Oleh pada 26 Mar 2017 kategori

Mesti di antara kita ramai yang banyak belajar dan mendapat ilmu pengetahun melalui movie yang ditonton. Seperti contoh, bagaimana hendak melarikan diri apabila dikejar perompak, atau apa yang perlu dibuat ketika kemalangan jalanraya. Namun, kebanyakan cerita yang kita tonton sudah bertahun lamanya, telah memperdayakan kita. Ini kerana terlalu banyak mitos yang direka-reka yang kita tidak tahu kebenarannya, dan paling sedihnya, kita masih percaya sehingga ke hari ini.

Mitos : Jantung yang telah berhenti berdegup masih boleh dihidupkan kembali menggunakan defibrillator.

Fakta : Setelah jantung berhenti berdegup, ia takkan dapat dihidupkan semula.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mitos : Seseorang akan pengsan dengan serta-merta apabila mukanya ditekup menggunakan klorofom

Fakta : Ia mengambil masa hampir 5 minit sebelum seseorang itu merasakan kesan kimianya, dan juga ia tidak bertahan lama.

klorofom

Mitos : Pihak polis boleh mengesan panggilan telefon hanya dalam masa seminit

Fakta : Mengesan panggilan telefon mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam

mengesan panggilan telefon

Mitos : Proses forensik dapat memberikan jawapan kepada semua soalan, malah boleh menyelesaikan sesebuah kes

Fakta : Proses forensik hanya membantu pengumpulan bukti dan maklumat sahaja

forensik

Mitos : Anda perlu menunggu 24 jam sebelum membuat laporan jika seseorang hilang.

Fakta : Jika anda betul-betul bimbang, anda perlu membuat laporan polis dengan segera

kehilangan

Mitos : Mangsa lemas biasanya akan menjerit meminta tolong sambil tangan tergapai-gapai

Fakta : Sebenarnya, ia sangat sukar untuk mengesan seseorang yang sedang lemas.

lemas

Mitos : Menembak menggunakan 2 pistol dengan serentak kelihatan sungguh bergaya.

Fakta : Menembak menggunakan 2 pistol serentak sangat sukar untuk mensasarkan tembakkan.

matrik

Mitos : Penyenyap pistol membuatkan tembakan tidak kedengaran

Fakta : Penyenyap pistol hanya mengurangkan bunyi, namun tembakan masih mengeluarkan bunyi bising.

penyenyap pistol

Mitos : Mangga boleh dipatahkan atau dibuka dengan cara menembak pada kepalanya.

Fakta : Kepala mangga sangat tebal dan diperbuat daripada besi. Peluru kecil tidak dapat mematahkannya.

mangga

Mitos : Anda boleh bercakap dengan penerjun lain ketika membuat terjunan bebas

Fakta : Angin yang bergerak melepasi telinga anda membuatkan anda pekak dan tidak mendengar apa-apa bunyi.

terjun bebas

Mitos : Pin pada bom tangan boleh dicabut dengan hanya menggunakan gigi

Fakta : Seseorang akan kehilangan giginya, dan pin tersebut masih berada pada bom.

stallone

Mitos : Lingkaran asteroid sangat padat dan sesak

Fakta : Terdapat jarak yang sangat luas di antara satu asteroid dengan asteroid yang lain.

asteroid




Hakcipta iluminasi.com (2017)