Kebanyakan orang dewasa memerlukan tidur yang cukup selama tujuh jam, manakala kanak-kanak pula perlu mendapatkan tidur yang lebih lama lagi. Namun, terdapat segelintir orang yang hanya memerlukan tidur kurang daripada tujuh jam tetapi tidak mengantuk pada keesokan harinya dan ada juga golongan yang dipanggil long sleepers kerana memerlukan 11 jam tidur setiap malam.

Seorang pakar neurosains yang ahli dalam kajian mengenai tidur memberitahu bahawa semakin kurang tidur seseorang itu, semakin singkat jangka hayat hidupnya. Ini kerana tidak cukup atau kekurangan tidur akan menyebabkan beberapa permasalahan dan keburukan terhadap otak dan tubuh manusia. Dalam senarai berikut kami akan kongsikan bersama anda kesan akibat tidak mendapat tidur yang mencukupi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Kekurangan tidur dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk kanser tertentu

Kekurangan tidur atau jadual tidur yang terganggu telah dikaitkan dengan peningkatan risiko yang lebih tinggi untuk mendapat beberapa kanser tertentu. Antaranya ialah kenser kolon dan kanser payudara. 

Penyelidik mengesyaki bahawa gangguan dalam rentak tidur boleh mempengaruhi banyak fungsi biologi dalam badan. Malah, saintis juga telah melihat gejala ini pada haiwan yang dikaji. Mereka telah mengganggu kitaran tidur dan bangun seekor tikus untuk satu masa yang ditetapkan, kenser pada haiwan itu berkembang dengan kadar yang lebih cepat.

2. Kulit tidak dapat sembuh dengan baik dan mengakibatkan penuaan kulit

penuaan kulit

Menurut penyelidik dari University of Winconsin, kualiti tidur yang teruk kerap dikaitkan dengan masalah kulit yang kronik. Kajian juga mendapati apabila kulit mengalami kerosakan akibat cahaya matahari atau faktor-faktor lain, proses penyembuhan kulit tidak berlaku dengan baik bagi mereka yang tidak mempunyai tidur yang cukup.

Bukan sahaja melambatkan proses penyembuhan kulit, malah kekurangan tidur juga akan menyebabkan seseorang itu mengalami penuaan kulit dengan lebih cepat dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.

3. Berpotensi kepada tingkah laku tidak sihat dan peningkatan berat badan

berat badan berlebihan

Kekurangan tidur membawa kepada keletihan yang boleh menyebabkan badan gagal mengawal impuls dengan baik. Hal ini akan menjurus kepada kesukaran mengawal nafsu terhadap makanan yang berkalori tinggi dan mempunyai keinginan yang tinggi terhadap makanan yang tidak sihat.

Malah, mereka yang mengalami hal ini juga sukar menangani ketagihan seperti merokok. Para pengkaji berpendapat ketidaksimbangan hormon ini akan menjurus pula kepada peningkatan indeks berat badan yang tinggi dan obesiti.

4. Menyukarkan proses pembelajaran dan mengganggu ingatan jangka pendek

kesukaran belajar

Mengantuk dikenalpasi telah lama menjadi masalah kepada pelajar. Kajian pernah dilakukan untuk melewatkan satu jam waktu kedatangan di sekolah menengah dan hasilnya ialah peningkatan ketara dalam pencapaian markah ujian. Namun, ia juga memberi kesan yang lebih besar dan buruk kepada remaja iaitu mereka akan lebih cenderung untuk berjaga malam.

Masalah ini bukan hanya kepada kanak-kanak, kekurangan tidur ini juga boleh merosakkan memori jangka pendek orang dewasa. Kajian yang telah dilakukan mendapati orang dewasa yang kekurangan tidur susah mengingati perkataan yang baru mereka belajar dan sukar untuk meningkatkan kemahiran yang baru diperolehi.

5. Merosakkan ingatan untuk jangka panjang

kehilangan memori

Gangguan tidur kepada orang tua boleh membawa kepada perubahan struktur otak yang berkaitan dengan ingatan jangka panjang dan ia akan menyebabkan ia semakin merosot.

Defisit memori berkaitan dengan tidur telah dikaji dan diperhatikan dalam populasi orang dewasa secara umum seawal tahun 1924 lagi. Penyelidik mendapati siapa yang mempunyai tidur yang lebih tidak akan mudah lupa.

6. Mempunyai kaitan dengan tanda-tanda Alzheimer dalam otak

alzheimer pada otak

Beberapa kajian mendapati bahawa tidur membantu proses membersihkan otak dari protein beta-amyloid yang terbina semasa kita terjaga. Protein ini mempunyai kaitan rapat dengan penyakit Alzheimer.

