Kebanyakan negara maju dan terkaya di dunia banyak membelanjakan wang untuk sektor ketenteraan bagi memastikan perlindungan yang diperlukan untuk rakyat mereka dan mempertahankan tanah mereka terhadap sebarang serangan.
Negara-negara ini boleh digambarkan sebagai berkuasa yang menggunakan wang mereka dan teknologi terkini untuk membangunkan senjata yang sudah mereka miliki dan untuk mencipta yang baru.
BESARKAN TEKS A- A+
Berbeza dengan negara-negara miskin dan negara-negara membangun yang membelanjakan sebahagian besar wang yang mereka miliki untuk keperluan asas seperti makanan dan minuman.
Antara senjata yang digunakan oleh negara-negara berkuasa adalah pesawat tentera yang berbeza-beza mengikut harga mereka.
Adakah anda tahu antara pesawat tentera termahal di dunia mencecah harga berbilion ringgit? iluminasi.com kongsikan 5 pesawat tempur tentera yang paling mahal di dunia.
5. Chengdu J-20 Black Eagle - RM457 juta
Pesawat milik China, Chengdu J-20 Black Eagle ini adalah pesawat tempur generasi kelima dengan enjin kembar dan mempunyai pelbagai peranan. Ia memulakan perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Udara Pembebasan Rakyat China pada tahun 2017.
Republik Rakyat China mengganggarkan bahawa mereka akan menggunakan pesawat ini sehingga tahun 2050-an.
Enjin berkembar turbofan memberikan J-20 kelajuan maksimum 2,127 kiometer sejam.
4. F-35B Lightning II - RM506 juta
Perjanjian Lockheed Martin pada tahun 2001 untuk membina pesawat senyap berkelajuan supersonik ini merupakan kontrak kenteteraan yang paling besar pada ketika itu.
F-35, yang bertujuan untuk menggantikan pesawat yang semakin berusia telah dibangunkan sebagai sebahagian daripada program Joint Strike Fighter antara A.S. dan sekutunya dan dikritik sebagai kurang berkeupayaan dan terlebih berat.
Ini menjadikannya sebagai satu sasaran yang mudah bagi pihak musuh.
Lebih buruk, dari tahun 2007 hingga 2008, pengintip siber telah menyusup masuk ke dalam sistem dan mencuri kod komputer sebanyak 7.5 juta baris yang terdapat dalam program Joint Strike Fighter.
Ini sekaligus menimbukkan kebimbangan bahawa pihak musuh mampu menghasilkan F-35 dan mengeskploitasi kelemahannya.
Pada April 2009, Lockheed Martin berkata mereka tidak percaya bahawa program itu telah dikompromikan.
3. F-35C Lightning II - RM510 juta
Pesawat Amerika Syarikat versi yang terbaru dan paling canggih, F-35C adalah milik Tentera Laut AS.
Sama seperti F-35B Lightning II, jet pejuang generasi kelima ini menggabungkan keupayaan menyerang udara ke udara dan udara ke darat.
Ia merupakan pesawat dalam keluarga F-35 yang paling mahal dan mempunyai sayap yang lebih besar serta gear pendaratan yang lebih kukuh.
Pesawat ini dikuasakan oleh sebuah enjin turbofan Pratt & Whitney F135-PW-100 yang memberikannya kelajuan maksimum 1,931 kilometer sejam atau pada skala Mach 2.
2. F-22 Raptor - RM1.45 bilion
Pertama kali dihasilkan ketika Perang Dingin sebagai kerangka pesawat untuk bersaing dengan pesawat Soviet yang tidak pernah dibina, F-22 digelarkan oleh pengeluarnya, Lockheed Martin sebagai pesawat tempur terbaik di dunia secara keseluruhan.
Ia boleh menembak jatuh peluru berpandu musuh, terbang pada jarak jauh dengan kelajuan supersonik dan mengelak dari hampir semua jenis pengesanan radar.
Namun, Senat Amerika berhujah sama ada mereka mahu menghasilkan 7 unit lagi dengan kos RM6.94 bilion. Projek paksi itu mampu memberikan kerja kepada 25,000 rakyat Amerika Syarikat.
1. B-2 Spirit – RM9.94 bilion
Juga digelar sebagai "Stealth Bomber", B-2 Spirit adalah pesawat tentera yang termahal di dunia. Ia terlalu mahal sehinggakan Kongres telah mengurangkan pesanan pembeliannya pada tahun 1980-an daripada 132 unit kepada 21 unit sahaja.
Sesuai dengan harganya, B-2 Spirit dilengkapi dengan rekabentuk dan keupayaan luar biasa.
Ia mempunyai teknologi senyap yang membolehkannya menyerang pelbagai sasaran musuh dengan mudah dan sangat sukar untuk dikesan sama ada melalui elektromagnetik, inframerah, akustik, visual atau isyarat radar.
B-2 Spirit dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berlainan sama konvesional atau nuklear dan boleh menembusi pertahanan anti pesawat yang padat disebabkan oleh teknologi senyapnya yang maju.
Pesawat tentera termahal di dunia ini melakukan penerbangan pertamanya pada 17 Julai 1989.
Rujukan:
2. Time
3.