beg

Memang tak dinafikan beg wanita antara perkara yang boleh menyimpan pelbagai benda, bermula dari barang keperluan sehinggalah kepada resit-resit lama serta sampah. Bukanlah tidak terurus, tapi wanita sebenarnya suka lebih bersedia membuatkan mereka gemar menyumbat segala item yang mereka rasa mereka perlu, untuk jangka masa yang tidak diketahui.

iluminasi.com ingin berkongsi 10 item yag wajib ada dalam beg tangan wanita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Duit

duit

Ini sudah tentulah, tak ada duit, apa gunanya beg tangan kan? Orang lelaki pun simpan duit dalam dompet, tetapi secara lazimnya wanita lebih ramai yang simpan wang tunai di dalam beg mereka. Mungkin kerana mereka lebih bersedia, ataupun lebih kerap shopping berbanding lelaki, itu bergantung kepada wanita itu. Tapi biasanya memang akan ada cash.

2. Telefon

samsung

Ya memang kaum adam pun bawa telefon, tetapi wanita biasanya meletakkan di dalam beg. Telefon boleh dikatakan bersaing dengan alat solek bagi tempat pertama item yang paling wanita perlu ada dalah beg tangan. Kalau tak ada telefon dalam beg tangan, maksudnya sama ada tercicir ataupun dicuri. Namun ada juga wanita yang menyimpan telefon mereka dalam poket seluar sepertimana dilakukan oleh lelaki.

3. Kunci

kunci

Entah berapa banyak kereta atau rumah yang mereka ada, yang pastinya akan ada banyak kunci dalam beg wanita. Kunci kereta dan kunci rumah itu adalah biasa. Tetapi kunci-kunci lain itu luar biasa.

4. Alat solek

mekap

Ini adalah item yang paling penting sekali, malah lebih penting daripada duit. Bagi wanita, kecantikan itu adalah segalanya dan tak cukup syarat jika mereka keluar tanpa alat solek dalam beg mereka. Jika tak ada duit, boleh keluarkan di ATM, tapi kalau terlupa bawa alat mekap, memang tak senang duduk jadinya. Bagi mereka yang sering bergegas ke sana ke mari dan tak sempat nak solek di rumah, menyimpan alat solek dalam beg dapat menyelamatkan diri kerana boleh solek dalam kereta ataupun dalam tandas awam.

5. Barangan feminin

libresse

Di saat-saat genting, barang-barang feminin amat penting bagi wanita. Item seperti tuala wanita (pad) adalah yang dimaksudkan. Oleh kerana mereka kadang-kadang terlupa tarikh atau tidak tahu langsung, tuala wanita perlu sentiasa ada dalam beg bagi mengelakkan perkara tak diingini berlaku. Anda faham kan apa yang dimaksudkan?

6. Kacamata

shades

Kacamata juga perlu ada di dalam beg wanita, dan sangat penting dikala matahari mencanak naik dan berada betul-betul di atas kepala. Ia juga penting untuk menyembunyikan eyebag serta sebagai perisai untuk mengelakkan eye contact. Bagi mereka yang jarang mandi pagi, kacamata wajib ada dalam beg tangan untuk menyelamatkan mereka daripada situasi-situasi yang janggal, seperti soalan, "Eh awak tak mandi ke pagi dari..tahi mata pun ada lagi,"

7. Ubat tahan sakit

pain killer

Ini wajib, cuba buka beg tangan adik atau rakan wanita anda, pasti akan ada ubat tahan sakit. Seperti biasa, wanita lebih suka bersedia, dan pastinya dalam beg mereka akan ada ubat tahan sakit. Wanita sentiasa membawa pelbagai jenis ubat tahan sakit, dan yang paling penting adalah ubat tahan sakit untuk period pain. Kadang-kadang wanita simpan ubat-ubatan bukan untuk mereka tetapi untuk orang lain, sebagai persediaan.

8. Aksesori rambut dan lain-lain

aksesori

Sudah menjadi lumrah wanita suka kecantikan, sudah tentunya banyak aksesori mereka. Sama ada mempunyai rambut pendek atau panjang, wanita biasanya akan simpan 2 hingga 3 aksesori rambut termasuklah cekak, getah ikat rambut dan sanggul. Ia amat berguna bagi mereka yang berambut panjang di kala hari panas.

Juga aksesori lain seperti anting-anting dan skaf juga disimpan di dalam beg. Walaupun jarang dipakai, bagi wanita jika item ini ada, mereka akan lebih selamat jika memerlukan.

9. Losyen dan pelembap kulit

losyen

Selain daripada melembapkan kulit, losyen juga bertindak sebagai pewangi badan. Wanita biasanya akan menyimpan item-item ini di dalam beg. Tak kiralah sepenuh mana pun beg mereka, wanita akan pastikan losyen adalah salah satu benda yang ada dalam beg mereka.

10. Makanan dan snek

mars

Akhir sekali, makanan. 90% daripada beg jika diperiksa akan mengandungi makanan, sama ada makanan berat ataupun snek. Mereka menganggap beg mereka seperti poket sukahati Doraemon yang mampu menyimpan apa sahaja, jadi makanan dan snek tidak terkecuali. Secara lazimnya mereka akan menyumbat makanan dikala tergesa-gesa terutamanya ketika waktu pagi dan tak sempat bersarapan. 

Namun apa yang menghairankan makanan atau snek itu boleh berada di dalam beg mereka untuk jangka masa yang lama, sehinggakan sudah luput tariknya. Mungkin disebabkan tak sempat nak kemas atau sengaja dibiarkan, mereka sahaja yang tahu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)