Berkongsi ruang makan di pejabat adalah perkara normal yang dihadapi kebanyakan bekerja. Berkongsi ruang menyimpan makanan di rak atau peti sejuk juga sudah menjadi rutin. Walau bagaimanapun, bukan semua rakan sepejabat dapat mematuhi etika berkongsi ruang menyimpan makanan di pejabat. Jika kejadian kecurian ini berlaku hanya sekali dua, mungkin dapat dimaafkan lagi tetapi apabila dah berulang kali berlaku, sesuatu tindakan yang drastik perlu dilakukan.
Berikut adalah 5 'pesanan' terbaik yang kami jumpai ditinggalkan oleh pekerja-pekerja luar negara yang mengalami masalah kecurian makanan mereka di pejabat.
Jom kita tengok.
1. Mendapat inspirasi daripada watak Jigsaw dalam siri Saw, amaran yang dtinggalkan memang menggerunkan kerana laxatives terkenal sebagai alat membantu proses penyahtinjaan yang berkesan.
2. Carta di bawah mampu menjelaskan semua kemusykilan yang berlaku apabila berlaku kekeliruan.
3. Sebenarnya, tidak ada sesiapa pun yang akan makan bekal makanan yang telah dimakan sedikit oleh orang yang tidak dikenali, jadi seeloknya, habiskanlah apa yang anda dah makan.
4. Dalam banyak-banyak perkara, rasanya ini adalah perkara yang paling ditakuti berlaku pada kita.
5. Jika sudah kehabisan idea, kaedah tradisional seperti ini mungkin berkesan dalam menghindari minuman anda diambil orang lain.