Oleh pada 02 Mar 2017 kategori

Jika dibandingkan dengan siri-siri televisyen lain, siri 'Black Mirror' bukanlah antara yang selalu mendapat tempat dalam perbualan harian kita. Terdapat beberapa sebab kenapa perkara tersebut berlaku. Satu, kerana ia hanya ditayangkan di Netflix dan dua, siri ini berasal dari Britain. Tetapi untuk penggemar siri-siri televisyen berbentuk sains fiksyen,'Black Mirror' merupakan salah sebuah siri episodik terbaik yang masih di udara. Siri 'Black Mirror' bukanlah berformat bersiri sama seperti siri TV lain. Formatnya adalah setiap episod memaparkan jalan cerita yang tidak ada kaitan dengan siri-siri sebelumnya dan setiap episod merupakan satu telemovie yang lengkap. Apakah yang membezakan 'Black Mirror' dengan siri-siri lain? Anda perlu menonton sendiri kenapa siri ini mempunyai kumpulan pengikut yang sangat setia walaupun hanya berjalan selama 3 musim dan dikhabarkan, musim keempat akan ke udara pada hujung tahun 2017. Anda tidak perlu menonton siri ini menurut turutan dan anda bebas memilih di mana saja anda hendak mulakan menonton.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Hated in The Nation

Episod ini merupakan episod yang paling panjang dalam siri ini, adalah sebuah kisah penyiasatan berkaitan media sosial dan jenayah komputer di mana sebuah syarikat telah berjaya satu teknologi pembangunan lebah-lebah robotik yang mampu mendebunga semula tanaman dan mengimbangi semula ekosistem, tetapi di salah gunakan sebagai satu medium pencerobohan privasi oleh satu pihak yang tidak dikenali, yang mahukan keadilan ditegakkan.

4. The Entire History of You

grant channel4 blackmirror103 6403

Episod ini memberi anda satu persoalan; apa akan berlaku jika setiap apa yang anda pandang mampu direkodkan dan dimainkan semula, supaya anda mempunyai medium untuk mengimbas balik memori lama anda. Teknologi tersebut dikaitkan dengan sebuah kisah seorang lelaki yang mengesyaki isterinya berlaku curang dan menggunakan imbasan memorinya, dia mula melakukan penyiasatan terhadap bukti-bukti yang selama ini mungkin dia tidak endahkan.

3. Be Right Back

black mirror be right back 640x318

Dengan lakonan mantap Haley Atwell (Captain America First Avengers) dan Domhnall Gleeson (Ex-Machina, The Revenant) episod ini mengisahkan bagaimana seorang wanita yang telah kematian suami diberikan peluang untuk menghidupkan semula suaminya menerusi sebuah android yang berkebolehan mentafsir dan mengolah sendiri keupayaan berfikirnya, berdasarkan tabiat asal suaminya di internet. Episod ini berjaya memaparkan bagaimana kemahuan manusia yang kadangkala tidak rasional mampu membuat kita mengambil keputusan tanpa mempedulikan hakikat kehidupan.

2. Fifteen Million Merits

merits black nocrop w529 h316

Apa rasanya hidup secara fizikal dalam media sosial? Bagaimana rasanya hidup dalam satu situasi di mana kita senantiasa bergantung kepada status kita? Adakah hidup dalam dunia yang senantiasa dikerah berlumba-lumba untuk mengejar sesuatu yang pasti kita akan dapat adalah utopia atau neraka jiwa? Episod ini cuba merungkai di mana tahap seseorang masih lagi cuba memegang prinsip tatkala kemewahan dan kesenangan sudah terhidang di depan mata. Adakah lebih penting hidup susah dengan berprinsip atau pedulikan prinsip, asalkan kita mampu mendaki tangga dunia?

1. The National Anthem

960

Kita selalu ditakutkan dengan ancaman pengganas yang lebih bersifat kejam, yang mampu membuat satu perbuatan meragut nyawa. Apa akan berlaku pada negara kita jika pengganas tersebut tidak pun mahu sebarang nyawa melayang, tetapi yang diminta hanyalah satu perbuatan yang menjatuhkan maruah pemimpin sesebuah negara? Episod ini akan membuatkan anda berfikir panjang mengenai prinsip anda semua dan di manakah anda berdiri sebagai manusia. Adakah anda di pihak yang setuju dengan tindakan pengganas itu atau adakah anda tidak bersetuju? Begitulah hebatnya episod ini, akan ada pihak yang merasakan apa yang dilakukan oleh pengganas tersebut adalah sesuatu yang wajar dilakukan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)