Apabila hendak ke mana-mana destinasi luar negara, antara perkara pertama yang kita lakukan adalah mencari tiket kapal terbang. Ya, secara automatiknya medium pengangkutan pertama yang kita akan pertimbangkan adalah pengangkutan udara memandangkanya ianya paling pantas untuk ke destinasi yang dituju.
Memandangkan pengangkutan udara sudahpun menjadi lalu perhubungan antarabangsa, maka setiap negara secara umumnya akan mempunyai sekurang-kurangnya sebuah lapangan terbang untuk membolehkan kemasukan pelancong ke dalam negara dan perjalanan rakyatnya sendiri ke luar negara.
BESARKAN TEKS A- A+
Namun, tahukah anda bahawa terdapat juga beberapa negara yang tidak mempunyai lapangan terbang? Maka, laluan utama kemasukan ke negara ini adalah melalui jalan darat atau laut dari negara jiran yang berdekatan. Kali ini, pihak Iluminasi ingin berkongsi 5 buah negara yang tidak mempunyai lapangan terbang.
1. Vatican City
Vatican City bukan sahaja sebuah negara kota yang merdeka, tetapi juga merupakan negara terkecil di dunia. Bandar seluas 109 hektar ini tidak mempunyai lapangan terbang sendiri, mungkin kerana ia sebenarnya dianggap berada di Rom kerana dikelilingi bandar Rom.
Rom, sebagai pusat rujukan, mempunyai dua lapangan terbang antarabangsa. Pengunjung boleh terbang ke Rom dan kemudian pergi ke bandar atau negara Katolik Rom yang kecil ini. Lapangan Terbang Leonardo da Vinci – Fiumicino di Rom terletak kira-kira 29 km dari sempadan Vatican City.
Satu-satunya cara ke negara ini adalah melalui jalan darat. Perjalanan ke sini dari Lapangan terbang Fiumicino dan Ciampino hanya mengambil masa kurang dari 30 minit perjalanan dengan kereta api dan juga mempunyai rangkaian kereta api ke Naples, Pisa dan Florence.
2. San Marino
Selain Vatican City, San Marino juga tidak mempunyai lapangan terbang walaupun dikelilingi oleh tanah Itali. Sebagai negara kelima terkecil di dunia, San Marino tidak mengalami masalah akses kerana jaraknya hanya sembilan batu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Federico Fellini yang terkenal.
Hanya terdapat 33,000 orang penduduk San Marino namun mereka juga tinggal di salah satu negara terkaya di dunia dengan salah satu KDNK tertinggi per kapita. San Marino juga terletak tidak jauh dari Vatican City dan juga tidak mempunyai akses ke laut.
Dari segi keluasan, ia mempunyai kurang dari 40 km perimeter kawasan dan tidak mempunyai ruang untuk lapangan terbang. Nasib penduduk dan pelancong agak baik kerana lapangan terbang terdekat adalah Rimini yang hanya sejauh 16 km. San Marino dihubungkan dengan baik melalui jalan raya, juga memiliki akses yang baik ke lapangan terbang Bologna, Florence, Pisa dan Venice.
3. Monaco
Dikelilingi tiga sisinya oleh Perancis dan satu sisinya di sebelah Laut Mediterranean, Monaco adalah negara kedua terkecil di dunia. Monaco juga memegang gelaran untuk negara berdaulat yang paling padat penduduknya di dunia.
Untuk sampai ke Monaco, anda perlu menaiki kapal atau setengah jam perjalanan dengan kereta setelah turun di Lapangan Terbang Nice Côte d'Azur di Perancis. Monaco juga dihubungkan melalui jalan kereta api di sepanjang pantai Perancis dan mempunyai pelabuhan untuk tujuan perdagangan.
Kerana kekurangan ruang dan hampir 40,000 penduduk, tidak ada ruang untuk lapangan terbang di sini. Tetapi negara ini telah menyelesaikan masalah tidak memiliki lapangan terbang dengan menandatangani perjanjian dengan kota jirannya, Nice. Ia hanya 30 minit dengan kereta dan lima minit dengan menaiki helikopter yang kosnya agak mahal.
4. Liechtenstein
Sebagai negara terkecil di dunia yang bersempadanan dengan dua negara (Austria dan Jerman), Liechtenstein juga tidak mempunyai lapangan terbang. Negara ini boleh diakses masuk dengan kereta, kapal atau sistem kereta api yang popular dari stesen kereta api Switzerland atau Austria yang berdekatan.
Sebagai perspektif, Liechtenstein hampir lapan kali lebih kecil daripada bandar Los Angeles, dengan bandar terbesarnya hanya tinggal 6,000 penduduk. Ia kecil tetapi kaya dengan GDP per kapita tertinggi dan salah satu negara yang mempunyai hutang terendah.
Kerana lokasi dan landskap geografinya yang unik, adalah mustahil untuk membina lapangan terbang di sini. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan bergantung pada laluan bas atau kereta untuk sampai ke Lapangan Terbang Zurich, yang berjarak sekitar 120 km.
5. Andorra
Andorra berada di daratan di sempadan antara Sepanyol dan Perancis. Terletak di kawasan pergunungan Pyrenees, negara mikro ini terkenal dengan aktiviti pendakian dan pemandangan yang indah. Ibu kota Andorra adalah Andorra la Vella, yang juga merupakan ibu kota dengan altitud tertinggi di Eropah.
Walaupun tidak sekecil negara lain dan memiliki luas permukaan yang seratus kali lebih besar dari Monaco, ia masih tidak mempunyai lapangan terbang sendiri kerana faktor geografinya yang bergunung ganang, menjadikan penerbangan kapal terbang sangat berisiko.
Terdapat lima lapangan terbang dalam masa 3 jam perjalanan dari Andorra di Sepanyol dan Perancis. Satu perkara menarik mengenai negara ini adalah Andorra adalah satu satu negara dimana penduduknya mempunyai purata jangka hayat paling lama dunia.
Kredit: