Menanam kapsul masa adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan dan keseronokkan itu berkali ganda apabila tiba masanya untuk kita menggali dan membukanya.
Penanaman kapsul masa adalah satu upacara baru yang mula popular pada tahun 1939 dimulai dengan penanaman Kapsul Masa Westinghouse di Pesta Dunia.
Kapsul yang sangat terkenal itu dijadualkan untuk digali semula pada tahun 6939, mengandungi item quotidian dan penulisan meluas tentang sejarah manusia yang dicetak pada mikrofilem (bersama-sama dengan arahan bagaimana membina penampil mikrofilem).
BESARKAN TEKS A- A+
Ia merupakan projek yang bercita-cita tinggi, dengan jurutera mereka bentuk kapsul itu untuk mampu bertahan tempoh yang lama.
Namun, tak semua kapsul masa memberikan kegembiraan kepada orang ramai apabila ia dibuka berpuluh-puluh atau beratus tahun kemudian. iluminasi.com kongsikan 10 kapsul masa sejarah yang sangat mengecewakan.
1. Kapsul masa Derry, New Hampshire
Pada September 2019, para penduduk Derry, New Hampshire berkumpul di perpustakaan tempatan untuk menyaksikan apa yang mereka harapkan menjadi satu saat penting dalam sejarah bandar itu: Pembukaan kapsul masa 1969, yang mana mereka percaya mungkin mengandungi memorabilia dari angkawasan terkenal yang berasal dari Derry, iaitu Alan Shepard.
Sebaliknya, mereka langsung tidak menemui apa-apa.
Menurut pengarah perpustakaan Cara Potter, mereka sangat terkejut kerana tidak menemui apa-apa di dalamnya.
Walaupun tiada rekod yang menulis apa sebenarnya tersimpan dalam peti keselematan itu, diketahui bahawa kapsul masa itu telah dipindahkan beberapa kali dalam tempoh beberapa dekad.
Dan kombinasi nombor untuk membuka peti tersebut berada di bahagian belakangnya. Reed Clark, 90, penduduk tempatan berkata bahawa dia tidak dapat memahami mengapa ada orang yang mahu mengambil kapsul tersebut.
Ahli sejarah tempatan Paul Lindermann berkata bahawa terdapat sesuatu yang mungkin sangat berharga di dalamnya, termasuk barangan milik Alan Shepard.
2. Kapsul masa Plaza Campbell
Pada tahun 1961, Plaza Campbell yang merupakan pusat membeli belah berhawa dingin pertama di Amerika Syarikat yang terletak di Tucson, Arizona, meraikan pembukaannya. Untuk menjadikan acara itu tidak dilupakan, pihak pemaju menanam sebuah kapsul masa di bawah pasar raya itu dan mengharamkan sesiapa sahaja untuk mengambilnya untuk tempoh 25 tahun.
Apabila tibanya tahun 1986, satu lagi perayaan dilakukan untuk menggali kapsul tersebut. 3 kru TV merakamkan saat-saat di mana pekerja yang diiringi oleh bekas datuk bandar Tucson menggali kapsul itu dan membukanya.
Ahli arkeologi William Rathje berada di tempat kejadian dan kemudiannya melaporkan apa yang terkandung di dalamnya hanyalah surat khabar tempatan yang sudah pudar dan juga beberapa keping kad perniagaan.
3. Kapsul masa Bay City
Pada tahun 1965, para pekerja di Dafoe Shipbuilding Co. in Bay City, Michigan menanam "Kapsul Keamanan John F. Kennedy". Ia sepatutnya kekal di dalam tanah untuk 100 tahun, sehinggalah ahli-ahli majlis bandar menjadi tidak sabar pada tahun 2015 dan memerintahkan supaya ia digali 50 tahun lebih awal daripada yang dirancang.
Apabila kru-kru membuka kapsul gergasi itu, mereka mendapati bahawa ia tersangat basah. Ini kerana pembuat kapal yang bertanggungjawab untuk menutup kapsul itu tidak dapat menghalangnya daripada dimasuki air.
