Pada zaman dahulu, kayu merupakan antara bahan utama dan pembuatan rumah di Malaysia atau luar negara. Namun, dek kerana harganya yang mahal dan kesukaran mendapatkannya, batu-bata menjadi pilihan.

Sebenarnya, terdapat banyak teknologi atau teknik yang pernah digunakan untuk membina sesebuah rumah. Kali ini, mari lihat beberapa bahan alternatif yang boleh dan pernah digunakan untuk membuat rumah. Sesetengah bahan ini mempunyai kelebihan tertentu antaranya udah didapati, murah dan kalis air.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Kopi

rumah dari kopi

Mengikut kajian, setiap hari rakyat Amerika mengambil kira-kira 400 juta cawan kopi. Itu bagi di Amerika sahaja, bagaimana pula dengan kawasan lain di seluruh dunia? Malangnya, sebahagian besar kopi yang sudah dibru ini biasanya akan dibuang begitu sahaja.

Menggabungkan sekam kopi dengan plastik, sebuah syarikat di Colombia menggunakan sisa kopi untuk membuat panel untuk perumahan pasang siap. Anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah $4,500. Tujuan penggunaan sekam ini adalah untuk membuatnya tahan lama tetapi cukup ringan untuk rumah dan sekolah. 

Panel boleh dipasang di kawasan luar bandar dan mempunyai kesukaran untuk diakses dimana tempat yang sukar untuk mengangkut batu bata atau kayu dalam kuantiti yang banyak dan kos tinggi.

4. Cendawan

bata dari cendawan

Untuk membuat bata dari cendawan anda tidak memotong cendawan seperti yang anda lakukan untuk membuat sesuatu daripada gentian kayu. Sebaliknya, sekam jagung akan dicampur dengan miselium, bahagian vegetatif cendawan yang berbentuk seperti filamen.

Campuran itu dimasukkan ke dalam acuan berbentuk bata dan dalam masa lima hari ia akan berkembang menjadi bata yang padat dan ringan. Tiada jejak karbon dan tiada bahan buangan. Tidak hanya sekam jagung, ia boleh dibuat dari sisa sekam mana-mana tanaman, seperti padi.

Ini bermakna kaedah ini mungkin boleh digunakan dimana-mana sahaja tempat di dunia. Batu bata yang dihasilkan juga tahan ap, kulat dan air. Ia juga lebih kuat daripada konkrit tetapi lebih ringan. Kos bahan juga jauh lebih rendah ini mungkin merupakan alternatif berguna pada masa hadapan.

3. Sisa industri

sisa buangan industri

Apabila sesuatu rumah atau binaan itu dirobohkan, batu-bata dan konkrit tersebut biasanya akan dibuang sebagai sampah. Pernahkah anda terfikir bagaimana ianya boleh dimanfaatkan kembali?

Arkitek dari Belanda telah mula mengitar semula sisa perinndustrian dengan menghasilkan batu bata baharu daripada runtuhan bangunan lama. Bahan-bahan lama seperti seramik dan kaca semuanya ditempa bersama untuk membuat bata baharu supaya produk akhir tidak kelihatan seperti mozek bangunan lama.

Untuk projek pertama mereka, 15 tan sisa telah diubah menjadi bahan binaan untuk rumah baharu di Rotterdam yang sepadan dengan gaya dan estetika seni bina tempatan.

2. Surat khabar

rumah dari surat khabar

Di Massachusetts, Amerika Syarikat terdapat sebuah rumah dikenali sebagai The Rockport Paper House yang dianggap unik. Rumah tersebut dibina pada tahun 1922 dan masih berdir teguh sehingga kini. Bingkai dan bumbungnya diperbuat daripada kayu, tetapi dindingnya adalah perkara diperbuat daripada surat khabat.

Kira-kira 100,000 surat khabar digunakan dengan 215 lapisan kertas dilekatkan bersama dengan gam tepung, air dan kulit epal buatan sendiri untuk membuat panel setebal 1 inci untuk dinding. Ia kemudian disapu dengan varnis untuk membuat pintu, dan juga perabot di dalam rumah.

Anda juga boleh membaca surat khabar didinding rumah tersebut sekiranya mahu. Rumah itu yang merupakan muzium pada masa kini mempunyai jam berfungsi yang diperbuat daripada kertas dan pendiang api.

1. Rumpai laut

bata dari rumpai laut

Seorang oencipta Mexico bernama Omar Vázquez Sánchez mungkin terdapat alternatif yang lebih baik untuk orang berhampiran laut atau di mana-mana sahaja. Beliau telah telah membangunkan satu cara untuk membuat batu bata daripada rumpai laut.

Sama dalam konsep untuk membuat bata daripada bahan berasaskan tumbuhan yang lain, bata yang dihasilkan adalah kira-kira 60% rumpai laut dan selebihnya adalah tanah liat asli. Produk akhir sangat mirip dengan bata tradisional, dan sama baiknya dalam mengawa haba tetapi pada kos separuh harga.

Apabila siap, batu bata yang dihasilkan itu kuat, kalis air dan tidak mempunyai bau rumpai laut.

Kredit:

  1. Atlas Obscura
  2. Fast Company
  3. BBC News
  4. Dezeen



Hakcipta iluminasi.com (2017)