Masih banyak negara pada hari ini mempunyai pandangan bahawa sesetengah jenayah hanya boleh ditebus dengan kematian. Hukuman mati telah lama dilaksanakan namun sesetengah negara tidak lagi melaksanakannya.
Terdapat juga negara yang kelihatan seperti gemar untuk menjatuhkan hukuman mati. Malah ada yang sewenang-wenangnya menggunakan kuasa pemerintahan bagi tujuan ini.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 5 negara paling terkenal dengan hukuman mati.
5. Iraq
Iraq menjatuhkan hukuman mati terhadap sekurang-kurangnya 125 orang pada tahun 2017.
Dan walaupun hukuman mati secara besar-besaran dan lesapnya rejim Saddam Hussein adalah perkara lepas, namun negara ini masih meneruskan hukuman mati.
Skop jenayah yang tertakluk kepada hukuman mati menjadi semakin luas selama 20 tahun kebelakangan ini dan beberapa pemerhati telah menuduh Iraq dengan dasar "pembersihan penjara", iaitu menggunakan hukuman mati untuk membersihkan penjara dari ribuan tahanan.
Hukuman mati di Iraq boleh dilaksanakan dengan sangat cepat terutamanya jika jenayah yang disyaki adalah cukup berat.
Seorang wanita berusia 42 tahun tanpa penasihat undang-undang dibicarakan pada tahun 2018 dan hanya diberikan 2 minit untuk mempertahankan dirinya sebelum dihukum mati dengan tali gantung.
Wanita tersebut disyaki terlibat dengan ISIS dan hakim tersebut hanya mengambil masa 2 jam untuk membicarakan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap 14 wanita.
4. Arab Saudi
Arab Saudi melaksanakan hukuman mai terhadap 146 orang pada 2017 dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk menghentikannya.
Amnesty International menganggarkan bahawa pada awal tahun 2018, Arab Saudi berada pada tahap pelaksanaan hukuman mati dalam setiap dua hari. Selama 4 bulan pertama tahun 2018, negara ini memenggal kepala 48 pesalah .
Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang masih menjalankan hukuman pancung di khalayak ramai. Antara kesalahan dan jenayah orang yang dijatuhi hukuman mati termasuklah rompakan, dadah, rompakan bersenjata dan juga berzina.
3. Iran
Iran boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang "sangat gembira" dengan pelaksanaan hukuman mati, dengan lebih daripada 500 hukuman mati pada 2017 sahaja yang menyumbang kepada 51% daripada hukuman mati di dunia.
Negara ini lebih suka hukuman gantung sebagai kaedah pelaksanaan utamanya, dan Amnesty International melaporkan bahawa aspek hukuman yang paling malang tentang hukuman mati Iran adalah ia dapat diterapkan khususnya terhadap warga belia.
Pesalah remaja seusia 9 tahun bagi perempuan dan 15 tahun bagi lelaki boleh dijatuhi hukuman mati dan Iran tidak mempunyai masalah untuk mempraktikannya.
Di antara tahun 2005 dan 2015, sekurang-kurangnya 73 pesalah muda berhadapan dengan tali gantung dan Iran tidak menunjukkan sebarang niat untuk mengubah dasar ini.
Ketika ini, PBB menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 160 rakyat Iran yang berusia di bawah 18 tahun ketika didakwa di atas jenayah yang dilakukan, sedang menunggu masa untuk dihukum mati.
2. Korea Utara
Tidak ada orang yang mengetahui dengan tepat berapa ramai rakyat Korea Utara dihukum mati setiap tahun tetapi mungkin anggaran yang paling hampir adalah "ramai".
Namun, perkara ini lebih menyeramkan apabila anda tidak hanya fokus kepada jumlah mereka yang dihukum mati, tetapi juga kepada cara hukuman dilaksanakan.
Walaupun negara ini secara teknikalnya menyenaraikan kaedah tali gantung dan menembak sebagai cara paling umum, namun undang-undang Korea Utara membenarkan hampir semua cara asalkan ia membunuh.
Walaupun kebanyakan hukuman mati di Korea Utara tidak diketahui dunia luar, namun negara ini terkenal dengan hukuman mati di khalayak umum.
Banduan yang melarikan diri telah melaporkan bahawa sesebuah penjara boleh melaksanakan sehingga 20 hukuman mati setiap tahun untuk menjadi contoh kepada orang lain.
1. China
Apabila bercakap mengenai rakyat China yang dihukum mati, laporan Amnesty International mengenai hukuman mati sudah berputus asa terhadap angka dan hanya meletakkan simbol "+".
Ini adalah kerana pelaksanaan hukuman mati di China sangat bergantung pada hukuman rahsia, pengakuan paksa dan perkara-perkara lain yang menimbulkan beberapa persoalan serius mengenai keadaan sistem keadilan negara.
Sesetengah laporan juga menunjukkan bahawa pebgambilan organ juga mungkin berlaku.
China mengklasifikasikan hukuman mati sebagai rahsia negara. Mereka tidak mendedahkan nama-nama pesalah yang dihukum mati dan dengan ini pihak luar tidak dapat untuk menganggarkan jumlah dengan tepat.
Malah, ahli keluarga pesalah juga hanya mengetahui tentang hukuman ini setelah ia dilaksanakan.
Anggaran sangat konservatif mengatakan bahawa China melaksanakan hukuman mati terhadap kira-kira 2,000 orang setiap tahun, dan jumlah sebenar mungkin lebih tinggi.
Hanya satu perkara yang pasti, iaitu negara ini membunuh lebih ramai orang setiap tahun, berbanding gabungan negara-negara lain di seluruh dunia.