Kebanyakan barangan yang terkandung di dalamnya adalah kertas-kertas yang musnah selepas 50 tahun terendam di dalam air.
Barangan bukan kertas yang dapat dikenal pasitu termasuklah sepasang kasut but wanita, pengepit ais gergasi, pengasah pencel, lesung batu, riben, pengisar kopi, mentol, seterika bukan elektrik dan banyak lagi.
4. Kapsul masa Westport Elementary
Pada tahun 1947, penguasa Westport Elementary School di Missouri menanam kapsul masa yang tidak akan dibuka untuk tempoh 50 tahun akan datang.
Dia meninggalkan nota yang memperincikan tentang perkara ini, tetapi dia lupa untuk memasukkan sebarang maklumat mengenai lokasi kapsul itu.
Apabila tiba masa untuk mengambilnya, tiada siapa tahu di mana hendak mula menggali. 'Kami menggelarkannya sebagai sejarah misteri," kata seorang guru yang ditugaskan untuk mencarinya.
Malah, usaha pencarian adalah mustahil kerana peta sekolah itu juga telah hilang.
5. Kapsul masa Long Island
Untuk ulang tahunnya ke-350 pada tahun 2015, penduduk Smithtown di Long Island, New York membuka kapsul masa yang telah ditanam di hadapan dewan bandar pada tahun 1965.
Perayaan pembukaan diadakan, dan ramai lebih daripada 175 penduduk berkumpul untuk menyaksikan pegawai bandar yang berpakaian kostum secara dramatik mendedahkan kandungannya.
Antara barangan yang ditemui adalah pengisytiharan kumpulan Brothers of the Brush, kertas dan peralatan dari acara ulang tahun ke-300, buku telefon, edisi The Smithtown News, wang dari tahun 1950-an dan 60-an, topi hitam lelaki, dan bonet putih.
Penduduk dan pegawai bandar itu berasa sangat terkejut, dengan mengatakan bahawa mereka menjangkakan orang-orang yang menanamnya mempunyai imaginasi yang lebih baik dan memasukkan artifak-artifak pada waktu itu ke dalam kapsul masa tersebut.
Menurut Kiernan Lannon, pengarah eksekutif Persatuan Sejarah di bandar ini, apa yang paling menarik yang keluar dari kapsul tersebut adalah baunya yang sangat teruk. "Ia adalah bau hapak yang paling kuat saya pernah hidu," kata Kiernan.
6. Kapsul masa New York Mills Union Free School District
Pada tahun 2014, pelajar New York Mills Union Free School District memenuhi dewan perhimpunan untuk menyaksikan pembukaan kapsul masa yang berusia 57 tahun.
Kapsul itu yang ditanam di bawah batu asas sekolah, telah didedahkan mengandungi "duit syiling tahun 1957, senarai kelas, buku panduan guru dan risalah peruntukan.
Dalam video yang memaparkan penggalian kapsul masa itu, anda boleh mendengar suara-suara pelajar yang sangat kecewa kerana mengharapkan sesuatu yang lebih bermakna.
7. Kapsul masa Otta
Para penduduk Otta, Norway tidak sabar-sabar menunggu hari di mana mereka akan membuka pakej yang telah ditanam pada tahun 1912 dan diberikan kepada datuk bandar pertama pada tahun 1920, bersama dengan nota: "Boleh dibuka pada tahun 2012."
Penduduk bandar itu berharap ia terkandung kontrak masa depan minyak, sementara ahli sejarah secara optimistik meramalkan peninggalan dari perang 400 tahun.
Bungkusan itu dibuka pada akhir upacara sangat mewah serta menampilkan persembahan muzik dan ucapan.
Orang ramai termasuk Puteri Astrid dari Norway, harus menunggu 90 minit yang sangat mengujakan sebelum sampai ke acar utama.
Setelah dibuka, apa yang ditemui adalah assatu lagi bungkusan di dalamnya, dan di dalam bungkusan itu terdapat beraneka kertas, yang mana mengecewakan semua orang.
