Oleh pada 27 Feb 2017 kategori

Anda gemarkan aktiviti yang membuatkan anda rasa cemas? Seronok apabila merasakan adrenaline rush?

Sekiranya anda seorang thrill seeker, anda perlu lihat sendiri 10 tarikan taman tema ini yang dikatakan paling menakutkan dalam dunia. Tengok video je pun dah rasa real sangat macam nak luruh jantung!

Kesemua video ini adalah melalui pandangan sebenar penumpang yang duduk di barisan paling hadapan. Untuk lebih feel, boleh cuba tengok guna mod skrin penuh. Boleh rasa perut kecut bagai diperah-perah.

#1 "Kingda Ka" di Six Flags Great Adventure, New Jersey, Amerika Syarikat

BESARKAN TEKS     A-  A+

Roller coaster ini merupakan yang tertinggi di dunia iaitu pada 456 kaki (139 meter). Tengok sajalah titik paling atas di mana kita bakal dijatuhkan tu. Tengok dari jauh pun dah seram, inikan pula kalau naik betul-betul.

#2 "Ultra Twister" di Nagashima Spaland, Jepun

Pusingan dia macam duduk dalam mesin basuh. Harap tak ada penumpang yang muntah.

#3 "Sky Scream" di Holiday Park, Jerman

Sky Scream mungkin bukan yang tertinggi, terpantas atau terpanjang di dunia, tapi ia mempunyai pusing-pusingan dan lengkok 360 darjah yang mengujakan!

sky scream mempunyai campuran pusingan dan lengkok 360 darjah yang boleh memeningkan

#4 "Takabisha" di Taman Tema Fuji-Q Highland, Jepun

takabisha fuji jepun dengan penjatuhan dari aras setinggi 121 kaki

Ini merupakan ride yang paling curam di dunia yang dijatuhkan pada ketinggian 121 kaki. Ada berani?

#5 "Zumanjaro Drop of Doom" di Six Flags Great Adventure, 

New Jersey, Amerika Syarikat

Mungkin yang ini terkeluar sikit daripada kategori roller coaster tapi disebabkan ia berkongsi satu struktur landasan yang sama dengan Kingda Ka, maka ia harus masuk dalam senarai ni. Zumanjaro Drop of Doom adalah ala-ala kita punya Solero Shot lah kat Genting Highlands tu tapi yang ini dilepaskan pada ketinggian 400 kaki++. Hehehee. Tengok pun dah gayat.

#6 "Diving Coaster" di Happy Valley, Shanghai, China

Dengan dua jatuhan yang curam, ride dari negara China ini wajib masuk senarai roller coaster yang mengecutkan perut. Tambahan pula ia berkonsepkan 'floorless' di mana kaki penumpang dibiarkan tergantung terkapai-kapai tidak bertali. Psikologi sangat, rasa macam nak jatuh!

#7 "X-Scream" di Menara Stratosphere Las Vegas, Amerika Syarikat

Orang gila je sanggup naik ride atas menara macam ni. Landasan dia pendek je, tapi tergantung di tengah langit biru sambil cuci mata menghadap bandar Las Vegas.

#8 "Stealth" di Thorpe Park, United Kingdom

Yang ini bila naik akan rasa macam tengkuk nak patah sebab tiba-tiba je jatuh 90 darjah dan badan kita melawan graviti. Ngeri sangat tapi seronok!

#9 "Colossus" di Thorpe Park, United Kingdom

Yang ini juga datang dari taman tema yang sama seperti Stealth. Tengok la dia punya lingkaran berpintal-pintal tu. Tengok je dah rasa pening dan loya.

#10 "Montu" di Busch Gardens, Florida, USA

Ini merupakan inverted coaster yang paling menggerunkan. Bayangkan badan anda tergantung-gantung dan boleh nampak landasan di atas kepala. Nak angkat tangan tinggi-tinggi pun tak berani sebab rasa macam dekat je nak cecah kita.

montu busch gardens florida 796

Tak sabar nak tunggu 20th Century Fox World Genting dibuka.

Pesanan penting : sebelum naik mana-mana roller coaster, walaupun di fun fair tepi pasar malam, pastikan perut anda kosong. Jangan makan apa-apa sebelum naik ride!




Hakcipta iluminasi.com (2017)