Tak perlu dikatakan lagi bahawa mendaki gunung yang besar dan tinggi adalah sangat berbahaya, dan beberapa gunung dianggap sangat berbahaya berbanding gunung-gunung lain. 

Dan bercakap pasal gunung paling berbahaya di dunia, pasti hampir semua orang akan terfikirkan gunung paling tinggi di dunia iaitu Gunung Everest.

Namun, dari segi kadar peratusan kematian dalam percubaan pendakian ke puncak, Gunung Everest tidaklah begitu bahaya berbanding dengan gunung-gunung dalam senarai ini. iluminasi.com ingin kongsikan dengan para pembaca 5 gunung paling berbahaya di dunia dari segi pendakian berdasarkan peratusan kadar kematian-ke-puncak.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Gunung Dhaulagiri

dhaulagiri gunung paling berbahaya di dunia

Dengan kadar kematian-ke-puncak sekitar 16%, gunung ke-7 paling tinggi di dunia dengan ketinggian 8,167 meter ini adalah gunung ke-5 paling berbahaya di dunia.

Walaupun pendakian ke puncak pertama Gunung Dhaulagiri berjaya di lakukan pada tahun 1960, namun tiada siapa sehingga kini berjaya sampai ke puncak daripada bahagian selatan.

Beberapa nama lagenda seperti Reinhold Messner, telah mencuba tetapi gagal melalui jalan selatan, membuktikan betapa sukar dan bahayanya gunung ini.

Pada tahun 1969, 5 pendaki daripada Amerika Syarikat dan 2 daripada Nepal terbunuh akibat longosan salji. 6 tahun kemudian pada tahun 1975, 2 pendaki Jepun dan 3 daripada Nepal juga terbunuh akibat longsoran salji ketika tidur di Kem 1.

Kejadian tragis ini bukan satu-satunya kejadian dalam sejarah Dhaulagiri, yang mana 70 kematian berlaku pernah berlaku di sini.

4. Gunung Kangchenjunga

gunung kangchenjunga gunung paling berbahaya di dunia

Gunung Kangchenjunga adalah gunung ketiga tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,586 meter. Terletak di sepanjang sempadan yang memisahkan India dan Nepal, gunung ini terkenal dengan longoran salji yang kerap, cuaca yang tersangat sejuk serta corak cuaca yang sangat tidak menentu.

Kadar kematian-ke-puncak gunung ini adalah kira-kira 20%, bermakna setiap daripada 5 pendaki yang cuba untuk ke puncak, seorang daripadanya akan terbunuh. Menariknya, walaupun kebanyakan gunung kelihatan selamat kerana peningkatan dalam peralatan mendaki, namun statistik menunjukkan bahawa gunung ini menjadi semakin sukar dan berbahaya untuk didaki.

Pada Mei 2013, 5 pendaki termasuk Hungary yang paling berjaya, Zsolt Erőss (berjaya sampai ke puncak 10 daripada 14 pendakian gunung lebih daripada 8,000 meter), telah berjaya sampai ke puncak Gunung Kangchenjunga, namun hilang ketika menuruni gunung ini dan mayat mereka tidak pernah ditemui.

3. Gunung Nanga Parbat

gunung nanga parbat gunung paling berbahaya di dunia

Dengan ketinggian 8,126 meter, Gunung Nanga Parbat adalah gunung ke-9 paling tinggi di dunia. Ia juga terkenal sebagai gunung yang sangat bahaya dan sukar didaki. Dengan kadar kematian sebanyak 22%, ia dikenali sebagai "Gunung Pembunuh" dan "Pemakan Manusia".

Selain daripada menjadi salah satu gunung paling teknikal di dunia, Nanga Parbat juga adalah lokasi terletaknya Rupal Face berketinggian 4,600 meter, iaitu dinding batu paling besar dan bahaya di dunia.

Tak perlu dikatakan lagi, ciri-ciri bahaya terdapat pada gunung ini memerlukan keberanian, dedikasi dan kemahiran gunung yang sangat tinggi. Bencana Nanga Parbat 1934 telah meragut nyawa 10 pendaki, yang mana tragedi mendaki gunung paling buruk dalam sejarah pada ketika itu.

2. Gunung K2

gunung k2 gunung paling berbahaya di dunia

Dengan kira-kira satu daripada empat pendaki yang mati dalam percubaan ke puncak, adalah tepat untuk K2 mendapat nama jolokan "Gunung Buas". Gunung K2 yang terletak di atas sempadan China dan Pakistan ini adalah gunung kedua tertinggi di dunia (8,611 meter) selepas Gunung Everest dan gunung dengan nisbah kematian tertinggi kedua di dunia.

Walaupun tidak setinggi Everest, tetapi sesiapa yang tahu mengenai pendakian gunung akan memberitahu bahawa K2 jauh lebih sukar untuk sampai ke puncak. Malah, kerana cabaran dan bentuk alam semulajadi yang sangat teknikal memungkinkan bahawa gunung ini tidak berjaya didaki ke puncak untuk bertahun lamanya.

Pada Ogos 2008, K2 menyaksikan kemalangan mendaki yang terburuk dengan 11 pendaki terbunuh dan 3 lagi mengalami kecederaan serius. 

1. Gunung Annapurna

gunung annapurna gunung paling berbahaya di dunia

Degan ketinggian 8,091 meter, Annapurna mungkin berada dalam senarai 10 gunung paling tinggi di dunia, namun jika dinilai dari segi risiko kematian, sejak bertahun-tahun, ia telah menjadi gunung paling bahaya di atas muka bumi ini.

Sehingga tahun 2012, Annapura I Main (nama rasmi gunung ini) yang terletak di utara-tengah Nepal telah menyaksikan kegagalan 191 pendakian puncak dan 61 kematian. Ia menjadikan nisbah kematian ke puncak gunung ini kepada 32%, bermaksud bagi setiap 3 pendaki gunung, 1 daripadanya akan mati ketika cuba mendaki.

Pendakian di bahagian selatan adalah yang paling berbahaya dan dianggap oleh banyak pendaki sebagai pendakian paling sukar di dunia. Kini, Annapurna adalah gunung berketinggian lebih daripada 8,000 meter yang paling jarang didaki.

Gunung Everest yang 757 meter lebih tinggi dari Annapurna, telah berjaya didaki sehingga ke puncak lebih 6,000 kali manakala Annapurna hanya didaki kurang daripada 200 kali. Ia membuktikan betapa sukar dan bahayanya pendakian di Gunung Annapurna.

Pada Oktober 2014, sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh apabila ribut salji melanda Annapurna dan kawasan sekitar. Ia menjadi rekod bencana pendakian terburuk dalam sejarah Nepal.




Hakcipta iluminasi.com (2017)