Antara dokumen-dokumen yang ditemui termasuklah surat khabar bertarikh 1914 dan 1919, beberapa tahun selepas pakej itu mungkin dimeteraikan. Walaupun dianggap sahih, penemuan itu tetap mengelirukan.
8. Kapsul masa New Zealand
Pada tahun 1995 di New Zealand, satu kapsul berusia 100 tahun yang disangka mengandungi dokumen sejarah telah dibuka oleh cendekiawan dengan harapan yang sangat tinggi.
Menurut The New York Times, apa yang mereka dapat hanyalah air berlumpur dan sebutir butang.
9. Kapsul masa Michigan State Capitol
Michigan State Capitol merayakan ulang tahun ke-100 nya pada tahun 1979, dan para pegawainya menandakan peristiwa tersebut dengan membuka kapsul yang telah ditanam di bawah asas bangunan tersebut.
Walaupun senarai kandungan kapsul itu sangat menarik iaitu akhbar tahun 1873, sejarah negara, sejarah Free Masonry, salinan Deklarasi Kemerdekaan, plat perak yang ditulis dengan nama pegawai Lansing, dan kertas lain mengenai topik khusus, namun semua ini tidak termasuk dalam kotak tersebut.
Barang-barang sebenar yang ditanam berakhir dengan kemusnahan.
Menurut Robert Warner, bekas pengarah Perpustakaan Sejarah Bentley University of Michigan, barang-barang dalam kapsul itu berada dalam keadaan yang sangat teruk. Kerosakan disebabkan oleh air telah mmembuatkan kertas-kertas musnah.
10. Kapsul masa Keith Urban yang mengelirukan
Dewan Muzik Negara Pioneer Village di Australia telah dibiarkan dalam keadaan yang rosak, yang mana menjadikan penemuan sebuah plak di dalamnya pada tahun 2014 menjadi sesuatu yang sangat menarik.
Dan terdapat teori yang mengatakan mungkin terdapat janji yang ditanam di bawah tempat terbengkalai itu. Tersembunyi di balik tumbuh-tumbuhan yang terlalu semak, plak itu tertulis:
Pioneer Village Country Music Club
10 yr Time Capsule
Placed by Mayor Yvonne Chapman
This Day 4th July 1994
To be Re-opened 4th July 2004
Menurut apa yang diceritakan oleh Paleofuture, kapsul tersebut lambat dibuka 10 tahun, walaupun para peminat yang kerap hadir ke dewan muzik itu berkata mereka tahu yang ada di dalamnya, iaitu sekeping gambar Keith Urban ketika muda.
Pemuzik itu bermula di Pioneer Village, dan gambar tersebut ditanam untuk meraikan bintang tempatan.
Apa yang aneh adalah satu kapsul berbeza dari tahun 1994 telah ditemui di tanah dewan muzik itu yang terbengkalai pada tahun 2013.
Peminat Keith Urban membukanya dengan bersemangat, dengan anggapan bahawa mereka telah menemui gambar tersebut tetapi kecewa apabila ia tidak mengandungi apa-apa.
Kapsul Masa di Malaysia?
Di Malaysia, dikatakan terdapat 5 kapsul masa yang telah ditanam sejak 28 tahun dahulu oleh Tun Dr. Mahathir (PM), Dato Seri Anwar Ibrahim (TPM) dan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan). Lokasi kapsul adalah seperti berikut :
- Sunway Putra Mall (1987-2087)
- Hentian Rehat & Rawat Rawang (1994-2018)
- Mercu Tanda Putrajaya (1995-2020)
- Menara Kuala Lumpur (1996-2018)
- Bursa Malaysia (1987-2020)
Persoalannya ialah bila nak buka? Sepatutnya tahun ini, sudah 4 kapsul yang patut dibuka tidak termasuk kapsul di Sunway Putra Mall yang patut dibuka pada tahun 2087.
Rujukan:
1. Courier Mail
2. NZ Herald
3. MSN