Oleh pada 28 Jun 2024 kategori

Satu ketika dulu, negara kita pernah digemparkan dengan tindakan seorang pensyarah yang mengkritik salah seorang pelajarnya kerana gagal menyediakan peranti bagi persediaan kelas. Dikritik keras kerana ayat sindirannya, ramai yang melihat tindakan pensyarah itu agak keterlaluan.

Bagaimanapun realitinya jika anda benar-benar bergelumang dengan golongan susah atau berpendapatan rendah, ada kemungkinan di kalangan mereka itu benar-benar menepati gambaran yang disebutkan dalam kes kontroversi tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini kerana di kalangan golongan susah, baik yang bergelar B40, fakir, miskin atau berpendapatan rendah, terdapat beberapa persamaan yang mampu kita lihat wujud di kalangan mereka ini.

Penulis bukanlah nak memandang hina kumpulan sebegini, tetapi realitinya harus kita terima bahawa bukan semua yang miskin, harus automatik dianggap layak mendapat bantuan kita. Fahamkan ayat penulis itu.

1. Suka meminta

b40 mengharap bantuan

Jika anda pernah menghadiri program-program kebajikan di mana golongan NGO atau badan-badan pertubuhan menghadiri penyerahan bantuan, sudah pasti anda akan dapat melihat bagaimana segelintir golongan susah ini, susah kerana sikap mereka.

Sudahlah hidup susah, mereka jadi suka meminta-minta. Dah diberi beras, nak barang lain pula. Siap ada juga yang tak malu bertanya 'sampul wang ringgit tak ada ke?'

Golongan sebegini memang menyakitkan hati kita. Mereka yang hadir, hadir dengan penuh rasa simpati tapi bila menyedari ada yang lebih suka meminta, memang rosak niat kita nak membantu pada awalnya. Lagi menyakitkan hati? Hidup susah, motor rosak, kerja tak ada. Duit beli rokok, ada pula!

2. Pengotor

b40 miskin hidup persekitaran kotor

Dalam banyak-banyak masalah, masalah menjaga kebersihan ni lah yang paling teruk melanda masyarakat kita. Ini kerana segelintir yang pengotor wujud, mengakibatkan ramai yang berpendapatan rendah terpalit sama.

Pergi saja ke mana kawasan perumahan kos rendah atau kawasan setinggan, kita akan mendapati kawasannya tidak terjaga. Sampah bertabur. Kemudahan tidak diselenggara. Suram saja suasananya. Kenapa?

Kami sudah jelaskan punca kenapa masalah ini berlaku dalam salah satu artikel kami. Cuma kami harus kata, kami cukup simpati dengan golongan berpendapatan rendah yang cakna dan peduli tentang kebersihan. Mereka ini tidak ada pilihan lain. Nak pindah tak mampu. Nak ubah kejiranan? Jiran pula seakan hantu.

3. Mengharap orang selesaikan masalah dia

b40 suka minta sedekah

Salah satu punca kenapa badan pengurusan zakat di negara kita sering berdepan masalah menyalurkan bantuan, adalah kerana sikap asnaf atau fakir itu sendiri yang enggan memohon bantuan. Dia tak nak bersusah payah ke pejabat zakat, sebaliknya berharap orang zakat cari dia!

Mentaliti sama dapat kita lihat berlegar di kalangan ramai individu berpendapatan rendah, khususnya mereka yang kurang berpendidikan. Apa saja masalah, dibiarkan begitu saja. Seolah-olah mereka ini menunggu sesuatu atau seseorang hadir menghulurkan bantuan.

Kalau nak keluar memohon bantuan pun, kena ada orang hantarkan. Kena ada orang sediakan pengangkutan, walhal kudrat sendiri ada. Bila disoal apa yang pernah dibuat untuk memperbaiki kesempitan yang hadir, selalunya banyaklah alasan dia.

4. Malas kerja

sikap golongan b40 malas

Selain gemar mengharap orang menyelesaikan masalah dia, ramai di kalangan golongan berpendapatan rendah ini juga ada penyakit malas.

Kalau kerja pun, kerja seminggu dua saja. Lepas berhenti. Cari kerja lain. Jumpa kerja lain, minta duit advance. Kerja seminggu dua, mulalah rasa nak berhenti. Itu sajalah kitaran hidup dia.

Mak ayah dia yang dah hidup susah pula pening memikirkan kenapa anak mereka yang dah dewasa ni, masih perlu ditunjuk ajar tentang kepentingan mendapatkan kerja dan sumber rezeki.

Bila dipersoalkan kenapa kerap sangat tukar kerja, seperti biasa alasan menyalahkan majikan, menyalahkan supervisor atau rakan sekerja akan terpacul keluar. Yang tak salah, hanyalah dia.

5. Merasa dunia tak adil pada dia

perangai meminta minta golongan susah

Paling mendukacitakan, ramai di kalangan golongan berpendapatan rendah sering menyalahkan takdir hidup sebagai punca utama mereka sebegitu. Sedangkan jika dihitung, pasti ada sebab kenapa nasib sedemikian menimpa mereka disebabkan oleh pilihan mereka.

Bukanlah penulis nak kata ketentuan Tuhan itu sesuatu yang boleh kita persoalkan, namun dalam sesetengah situasi 'apa yang kita usahakan, itulah yang kita akan dapat'. Tak boleh kita nak nafi lagi.

Kita malas belajar? Kita akan ketiadaan tahap pendidikan lebih tinggi. Kita lebih suka meluangkan masa melepak berbanding bekerja? Janganlah pula marah kalau ada pihak lain mendahului kita.

Memang tidak ada sesuatu yang layak dianggap benar-benar adil di dunia ini, namun ada masanya kita harus akui, apa yang terjadi adalah atas kegagalan sendiri. Mungkin sebenarnya belum terlambat untuk kita menemui jalan keluar, asalkan kita rajin mencari.

Kalau malas nak mencari, susahlah untuk kami cakap apa lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)