Penyelidik juga mengatakan bahawa peningkatan mereka yang mengalami kitaran tidur yang teruk lebih cenderung untuk terhasilnya protein beta-amyloid dengan lebih banyak dan menyukarkan pembersihan berlaku.

7. Risiko mengalami serangan jantung

serangan jantung 102

Terdapat banyak bukti bahawa kekurangan tidur mempunyai kesan negetif pada jantung. Apabila penyelidik melakukan kajian dengan membuatkan peserta untuk berjaga pada tempoh yang agak lama, tekanan darah mereka akan naik.

Peserta yang dibenarkan untuk tidur selama empat jam menunjukkan kadar denyutan jantung yang lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai waktu tidur 8 jam. Kosentrasi protein C-reaktif berlaku sekiranya kekurangan tidur dan ia merupakan penanda bagi risiko masalah berkaitan jantung.

8. Membuatkan seseorang itu lebih cemerkap

clumsy ninja

Kebanyakan orang menyedari bahawa ketika mereka mengantuk, mereka sukar untuk berada pada puncak prestasi mereka. Satu kajian mendapati bahawa satu malam yang terganggu tidurnya membuatkan kenaikan 20-32% dalam jumlah kesilapan yang dilakukan oleh pakar bedah.

Ia juga mengganggu konsentrasi dan melambatkan reaksi, sebagai contoh atlet sukan yang memerlukan ketepatan seperti menembak dan sebagainya. Malah, keadaan kurang tidur juga menyumbang kepada masalah yang lebih besar seperti kecuaian dalam pemandua tidn yang boleh mengakibatkan kemalangan.

9. Sistem kekebalan tubuh tidak berfungsi dengan baik

sistem kekebalan tubuh

Tahukah anda tentang perkara-perkara hebat yang dilakukan oleh sistem imunisasi tubuh apabila anda luka namun tidak terus mendapat jangkitan, atau anda mendekati orang sakit tetapi penyakitnya tidak berjangkit kepada anda?

Kekurangan tidur walaupun satu malam boleh mengurangkan atau mengganggu sistem kekebalan tubuh daripada berfungsi dengan baik untuk melawan kuman. Bahkan, kurang tidur juga boleh membuatkan vaksin yang baru anda ambil kurang berkesan.

10. Kurang gembira dan tanda-tanda kemurungan

depresi

Dalam kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi pemegang Hadiah Nobel iaitu Daniel Kahneman, sekumpulan 909 wanita bekerja dicatat tentang mood dan aktiviti harian mereka. Walaupun ada di antara mereka yang mempunyai perbezaan pendapatan sehingga RM 200,000, ia hanya memberikan kesan minima kepada kebahagian.

Hasil kajian mendapati tidur malam yang tidak teratur menjadi faktor yang lebih besar. Satu lagi kajian melaporkan wanita yang bahagia dalam rumah tangga adalah mereka yang mempunyai tidur yang mencukupi.

Manakala insomnia pula menyebabkan dua kali ganda kemungkinan untuk anda mendapat kemurungan. Pengkaji berpendapat tidur yang cukup boleh membantu merawat simptom kemurungan.

11. Risiko diabetes Tahap 2 meningkat

diabetes tahap 2

Kekal berjaga walaupun badan anda memerlukan tidur akan mengganggu sistem metabolisma tubuh. Ini akan meningkatkan risiko penentangan insulin oleh tubuh anda dan diabetes Tahap 2.

Beberapa kajian di kalangan orang dewasa mendapati kurang tidur sering dikaitkan dengan penghasilan kencing manis walaupun anda tidak mempunyai berat badan berlebihan. Menurut pengkaji, tidur yang mencukupi juga mengurangkan risiko kencing manis kepada para remaja.

12. Sukar bertutur dengan normal

kesukaran bertutur dengan baik

Kekurangan tidur yang teruk boleh memberi kesan kepada kebolehan anda mengendali perbualan, sama seperti seseorang yang mengambil minuman beralkohol.

Peserta ujikaji yang berjaga selama 36 jam secara berterusan cenderung untuk menggunakan pengulangan perkataan yang sama. Mereka juga bercakap dengan kadar perlahan dan tidak jelas. Mereka gagal untuk menyata dan menyuarakan pendapat mereka dengan baik.

13. Penghasilan air kencing yang lebih banyak

buang air berlebihan

Apabila kita tidur, badan akan memperlahankan proses penghasilan air kencing. Akan tetapi hal ini tidak berlaku dengan normal bagi mereka yang mempunyai masalah tidur. Ia boleh menjurus kepada terma yang penyelidik kenali sebagai "pengeluaran air kencing berlebihan pada waktu malam"

Bagi kanak-kanak pula, kondisi ini dikaitkan dengan kencing dalam tidur pada waktu malam. Bagi orang dewasa pula ia dikaitkan dengan nocturia, iaitu keperluan untuk kerap ke tandas pada waktu malam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)