Walaupun generasi hari ini kelihatan seperti kurang membaca, namun ia tidak dapat menyangkal bahawa membaca itu sememangnya jambatan ilmu.
Melihatkan teknologi yang semakin canggih, buku-buku kini semakin dilupakan sedikit demi sedikit. Golongan belia tidak lagi meminati aktiviti ini sebaliknya lebih fokus kepada peranti masa kini terutamanya telefon pintar.
BESARKAN TEKS A- A+
Akan tetapi, kebimbangan terhadap merudumnya minat membaca masih berada di tahap sederhana kerana kewujudan portal dan laman edukasi yang memberikan pengetahun secara atas talian.
Semua pengguna gajet masa hadapan kini boleh membaca di telapak tangan mereka di mana-mana sahaja.
iluminasi.com kongsikan 8 laman berilmiah dan bermanfaat di Malaysia yang wajib anda ikuti.
Nota: Susunan kedudukan laman-laman ini adalah secara rawak dan tidak mengikut mana-mana urutan.
1. Fiziklah!
Matlamat penubuhan Fiziklah! adalah untuk mendidik orang awam tentang fizik dengan cara yang mesra dan mudah.
Ia bermula daripada hasil "sembang-kencang" seperti yang dikatakan oleh pengasas bersama yang merupakan graduan fizik yang menamakan diri mereka sebagai "Admin A" dan "Admin Z",
Fiziklah mengambil pendekatan yang berbeza dengan yang biasa diajarkan tentang fizik yang dikatakan boleh membunuh minat terhadap ilmu sains ini.
Pendapat Fiziklah! berkenaan dengan hal ini adalah semua 5 deria yang digunakan setiap hari oleh manusia mempunyai kaitan dengan dunia fizik.
Artikel-artikel Fiziklah! mudah difahami kerana ia dihasilkan khusus untuk mereka yang tidak berlatarbelakangkan sains atau fizik, tetapi mempunyai minat terhadapnya.
Tidak menggunakan istilah saintifik yang bombastik dan penggunaan gaya bahasa yang relaks serta santai, Fiziklah! sesuai menjadi portal bacaan bagi semua lapisan umur.
Seperti slogan portal ini, apa lagi, Fiziklah!
Anda boleh ikuti Fiziklah! di:
2. Amanz
Amanz.my atau Amanz Media adalah portal yang menghidangkan pembaca dan pengunjung dengan artikel melibatkan dunia IT. Portal ini lebih menjurus kepada menghasilkan kandungan teknologi maklumat yang merangkumi dalam dan luar negara.
Malah, Amanz.my juga menghasilkan ulasan berkenaan dengan perkembangan teknologi tentang peranti dan gajet semasa.
Portal ini ditubuhkan oleh Tuan Aman Firdaus yang telah melibatkan diri dalam dunia blogging sejak di bangku persekolahan lagi. Ketika itu, ia dkenali sebagai Amanz.net pada tahun 2005.
Ia beralih kepada penggunaan .my setelah ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 2008.
Penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya membolehkan semua lapisan masyarakat dapat mengakses dan menikmati laman ini, yang mana juga menghasilkan tutorial.
Antara matlamat portal ini adalah untuk mendidik pengguna di Malaysia tentang teknologi serta mendapatkan info semasa.
Anda boleh ikuti Amanz di:
3. Majalah Sains
MajalahSains.Com adalah salah satu lagi portal tempatan yang disesuaikan dengan masyarakat Malaysia dalam penyediaan berita, rencana dan penemuan terbaru dunia sains serta teknologi.
Matlamat portal ini adalah untuk menarik lebih ramai orang untuk meminati bidang ini dengan menjadikan sains lebih menarik yang boleh dibaca oleh semua golongan.
Jika sains biasanya dibaca oleh golongan akademik dan pelajar sains, kini tidak lagi setelah kemunculan portal bermanfaat ini.
Portal ini juga telah mendapat pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Khas Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk Kategori Media oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sempena Minggu Sains Negara pada tahun 2018.
MajalahSains.Com juga bertindak sebagai laluan dalam mewujudkan minat tempatan terhadap perkembangan sains dan teknologi. Ia ketika ini dikendalikan oleh kumpulan sukarelawan yang mempunyai kerjaya dalam bidang serupa.
Anda boleh ikuti Majalah Sains di:
4. Kupi Kupi GO
Menyalurkan maklumat hiburan, Kupi Kupi Go yang secara ringkasnya dikenali sebagai KKG telah ditubuhkan pada tahun 2015 dan merupakan jenama di bawah kumpulan media Thinkervault.
Portal ini memaparkan maklumat dengan cara tersendiri dan menarik serta memuatkan video menghiburkan untuk tontonan pengunjung.
