengejutkan, ia dinamakan sempena salah satu kumpulan muzik rock yang paling lantang, Pink Floyd.

Pink Floyd ialah sebuah kumpulan rock Inggeris yang ditubuhkan di London pada tahun 1965. Mereka terkenal kerana gubahan lagu lanjutan, lirik penuh falsafah dan persembahan langsung yang mengagumkan. Mereka dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kumpulan rock progresif terhebat sepanjang zaman.

Kredit:

  1. Ultimate-Guitar
  2. Phys.org
  3. Science Focus
  4. Live Science
  5. Nature.org



Hakcipta iluminasi.com (2017)