Kredit foto: Instagram Zizan Razak

Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak menyasarkan untuk berkahwin selewat-lewatnya pada tahun hadapan.

Namun, dalam masa sama, pelakon Abang Long Fadil ini mengakui sedang dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat ini.

"Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan.

"Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.

"Jadi, saya harus pilih yang terbaik," katanya. kepada Astro Gempak.

Beliau membuat kenyataan tersebut sewaktu menghadiri majlis berbuka puasa Rocketfuel yang diadakan di Hotel Eastin, Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia belum bersedia mendedahkan identiti calon isterinya itu kepada umum.

Begitupun, sebagai bayangan, Zizan memberitahu gadis itu adalah seseorang yang sudah dijangkakan para peminatnya.

zizan razak bakal berkahwin ini hint bakal isterinya 2

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

"Sudah tentu dia perempuan... Buat amsa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan.

"Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut," katanya.

Zizan berkata, kriteria isteri yang dicarinya adalah seorang wanita yang memahami serta mampu menjadi lebih daripada sekadar sahabat.

"Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama," jelasnya.

Mengenai perkembangan terkini, aktor berusia 34 tahun itu bakal terbang ke Indonesia sekali lagi untuk menjayakan penggambaran filem terbitan produksi negara republik itu selepas berakhirnya musim Aidilfitri nanti.




Hakcipta iluminasi.com (2017)