Anda selalu tak baca tips dan petua nak jimatkan elektrik yang minta anda mencabut kepala plag dari soket kalau peralatan tu tak digunakan? Kita pun main ikut saja petua tersebut tanpa tahu sejauh mana keberkesanannya kan?
Jadi, benarkah semua peralatan di rumah masih menggunakan elektrik walaupun suis telah dimatikan?
Jawapannya ada dua : ya dan tidak.
BESARKAN TEKS A- A+
Ramai orang beranggapan apabila mana-mana peralatan elektrik yang dipasang tidak lagi digunakan, sudah semestinyalah tiada tenaga elektrik yang disalurkan..kan? Situasi ini hanya benar untuk peralatan seperti lampu meja, pengisar makanan dan radio.
Tapi bagaimana pula dengan charger, extension dan peralatan seperti decoder atau router yang sering diguna dengan kerap? Tahukah anda, walaupun semua peralatan ini tidak digunakan, ia masih menyalurkan "phantom energy" dan akhirnya mengakibatkan bil elektrik anda semakin tinggi?
#1 Charger
Hari ini, boleh kata semua orang menggunakan charger. Untuk laptop, telefon, tablet, kamera - semuanya menggunakan pengecas bateri. Disebabkan kita teramat kerap menggunakan gajet-gajet ini, maka kita sering membiarkan plag charger terpasang pada soket di dinding. Kalau nak guna, terus pergi cucukkan saja kabel pada gajet. Kan?
Sebenarnya, charger akan berterusan menarik tenaga elektrik dari soket dinding, walaupun anda tak pasang kabelnya pada peralatan. Walaupun nilai tenaga yang digunakan kecil, iaitu sekitar 0.26 Watts, tapi anda bayangkanlah sekiranya jumlah ini digandakan selama 4-5 tahun. Tenaga yang digunakan secara pasif ini sentiasa meningkat.
Lagi satu tabiat pengguna ialah membiarkan gajet disambungkan walaupun sudah dicas penuh. Tahukah anda, tabiat buruk ini boleh menggunakan tenaga elektrik 10 kali lebih banyak daripada tenaga pasif itu? Sebanyak 2.24 Watts tenaga elektrik akan digunakan apabila anda membiarkan telefon dicas penuh tapi tidak dicabut.
#2 Kotak decoder dan konsol
Kotak kabel TV, Apple TV, konsol Xbox dan banyak lagi peranti moden seperti ini juga akan menyusutkan tenaga elektrik secara berterusan. Memanglah tak praktikal untuk mencabut plag setiap kali anda tutup televisyen. Tapi peranti-peranti ini sentiasa berada dalam mod standby yang akan berterusan menggunakan tenaga elektrik.
Sekiranya anda menggunakan internet jalur lebar di rumah, anda akan sentiasa membiarkan router dan kotak kabel menyala 24 jam sehari. Tapi anda hanya berada di rumah berapa jam pula sehari?
#3 Soket penyambung
Penggunaan extension bagus untuk mengawal aliran tenaga elektrik untuk pelbagai objek besar pada masa yang sama, tapi sekiranya extension dibiarkan dalam keadaan "on" secara berpanjangan, ia juga boleh menggunakan banyak tenaga tanpa disedari sekaligus menaikkan bil elektrik anda.
#4 Peralatan digital lain
Ada sesetengah peralatan elektrik dan elektronik yang menggunakan tenaga dengan paparan LED. Sebagai contoh, mesin kopi, pemain DVD ataupun decoder yang memerlukan paparan LED. Kadang-kadang dipaparkan jam, tapi berapa banyak jam sebenarnya yang anda perlukan dalam satu rumah?
Kadang-kadang perkataan "OFF" pun dia nak tayang juga. Walaupun sedang berada dalam keadaan "OFF", paparan ini sebenarnya masih menggunakan tenaga elektrik dalam nilai yang kecil dan situasi penggunaan elektrik dalam keadaan mod idle/tidur ini dipanggil idle load electricity.
Jadi, kalau anda jarang-jarang gunakan sesuatu peralatan di rumah, pastikan anda mencabut semua plag empat jenis peralatan di atas untuk menjimatkan bil elektrik sehingga 10% setiap bulan. Banyak gak tu kalau dikumpul.
Energy Star
Selain mencabut plag, satu tip yang boleh digunakan ialah dengan membeli barangan elektrik dengan label "Energy Star" yang mengesahkan bahawa produk tersebut efisien dari segi penggunaan tenaga elektrik dan tidak menyusutkan tenaga secara pasif atau diam-diam. Banyak charger dan transformer yang kini dijual dengan label ini.
Walaupun nampak tenaga 'hantu' ini macam kecil, tapi jika didarabkan dengan seluruh penduduk di bumi, dah jadi tak terkira banyaknya!
Sekiranya anda sayangkan alam sekitar, bantulah jimatkan beberapa ratus watts yang 'kecil' ini. Di samping menyelamatkan bumi, anda juga menjadi pengguna bijak dengan menjimatkan duit dalam jangka panjang. Barulah win-win situation.
Rujukan:
1. Energy.Gov