Tak kiralah sama ada dengan mulut, punggung atau kuku, terlalu banyak makhluk dari kumpulan invertebrata dan yang lain mempunyai kebolehan untuk menyuntik bisa pada manusia.

Dan apa yang sangat menakutkan adalah bisa-bisa ini boleh menyebabkan kerosakan yang dahsyat dari mereputkan kulit hinggalah mencairkan organ kita dengan hanya satu gigitan sahaja.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mereka yang tidak bernasib baik sudah tentu akan mengalami yang lebih teruk dari bengkak-bengkak kepada kematian. iluminasi.com kongsikan 5 bisa haiwan yang paling menyakitkan di dunia.

5. Bisa kalajengking Arizona Bark 

bisa paling menyakitkan kalajengking arizona bark

Kalajengking Arizona Bark adalah kalajengking yang terdahsyat antara yang terdahsyat, baik dari segi rupa dan juga bisanya.

Walaupun kebanyakan kalajengking adalah tidak berbahaya kepada manusia selain daripada menyebabkan kesakitan yang sedikit dan parut, namun jika kalajengking ini memutuskan untuk menggunakan racunnya pada anda, ia boleh menyebabkan kerosakan yang dahsyat.

Bisa dari kalajengking Bark Arizona boleh menyebabkan kesakitan teramat, bengkak, kebas, berbuih di mulut, dan kesukaran bernafas, serta kejang, berpeluh dan sesak nafas.

4. Bisa Gila Monster 

bisa paling menyakitkan gila monster

Walaupun racun Gila Monster adalah agak sederhana, cara ia disampaikan adalah sangat mengerikan.

Tidak seperti ular berbisa biasa, Gila Monster tidak mempunyai gigi hipodermik. Sebaliknya, racun itu mengalir melalui alur dalam gigi taringnya yang mengerikan.

Untuk membuatkan ludahan toksiknya masuk ke dalam sistem badan anda, Gila Monster bukan sahaja menggigit, ia mengunyah mana-mana bahagian badan yang dapat dicapai lalu menarik-narik ke hadapan dan ke belakang untuk mengoyakkan isi untuk membolehkannya menyebarkan bisanya.

Bisa itu sendiri juga sangat menyakitkan dan tidak ada penawar yang diketahui. Ia tidak pernah menyebabkan kematian terhadap manusia, tetapi anda pasti akan menderita.

3. Bisa Black Widow

bisa paling menyakitkan black widow

Cukup mengejutkan, labah-labah Black Widow sebenarnya sangat jinak bagi serangga yang kelihatan sangat menakutkan.

Untuk benar-benar digigit oleh makhluk cantik yang aneh ini, anda perlu membuatkannya marah. Dan apabila ia berlaku, anda berada dalam situasi yang sangat berbahaya.

Black Widow memiliki antara bisa yang paling kuat dalam dunia labah-labah, dari segi kepekatan cukup tinggi untuk membunuh manusia dewasa yang sihat dengan satu gigitan dan cara ia membunuh adalah mengerikan.

Gigitannya melepaskan racun ke dalam darah dan masuk ke dalam sistem saraf yang akan meranapkan saraf anda.

Dalam beberapa minit gigitan, anda tidak lagi mempunyai kawalan terhadap badan anda, dan anda dapat mengalami apa yang dipanggil sebagai "rigor mortis", di mana otot-otot anda mengeras dengan sakitnya yang boleh berterusan selama 24 jam walaupun menerima rawatan.

Sudah tentu anda mempunyai peluang untuk pulih jika mendapatkan bantuan perubatan tepat pada masanya, tetapi bagi mereka yang tidak bernasib baik, kematian yang mengerikan dan dahsyat dialami

2. Bisa Tarantula Hawk

bisa paling menyakitkan tarantula hawk

Tarantula Hawk adalah haiwan yang sangat besar dan menakutkan dalam dunia serangga. Ia diberi namanya kerana ia memburu dan makan (dan bertelur dalam) tarantula.

Namun, keganasan sebenar bukan berasal dari apa yang dapat ia lakukan terhadap serangga lain, tetapi dari apa yang dapat ia lakukan kepada anda.

Walaupun racun serangga ini tidak mematikan, ia sangat menyakitkan sehingga satu sengatan sahaja dapat melumpuhkan seseorang lelaki.

Menurut Justin Schmidt, ahli terkemuka dunia tentang gigitan dan sengatan serangga yang menyakitkan, satu-satunya perkara yang boleh anda lakukan jika disengat serangga ini adalah berbaring di atas tanah dan menjerit sehingga ia berakhir.

Bagaimana beliau mengetahui tentang hal ini adalah dengan membenarkan dirinya digigit atau disengat oleh apa haiwan sahaja dan merekodkan hasilnya.

1. Bisa Platypus 

bisa paling menyakitkan platipus

Jika dilihatkan daripada rupa haiwan ini yang comel dan perwatakannya, pasti anda teringin untuk menjadikannya haiwan peliharaan.

Namun, haiwan yang dianggap pelik ini sangatlah berbahaya di mana ia menghasilkan bisa di bahagian kakinya.

Ia bukanlah sejenis bisa yang biasa tetapi bisa paling menyakitkan berbanding mana-mana haiwan di atas muka bumi dan paling lama dirasai oleh mangsa.

Menurut orang-orang yang telah diserang oleh platipus yang marah, kesakitan yang dirasai berlaku dengan segera, sangat dahsyat, dan tidak berkesudahan.

Lebih buruk lagi, tiada ubat penahan sakit boleh digunakan untuk menentangnya. Bahkan juga morfin tidak dapat menghentikan kesakitan dan tiada apa-apa yang berfungsi untuk menghalangnya kecuali mematikan kawasan yang terjejas.

Kesakitan dan bisa platipus ini akan membuatkan otot-otot di kawasan itu akan layu dan anda akan mendapati diri anda berasa gemetar, berpeluh dan muntah.

Apa yang paling dahsyat dan menakutkan adalah kesakitan ini boleh berterusan selama 3 bulan. Anda akan menderita, muntah dan lumpuh akibat kesakitan ini setiap hari untuk 90 hari.

Rujukan:

1. Slate

2. NHM

3. Live Science




Hakcipta iluminasi.com (2017)