Terdapat pelbagai teknik dalam memancing, salah satu daripadanya adalah Teknik casting. Casting merupakan satu teknik yang memerlukan fokus dan tenaga yang lebih kerana teknik ini perlu untuk melempar umpan tiruan (umpan buatan) atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai artificial lure dengan menggunakan pancing (fishing rod). Umpan (lure) akan di lempar ke dalam sungai mengikut sasaran yang di tetapkan oleh pemancing, setelah itu pemancing akan karau pancing tersebut menggunakan mesin pancing agar umpan tersebut bergerak dan timbul dengan gaya yang mengumpan supaya dapat menarik perhatian ikan seperti haraun atau toman untuk menyambarnya.
BESARKAN TEKS A- A+
Teknik casting merupakan teknik yang perlu kesabaran kerana anda perlu melempar umpan dan karau semula umpan tersebut sehingga pemangsa menyambar ikan tersebut. Teknik casting selalu di aplikasi di lubuk lubukan ikan seperti empangan, tali air, sungai, kolam, kawasan berpaya, tasik, tepi pantai dan laut.
Tahukah anda bahawa umpan (lure) tiruan adalah umpan buatan yang dibuat menggunakan bahan daripada plastik,loga serta kayu. Terdapat pelbagai variasi lure yang sering kita jumpai dipasaran seperti soft lure, deep type, shallow type dan pelbagai variasi lagi. Umpan buatan ini juga dibuat secara buatan tangan (handmade) dan ada juga yang menggunakan mesin sepenuhnya untuk membuat umpan tersebut. Disini pihak iluminasi berbesar hati kerana di beri peluang untuk menemuramah Atok Lure pembuat umpan (lure) buatan tangan yang terkenal di kalangan pemancing didalam mahupun luar negara. Ikuti temuramah kami bersama Atok Lure atau lebih dikenali sebagai Atok.
S : Boleh ceritakan sedikit tentang latar belakang Atok?
J : Saya dilahirkan di Pulau Pinang tetapi dibesarkan di Kedah, sekarang saya tinggal bersama keluarga di Jitra, Kedah. Saya mempunyai kerjaya hakiki di sektor awam dan saya juga membuat kerja part time sebagai pembuat umpan tiruan ataupon lebih dikenali sebagai luremaker.
S : Bagaimana tercetus idea untuk menghasilkan umpan tiruan ini?
J : Pada asalnya ia merupakan hobi kerana maklumlah umpan (lure) agak mahal di pasaran, di sebabkan saya minat memancing dan selalu melakukan aktiviti memancing menggunakan teknik casting, saya mula berfikir dan terdetik di hati saya untuk membuat umpan tiruan dan menggunakan umpan tiruan tersebut dari buatan tangan saya sendiri. Sebenarnya di sebabkan minat yang mendorong saya untuk menjadi pembuat umpan. Sejak kecil lagi saya minat bertukang dan memancing, di situlah tercetus idea untuk mendorong saya mencuba untuk membuat umpan buatan sendiri.
S : Sudah berapa lama Atok menceburi bidang ini?
J : Sebenarnya saya mula menceburi bidang ini sejak tahun 2007/08 lagi tetapi saya tidak begitu teliti dalam pembuatan umpan kerana pada masa itu umpan yang dibuat adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Selepas itu ramai rakan pemancing yang tertarik dengan umpan yang saya buat, mereka sering bertanyakan saya macamana nak dapatkan umpan ini, disebakan itu saya mulai serius untuk membuat kajian yang teliti untuk menghasilkan produk umpan buatan saya sendiri dan terhasillah produk dinamakan Atoklure yang tercetus pada tahun 2014 hingga sekarang.
S : Apakah cabaran dan kepuasan sebagai pembuat umpan tiruan?
J : Bagi saya setiap perkerjaan yang kita lakukan mesti akan ada cabaran yang perlu kita lalui, bergitu juga dengan saya, cabaran utama saya adalah untuk menyakinkan produk yang saya buat ini kepada para pemancing (caster) kerana terdapat banyak saingan umpan tiruan dipasaran. Terdapat pelbagai jenis produk yang datang dari luar negara di pasaran ini, disebabkan itu saya rasa begitu mencabar dan saya ingin memajukan lagi produk umpan saya sehingga ia mendapat tempat di hati pemancing. Saya berasa begitu puas apabila pemancing yang menggunakan produk saya memberi respon yang positif dan ingin menempah lagi produk keluaran saya itu.
S : Apakah jenis umpan tiruan buatan Atok?
J : Setiap produk yang dihasilkan saya, kebanyakkan diguna untuk top water lure tetapi sekarang saya sudah membuat umpan selaman /dasaran bagi memenuhi kehendak para pemancing (caster) sekarang.
S : Bagaimana Atok memasarkan produk ini?
Alhamdulillah umpan (lure) saya telah berada disemua negeri di Malaysia ini termasuk Sabah dan Sarawak, kebanykan saya menjual secara online dan terdapat juga dijual di kedai pancing sekitar Perak. Produk saya juga sudah telah mempunyai jualan di luar negara dan telah dijual kepada para pemancing di sekitar USA, Australia dan Singapura.
S : Sesetengah orang kata kaki pancing ini pemalas, suka duduk saja goyang kaki tunggu ikan. Apa pandangan Atok?
J : Haha yang goyang kaki ini biasanya mereka memang suka main di dasar sahaja, bagi saya mereka bukan pemalas tapi minat mereka ini hanya tunggu ikan makan umpan dan ia juga adalah sebahagian dari teknik memancing. Berlainan pula dengan teknik casting yang mana caster cuba memujuk ikan untuk memakan umpan. Biasanya yang goyang kaki ini, mereka lebih santai berbanding mereka yang menggunakan teknik casting. Misi kami tetap sama untuk menaikkan ikan.
Disini Atok berkongsi dengan para pembaca iluminasi gambar gambar para pemancing yang berjaya mendaratkan ikan menggunkan umpan buat Atok sendiri. Wow, besar besar ikan yang pemancing dapat menggunakan umpan buatan ini. Ikan mana yang tidak marah apabila melihat umpan yang menari-nari di atas permukaan air, comfirm disambar mereka.
Ikuti Laman FB : Atok Lure