Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

kim jong un 203

Semenjak dua menjak ini, kita kerap mendengar berita-berita di mana peluru berpandu beberapa buah negara kerap diuji, terutamanya Korea Utara. Peluru berpandu merupakan antara salah satu senjata perang yang paling kuat dan berbahaya. Impak yang boleh dihasilkan oleh peluru berpandu sangat lah besar yang mampu meranapkan sesebuah bandar dengan sekelip mata.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Antara impak yang paling terkenal dihasilkan oleh peluru berpandu adalah apabila bandar Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua. Kekuatan sesuatu peluru berpandu itu ditentukan melalui ketepatan, jumlah peledak, kekuatan peledak dan kebolehan pergerakan peluru berpandu itu sendiri. 

Unit : 

kt = kiloton

mt = megaton

cep

CEP = circular error probable (ketepatan peluru berpandu) - semakin tinggi CEP, semakin luas impak oleh peluru berpandu

Untuk memudahkan pemahaman mengenai kekuatan peluru berpandu dalam senarai ini, bandingkan dengan bom yang meranapkan bandar Hiroshima dan Nagasaki, yang mempunyai kekuatan 16,000 tan dan 21,000 tan TNT.

iluminasi.com ingin berkongsi antara 5 peluru berpandu yang paling kuat dan berbahaya di dunia. Senarai ini tidak mengikut turutan kerana setiap peluru berpandu ini mempunyai objektif dan misi yang berbeza.

5. RSM-56 Bulava - Peluru Berpandu Kapal Selam (Rusia)

bulava

Rusia berada di belakang Amerika Syarikat bagi pencapaian keseluruhan dan kemampuan jika bercakap mengenai peluru berpandu yang dilancarkan oleh kapal selam. Namun, peluru berpandu Bulava ini adalah penambahan terbaru dalam senjata kapal selam Rusia. 

rsm 56 bulava

Peluru berpandu SS-N-32 ini direka khas untuk kapal selam kelas Borei oleh NATO. Peluru berpandu ini diluluskan dan diterima oleh Rusia pada tahun 2013 selepas menempuhi kegagalan berkali-kali ketika proses ujian. Bulava ini dilengkapi dengan 6 peledak 150 kilotan. Namun, ia dikatakan mampu membawa 10 peledak yang sama.

Ia boleh mencapai jarak sejauh 8,000 kilometer dan mempunyai CEP di antara 300 hingga 350 meter.

4. R29RMU2 Layner – Peluru Berpandu Kapal Selam (Rusia)

8822 racheta ruseasca ria novosti

Selepas penambahan Bulava, ia diikuti oleh penghasilan peluru berpandu kapal selam yang terbaru iaitu Layner yang diguna pakai pada tahun 2014 oleh Rusia. Ia merupakan hasil penambahbaikan terhadap versi yang lalu iaitu R-29RMU Sineva. Antara faktor yang menyebabkan Layner dihasilkan adalah untuk memperbaiki masalah yang timbul dalam menghasilkan Bulava.

rian archive 895550 drills for nuclear submarine crews at training center in murmansk region

Dari segi jarak, ia boleh mencapai sejauh 11,000 kilometer dan mampu membawa 12 peledak dengan berat 100 kilotan setiap satu. Namun, peledak-peledak ini boleh dikurangkan bagi meningkatkan daya tahan peluru berpandu ini. CEP bagi Layner tidak diketahui namun ia dianggarkan menyamai atau lebih baik daripada CEP Bulava.

3. UGM-133 Trident II – Peluru Berpandu Kapal Selam (USA/UK)

ugm 133 trident ii

Trident II adalah merupakan peluru berpandu yang paling terkini yang digunakan bagi menguatkan kuasa marin tentera United Kingdom dan juga Amerika Syarikat. Trident II mula siap dan beroperasi pada tahun 1990, dan sentiasa dikemas kini serta dinaik taraf mengikut perkembangan teknologi.

ugm 133 trident ii 2

Ia mampu membata 4 hingga 5 peledak dengan 475 kilotan setiap satu dan jarak maksima bergantung kepada jumlah peledak yang digunakan yang boleh mencapai di antara 7,800 hingga 11,000 kilometer. CEP bagi Trident II tidak diketahui namun tentera laut Amerika Syarikat mempunyai kadar minimum CEP serendah 120m atau kurang bagi meluluskan penggunaan sesuatu peluru berpandu. Dan menurut laporan, CEP Trident II melepasi syarat tersebut dengan perbezaan yang ketara.

2. DF-5/5A – Peluru berpandu antarabenua (China)

df 5 5a

Jika dibandingkan dengan peluru berpandu yang lain di dalam senarai ini, Dong Feng 5 dianggap sebagai yang terburuk. Namun walaupun ia tidak mempunyai luaran yang cantik, kemampuannya menyempurnakan tugas tidak dapat dinafikan. Servis DF-5 bermula pada tahun 1981, dan ia adalah sebagai satu isyarat kepada sesiapa yang ingin bermusuh dengan China supaya berfikir dua kali. 

df 5 5a 2

Saiznya yang sangat besar membolehkan DF-5 membawa 5 megatan (5,000 kilotan) peledak yang mampu mencapai jarak sejauh 12,000 kilometer, yang mana jika dilancarkan di China, boleh sampai di mana-mana tempat di muka bumi ini kecuali benua Amerika. CEP bagi DF-5 ini adalah sangat tinggi iaitu 1 kilometer yang memberi maksud bahawa ia tidak mempunyai tujuan lain, melainkan meranapkan dan menghancurkan sesebuah bandar.

Dengan kekuatan yang sangat luar biasa ini, DF-5 ini masih mempunyai ruang untuk diperbaiki dan menjadi lebih bahaya.

1. R-36M2 –Peluru berpandu antarabenua (Soviet Union/Russia)

r 36m2 icbm soviet union russia

Peluru berpandu ini dinamakan sebaga SS-18 Satan oleh NATO bersebab. Peluru yang dilancarkan pada tahun 1973 ini telah melalui beberapa perubahan yang memperbaiki keberkesanannya, yang pada satu tahap ia boleh membawa antara 20 hingga 25mt (20,000 hingga 25,000 kilotan) peledak. 

r 36m2 icbm soviet union russia 2

Perubahan terakhir yang dilakukan pada SS-18 Satan membuatkan ia mampu membawa 10 peledak dengan 750 kilotan yang boleh mencapai jarak sejauh 11,000 kilometer. SS-18 Satan mampu bergerak dengan kelajuan maksima 28.8km/j dan dengan 220 meter CEP, peluru berpandu ini memberikan kebimbangan kepada Amerika Syarikat. Jika dilancarkan, ia mampu sampai ke mana-mana sahaja tempat di muka bumi ini kecuali Amerika Selatan.

Sumber : The Richest




Hakcipta iluminasi.com (2017)