Oleh pada 17 Nov 2017 kategori

Status sebagai pemain terhebat dunia tidak semestinya dapat menjamin kejayaan. Ini terbukti apabila beberapa nama besar dalam bola sepak gagal untuk membawa pasukan mereka ke pentas terbesar di dunia.

Alexis Sanchez dan Gareth Bale antara nama Besar yang akan tidak hadir pada kejohanan Piala Dunia 2018 selepas negara mereka gagal melayakkan diri ke kejohanan tersebut. Sanchez dan Chile kalah 3-0 kepada Brazil yang membawa kepada penyingkiran mereka. Legenda Itali, penjaga gol Gianluigi Buffon juga akan menyertai mereka menonton di televisyen pada musim panas akan datang selepas Itali telah ditewaskan oleh Sweden pada perlawanan 'play-off'.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berikut adalah pemain bertaraf bintang yang tidak akan beraksi pada kejohanan Piala Dunia 2018 di Rusia;

1. Gianluigi Buffon(Penjaga Gol) - Itali

Penjaga gol berusia 39 tahun ini telah merancang untuk bersara selepas Piala dunia tetapi beliau telah memutuskan untuk 'menggantung sarung tangannya' lebih awal setelah Itali tewas pada perlawanan 'play-off' kepada Sweden yang menyaksikan beliau menangis teresak-esak selepas berakhirnya perlawanan tersebut.

2. Antonio Valencia(Pertahanan Kanan) - Ecuador

antonio valencia

Persembahan yang konsisten di posisi bek kanan membolehkan Valencia dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan di Old Trafford pada musim lalu, tetapi pemain berusia 32 tahun ini gagal memberi inspirasi kepada Ecuador untuk membuat penampilan ketiga di Piala Dunia.

3. Virgil Van Dijk(Pertahanan Tengah) - Belanda

virgil van dijk

Van Dijk tidak menyembunyikan hasratnya untuk meninggalkan Southampton, tetapi jika beliau masih kekal di sana pada bulan Jun tahun hadapan, beliau tidak dapat menunjukkan bakatnya kepada dunia berikutan kegagalan Belanda untuk layak ke Piala Dunia 2018 selepas mengakhiri peringkat kelayakan zon Eropah di tangga ke-3 kumpulan A.

4. Leonardo Bonucci(Pertahanan Tengah) - Itali

bonucci

Komitmennya yang tinggi dapat dilihat apabila turun beraksi dalam perlawanan penentuan menentang Sweden dengan memakai pelindung muka akibat patah hidung, namun usahanya menjadi sia-sia setelah Itali tumpas dan tersingkir.

5. David Alaba(Pertahanan Kiri) - Austria

david alaba austria

Pemenang 6 kali Bundesliga Jerman dan satu Kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, karier antarabangsa Alaba bagaimanapun boleh dikira gagal dengan Euro 2016 menjadi satu-satunya kejohanan utama yang disertainya, dan kini gagal untuk muncul di Piala Dunia 2018.

6. Naby Keita(Pemain Tengah) - Guinea

naby keita

Pemain tengah yang ditandatangai Liverpool ini akan tiba di Anfield dalam kondisi terbaik musim panas akan datang selepas Guinea tidak melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 dari kumpulan yang terdiri daripada Tunisia, Republik Demokratik Congo dan Libya.

7. Arturo Vidal(Pemain Tengah) - Chile

vidal

Nadi posisi tengah pasukan Amerika Latin ini yang beraksi dalam dua Piala Dunia terakhir digantung dalam perlawanan terakhir pusingan kelayakan dan hanya menonton aksi longlai rakan sepasukannya disingkirkan oleh Brazil dari Munich.

8. Gareth Bale(Sayap Kanan) - Wales

gareth bale

Prestasi Wales sangat bagus beberapa tahun kebelakangan ini tetapi pasukan yang mara ke separuh akhir Euro 2016 ini tersingkir selepas tewas perlawanan 'play-off' di tangan Republik Ireland bermakna impian Bale untuk beraksi di Piala Dunia, berterusan.

9. Arjen Robben(Sayap Kiri) - Belanda

robben

Pemain veteran untuk tiga Piala Dunia, Arjen Robben mengumumkan persaraannya di pentas antarabangsa selepas menjaringkan dua gol dalam perlawanan terakhir kelayakan pasukan Belanda menentang Sweden yang menyaksikan mereka gagal menempah tiket ke kejohanan berprestij tersebut.

10. Alexis Sanchez(Penyerang) - Chile

sanchez

Chile terpaksa menelan kepahitan di saat akhir apabila terkeluar dari posisi untuk ke perlawanan 'play-off' selepas Peru seri dengan Colombia, bermakna Sanchez tidak akan membuat persembahan di posisi sayap pasukan yang digelar La Roja tersebut di Piala Dunia 2018.

11. Pierre-Emerick Aubameyang(Penyerang) - Gabon

aubameyang 865

Gabon tidak pernah layak ke Piala Dunia dan kekurangan pemain berbakat di negara Afrika tersebut bermakna Aubameyang tidak akan berpeluang untuk membuat kemunculan di pentas tertinggi bola sepak itu.

Pemain Simpanan

Jasper Cillessen (Belanda)

Gary Medel (Chile)

Miralem Pjanic (Bosnia and Herzegovina)

Marek Hamsik (Slovakia)

Henrikh Mkhitaryan (Armenia)

Riyad Mahrez (Algeria)

Edin Dzeko (Bosnia and Herzegovina)

Rujukan: world-cup-2018-missing-xi




Hakcipta iluminasi.com (2017)