Kredit foto: Instagram Jaa Suzuran 

Penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran mempelawa aktor Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) untuk mengajuk percakapan dalam dialek negeri Melaka dan Kelantan.

Momen itu didedahkan dalam video sesi temubual Jaa bersama SRK di kediamannya di Mumbai, India. Video tersebut dimuat naik secara eksklusif di laman Youtube Era FM.

Antara ayat dan perkataan yang diajar Jaa dan seterusnya diajuk oleh SRK adalah "merecik hawau" dan "kawe jatuh motor sakit boh." 

video lucu jaa era fm ajar shah rukh khan cakap dialek melaka dan kelantan 2

Kredit foto: Instagram Jaa Suzuran 

Menerusi reaksi balas netizen, ramai yang menganggap momen itu sebagai melucukan. Tak kurang ada juga yang menyifatkan SRK comel ketika menuturkan perkataan-perkataan dialek.

Bayangkan SRK bercakap Bahasa Melayu dalam dialek-dialek negeri. Anda saksikan sendiri momen mencuit hati ini dalam video yang kami sertakan di sini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)