Walaupun secara rasmi bahasa Inggeris bukanlah diletakkan sebagai bahasa kebangsaan kita, penggunaannya dalam urusan rasmi adalah diterima.

Dalam aspek kehidupan seharian, pendidikan dan pentadbiran, bahasa Inggeris memang digunakan di mana-mana sehinggakan kita sendiri dah biasa mencampur adukkan istilah-istilah Melayu dan Inggeris semasa percakapan kita - membentuk 'slanga rojak' kita yang cukup terkenal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bahasa Inggeris diketahui dibentuk hasil daripada pengaruh agama khasnya agama, khususnya Kristian yang cukup kuat, membantu kepada perkembangan nuansa dan istilah yang ada di dalamnya. Tahukah anda perkataan biasa manakah yang sebenarnya berkait dengan kepercayaan agama?

1. Template

template templat acuan kerja

Template atau templat dalam bahasa Melayu, adalah istilah yang biasa kita guna bagi merujuk kepada acuan, bentuk atau kaedah yang dijadikan contoh sebagai perbandingan untuk menghasilkan sesuatu yang serupa dengan acuan asalnya.

'Template' dalam bahasa Inggeris sebenarnya berkongsi asal-usul dengan istilah 'temple', yang merujuk kepada lokasi penyembahan penganut agama secara am.

Suku kata 'tem' dalam bahasa proto Indo-Inggeris membawa makna 'memotong atau menggubah', digunakan oleh masyarakat terdahulu untuk merujuk kepada teknik tenunan dan juga lokasi suci aktiviti kepercayaan dijalankan.

2. Goodbye

goodbye ucapan god be with you

Mesti ramai biasa menggunakan ungkapan ini semasa mengucapkan selamat tinggal kan? 'Goodbye' pada awalnya mempunyai ejaan yang berbeza iaitu 'godbwye'.

Ini kerana 'godbwye' adalah singkatan kepada ungkapan lebih panjang 'God be with you' atau 'semoga Tuhan bersama kamu.'

Sebutan asalnya pula sebenarnya 'God be with ye', menjalani perubahan singkatan daripada 'god be with ye' kepada 'god-b'wye' kepada 'good-b'wy' dan akhirnya menjadi versi 'goodbye' yang ada sekarang.

3. Pariah

parai dram pemain kasta kuil

Kita semua tahu penggunaan ayat ini merupakan satu tindakan yang kurang sopan, apatah lagi sekiranya ditujukan kepada masyarakat India atau penganut Hindu.

Pariah/paria mempunyai hubungan rapat dengan sistem kasta di India tetapi tahukah anda, istilah ini sebenarnya merujuk kepada gendang besar yang akan dimainkan semasa upacara keagamaan masyarakat Hindu di sana?

Kisahnya, masyarakat berkasta rendah beragama Hindu akan ditugaskan untuk memainkan gendang atau 'parai' sepanjang acara berlangsung, bagi memastikan mereka tidak dapat masuk ke kuil menyertai acara bersama-sama - kerana mereka dilihat tidak suci dan hanya akan mencemari rumah ibadat mereka.

Istilah 'parai' itu lekat kepada individu-individu berkasta rendah dan keturunan mereka yang mewarisi status sosial nenek moyang mereka, menjadikan mereka dikenali sebagai 'parai' atau 'pemukul gendang'.

Sesiapa saja yang bertugas memukul gendang mudah dikenalpasti kerana perlu memikul gendang mereka, akan dihalang daripada masuk ke kuil.

Penjajah British mempopularkan istilah 'pariah' yang akhirnya kekal sebagai stigma orang Hindu.

Sebab itulah istilah ini sangat dibenci, kerana kita seakan menyatakan individu lain tidak layak masuk ke rumah suci hanya kerana mereka itu golongan hina.

4. Hurricane

huracana tuhan orang maya

'Hurricane' atau taufan merupakan fenomena alam semulajadi yang menakutkan, kerana mampu mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dalam skala yang sangat dahsyat.

Tetapi kenapa masyarakat Inggeris menamakannya 'hurricane'? Istilah ini dipinjam daripada istilah Sepanyol 'huracan' dengan makna serupa.

Istilah 'huracan' itu dipercayai diambil daripada istilah bahasa orang Arawakan yang menetap di benua Amerika Selatan, yang merujuk kepada Tuhan masyarakat mereka 'Hunraqan'. 'Hunraqan' menurut masyarakat penyembahnya adalah kuasa yang mengawal angin, ribut dan api, menguasai kejadian banjir dan taufan.

Nama itu pula diberi kerana mengikut pegangan mereka, 'Hunraqan' adalah satu entiti yang berkaki tunggal - jadi dia dinamakan sebagai 'hunra' yang bermakna 'satu' dan juga 'kan' yang bermakna 'satu.'

5. Holiday

percutian bercuti holiday lokasi pelancongan

Kami yakin pasti ramai menggunakan istilah ini kan, setiap kali tiba musim cuti? Pernahkah anda renungkan istilah ini dan fikir - kenapa istilah 'percutian' dinamakan sebagai 'holi+day'? Ada asas kepercayaan yang kuat dalam sejarah istilah ini.

Ini kerana sudah terang lagi 'holiday' datang daripada istilah 'holy day' atau hari suci. Istilah ini bermula bagi merujuk kepada hari di mana masyarakat barat terdahulu diberikan rehat dari pekerjaan. Sempena kelapangan yang ada, festival-festival berbentuk keagamaan akan dijalankan.

Ditulis sebagai 'halig (suci) daeg (hari)' pada awalnya, istilah ini mula membawa dua makna berbeza sekitar abad ke 15, ekoran penggunaannya walaupun sebutannya masih serupa.

'Holiday' kini membawa makna tempoh berehat dari pekerjaan secara khusus dan 'holy day' pula kekal merujuk hari-hari di mana upacara keagamaan akan dilangsungkan, walaupun pada asalnya - kedua-duanya merujuk kepada satu hari yang sama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)