Kupi Kupi diambil berdasarkan perkataan Kopi dengan twist slang Sabahan iaitu "Kupi Kupi" manakala GO memberikan gambaran yang pantas dan cergas.
Ekram Mahat yang merupakan pencara Kupi Kupi GO berasal dari negeri di bawah bayu.
Pengunjung laman ini adalah dari negara-negara seperti Indonesia, Brunei, Singapuran dan sudah tentu Malaysia serta mereka yang memahami bahasa baku kerana penyampaiannya menggunakan bahasa baku.
"Kupi Kupi Fakta" adalah antara segmen yang menjadi tarikan bagi Kupi Kupi GO di mana fakta disampaikan dalam bentuk video dan visual.
Segmen-segmen lain yang turut mendapat sambutan adalah "Kupi Kupi Seram" dan "Minum Kupi".
Anda boleh ikuti Kupi Kupi GO di:
5. Soscili
Merupakan milik sepenuhnya Cilisos Media Sdn. Bhd., Soscili adalah portal bacaan yang penuh maklumat dan pengetahuan.
Ia dihasilkan sepenuhnya dalam bahasa kebangsaan bagi memudahkan akses kepada semua pelusuk masyarakat.
Antara segmen yang terdapat pada portal ini termasuklah:
- Agama
- Jenayah dan undang-undang
- Sejarah dan politik
- Seni dan budaya
- Pendidikan dan kesihatan
- Politik antarabangsa
- Rencah dunia
- Sukan dan hiburan
- Wang dan karier
- Wanita dan keluarga
Soscili telah bekerja sama dengan syarikat-syarikat ternama tempatan dan luar negara seperti AirAsia, Telekom Malaysia, Maxis, Celcom, KFC, Nestle dan Standard Chartered.
Ia merupakan antara salah satu portal popular tempatan dengan kunjungan bulanan mencecah 1 juta sebulan.
Anda boleh ikuti Soscili di:
6. The Patriots
Seperti yang dinyatakan dalam laman mereka, The Patriots adalah sekumpulan individu daripada pelbagai lapisan masyarakat, umur, bangsa dan agama yang bersatu untuk membentuk sebuah komuniti yang aman dan bertoleransi.
Laman ini yang ditubuhkan oleh Jamalee Bashah dan Helmi Effendy pada tahun 2013 dengan sasaran untuk menjadikan budaya ilmu sebagai asas kehidupan rakyat Malaysia.
The Patriots memaparkan artikel-artikel bermanfaat yang lebih memfokuskan kepada sejarah Melayu dan dunia.
Penulis-penulis artikel laman ini juga mempunyai latar belakang yang sangat mengagumkan sekaligus membuatkan ia satu laman yang sangat berkredibiliti.
Anda boleh ikuti The Patriots di:
7. The Diagnosa
Bagi yang meminati bidang perubatan dan sains, anda wajib mengikuti laman The Diagnosa yang diasaskan oleh pegawai perubatan Dr. Latif Saad.
Laman berilimiah ini menyediakan artikel-artikel perubatan dalam bahasa Melayu yang memudahkan pembacaan semua golongan rakyat sekaligus menambahkan pengetahuan kita tentang bidang ini.
Anda juga boleh mengetahui tentang punca, gejala dan rawatan kebanyakan penyakit melalui artikel-artikel yang disediakan dengan begitu tersusun.
Lebih menarik, artikel-artikel ini ditulis oleh mereka yang berada dalam bidang perubatan sendiri termasuklah beberapa orang pegawai perubatan dan doktor.
Malah, jika terdapat sebarang kemusyiklan berkenaan sesuatu, anda boleh bertanyakan soalan kepada mereka melalui segmen "Tanya Soalan".
Bagi soalan-soalan yang sudah dijawab oleh pihak The Diagnosa, anda boleh menyemak dan membacanya di ruangan "Senarai Soalan".
Laman seperti ini sememangnya tidak begitu banyak di Malaysia, jadi ia adalah antara salah satu laman yang anda wajib ikuti!.
Anda boleh ikuti The Diagnosa di:
8. Root of Science
Sama seperti The Diagnosa, Root of Science juga adalah laman berlatarbelakangkan sains, tetapi juga memaparkan artikel-artikel berkenaan teknologi dan maklumat.
Root of Science yang juga diasaskan oleh Dr. Latif Saad merupakan cabang yang sama dengan laman The Diagnosa. Apa yang membezakannya dengan The Diagnosa adalah ia mempunyai segmen lain termasuklah:
- Kejuruteraan
- Kesihatan
- Sains Fizikal
- Pengkomputeran
- Sains Senibina
Laman ini menggunakan dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris yang mana bukan sahaja boleh diakses oleh rakyat tempatan tetapi juga semua pelusuk masyarakat Dunia.
Anda boleh ikuti Root of Science di: