Ramzi hacker kelakar : Sumber

Kemunculan Internet adalah detik penting dalam sejarah moden. Ia adalah alat yang sempurna untuk dunia yang semakin global dan moden, yang kini telah bertukar menjadi keperluan harian yang serupa dengan barangan runcit.

Malangnya, internet juga datang dengan jenis ancaman keselamatan yang sama sekali baru atau istilah yang biasa digunakan adalah serangan siber.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kerana banyak perkara harian ini memerlukan kebergantungan pada internet, i kini menjadi sasaran yang berpotensi untuk pelbagai serangan siber dari mana-mana sahaja di dunia yang bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian tetapi dengan mudah menjadi malapetaka besar.

Bayangkan serangan yang mengakibat gangguan bekalan elektrik besar-besaran di seluruh negara, atau pengambil alihan secara jauh kemudahan nuklear yang dikawal oleh kerajaan. Kali ini, mari lihat 5 serangan siber yang pernah menggemparkan dunia. 

5. NASA digodam oleh seorang remaja

jonathan james c0mrade hacker

Jonathan James aka c0mrade

Selama 21 hari pada tahun 1999, sistem NASA terpaksa ditutup kerana apa yang pada mulanya kelihatan sebagai serangan dengan ancaman besar terhadap keselamatan negara. 13 sistem telah terjejas, termasuk kawalan suhu dan kelembapan di tempat tinggal di Pusat Penerbangan Angkasa Marshall di Alabama.

Kerosakan keseluruhan ternyata melebihi $41,000 dalam kos peralatan dan buruh. Penggodam yang sama yang menggunakan nama 'c0mrade' dalam talian juga bertanggungjawab untuk serangan terhadap Agensi Pengurangan Ancaman Pertahanan pada masa yang sama.

Walaupun semuanya kelihatan seperti serangan serius terhadap AS oleh pasukan asing, ia ternyata dilakukan oleh seorang remaja yang kebosanan bernama Jonathan James, hanya berusia 15 tahun ketika dia ditahan dan dihantar ke pusat pembetulan akhlak di Alabama akibat serangan itu.

Dia mungkin penggodam termuda yang melakukan penggodaman berprofil tinggi sedemikian, menjadikannya popular serta-merta dalam komuniti penggodam topi hitam yang sedang berkembang pada masa itu.

4. Sony PlayStation Network digodam

sony playstation

Perkhidmatan PlayStation Network (PSN) dan Qriocity Sony - kini dikenali Sony Entertainment Network - telah diserang pada tahun 2011. Penggodam mencuri butiran lebih 100 juta pengguna, termasuk nama, alamat, tarikh lahir, nama pengguna, kata laluan, soalan keselamatan dan maklumat peribadi mereka yang lain.

Walaupun Sony menafikan bahawa ia termasuk maklumat kad kredit, mereka masih mengeluarkan kenyataan yang menasihati pelanggan untuk menganggap kad mereka terjejas sebagai langkah berjaga-jaga.

Kes serangan siber ini merupakan kebocoran terbesar yang melibatkan data peribadi dalam sejarah dan masih tidak pasti sepenuhnya siapa yang melakukannya. Ia juga merupakan bencana yang mencalarkan imej Sony, kerana ia juga merupakan salah satu repositori nombor kad kredit terbesar di AS.

Pihak Sony terpaksa mengambil masa lebih 3 minggu untuk membaik pulih sepenuhnya infrastruktur keselamatan siber Sony.

3.  Godam untuk menang kereta Porsche - KIIS-FM

godaman telefon

KIIS-FM ialah stesen radio popular di Los Angeles pada tahun 1990 dan ianya popular untuk pertandingan mingguannya 'Win a Porsche by Friday'. Hadiahnya ialah Porsche 944 S2 dan apa yang diperlukan untuk menang adalah menjadi pemanggil ke-102. Ia adalah zaman kegemilangan peraduan yang dijalankan sepenuhnya di talian tetap di seluruh Amerika.

Pada 1 Jun 1999, Kevin Poulsen – ketika itu berusia 24 tahun – berkumpul dengan beberapa rakannya, menunggu sehingga panggilan ke-101, dan terus menggodam dan menyekat semua 25 talian telefon stesen sebelum menelefon, menjadikannya pemanggil ke-102.

Walaupun dia memenangi kereta itu, kes penggodaman itu akhirnya dibongkarkan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang. Kevin mahir memanipulasi rangkaian pensuisan, dan telah bertanggungjawab untuk serangan sebelumnya ke atas sistem pelbagai syarikat telefon yang serupa dengan yang digunakan oleh KIIS-FM.

Walaupun dia berjaya melarikan diri untuk seketika selepas penggodaman itu, Kevin akhirnya ditangkap pada April, 1991, dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

2. Tragedi perisian ugutan dan tebusan WannaCry

wannacry ransomware

WannaCry ialah virus yang menjangkiti lebih 230,000 komputer Microsoft di seluruh dunia pada Mei 2017. Ia adalah perisian tebusan atau "ransomware" – sejenis kod berniat jahat yang menjadikan komputer anda tebusan sebagai pertukaran untuk sesuatu, biasanya mata wang kripto.

Dalam kes ini, virus itu dapat mengunci ratusan ribu pengguna di seluruh dunia daripada fail peribadi mereka dan data lain, menuntut sejumlah besar bitcoin sebagai pertukaran. Setelah transaksi dilakukan, penggodam kemudiannya akan menghantar kunci penyahsulitan untuk membuka kunci fail.

Ia seperti wabak digital dan merebak ke ratusan ribu sistem sebelum ia diiktiraf sebagai satu virus, walaupun sehingga kini, tiada kumpulan penggodam tertentu yang bertanggungjawab ke atasnya.

Walaupun suis pembunuh yang menghalangnya daripada merebak akhirnya ditemui oleh penyelidik keselamatan, Marcus Hutchins, ramai pengguna yang enggan membayar wang tebusan tidak pernah dapat memulihkan fail mereka. Serangan yang sama didakwa digunakan terhadap syarikat Taiwan Semiconductor Manufacturing Co Ltd. pada Ogos, 2018.

1. 850,000 Bitcoin dicuri di platform Mt.Gox

mt gox 25

Mt. Gox ialah platform pertukaran mata wang kripto yang berpusat di Tokyo. Menjelang 2013, ia telah pun mengukuhkan dirinya sebagai pusat pertukaran terbesar dalam bidang kripto yang ketika itu masih di peringkat awal dan terdedah kepada penggodaman dan manipulasi.

Mengikut beberapa anggaran, lebih 70% daripada semua bitcoin yang didagangkan di seluruh dunia melalui Mt. Gox pada kemuncaknya, menjadikannya sasaran sempurna untuk penggodam. Mt. Gox digodam pada 2014, dengan lebih 850,000 bitcoin dicuri semalaman.

Ia bukanlah serangan yang kompleks kerana penyerang hanya menggunakan buku pesanan untuk memanipulasi harga dan membuat perdagangan penipuan untuk mengumpul bitcoin sebanyak mungkin. Ketiadaaan peraturan atau pengawasan kerajaan dalam mata wang kripto menyebabkan penyerang tidak pernah dibawa ke muka pengadilan.

Dianggarkan lebih 200,000 bitcoin telah dikembalika. Pada masa artikel ini ditulis, jumlah nilai bitcoin yang dicuri berjumlah lebih daripada $23 bilion, menjadikannya penggodaman terbesar dalam sejarah dari segi kerugian.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)