Oleh pada 25 Aug 2017 kategori

Setiap tahun, berjuta-juta rakyat Malaysia masuk ke negara jiran, Thailand bagi tujuan melancong. Thailand dikenali sebagai syurga buat pengembara dari segi makanan, hiburan, pemandangan, pantai, pulau dan banyak lagi. Sebagai seorang Muslim, untuk mencari makanan halal adalah satu kewajipan bagi saya. Sepanjang pengalaman saya di Thailand, saya ingin menceritakan sedikit tentang tips bagi mendapatkan makanan halal di seluruh Thailand.

BESARKAN TEKS     A-  A+

bangkok

thailand 759

Seperti mana yang telah ramai ketahui, bahagian selatan Thailand iaitu seperti Danok mempunyai ramai rakyat Thailand yang beragama Islam. Secara tak langsung, ia menjadi amat mudah untuk kita mendapatkan makanan halal.

Namun, bagaimana jika anda tinggal atau melawati kawasan atau satu pekan kecil yang tiada langsung makanan halal untuk dimakan? Ke manakah yang anda akan pergi bagi mendapatkan makanan halal?

family mart

family mart 2 983

Jawapannya adalah FAMILY MART. Family mart merupakan kedai serbaneka seperti 7-Eleven di Malaysia. Ada beberapa makanan di dalam Family Mart yang telah disahkan halal oleh jabatan agama Islam Thailand. Di sekitar Thailand, tidak susah untuk mencari Family Mart.

Di setiap pekan kecil akan ada satu atau dua Family Mart. Antara produk yang saya jumpai di kedai serbaneka ini adalah sosej dan juga pizza, yang mempunyai tanda halal. 

halal 2

halal 3

halal 4

Dengan harga yang agak berpatutan sekitar 39 bath (RM5), ia sudah cukup untuk mengenyangkan perut anda buat seketika. Produk ini hanya terdapat di dalam Family Mart sahaja dan tiada di dalam 7 Eleven.  

Namun, jika anda tak menjumpai Family Mart, 7 Eleven Thailand juga mempunyai makanan halal termasuklah roti, air kotak, mi segera dan banyak lagi. Hanya perlu cari tanda halal.

Saya juga cadangkan untuk mencuba teh ais dari mesin air di 7-Eleven dengan berharga 24 baht (RM3) iaitu cawan yang paling besar. Halal? Teh ais ada yang tak halal ke?

halal 5

Menurut rakan lain, 7 Eleven juga ada menyediakan makanan sejuk beku seperti nasi putih, nasi goreng kampung dan nasi bersama telur yang berjenama CP. Namun, bukan semua produk CP adalah halal, tetap perlu cari tanda halal, lebih selamat.

Info ini adalah percuma dari pengalaman saya sendiri dan merupakan salah satu ikhtiar hidup saya ketika mengembara.  

Perkongsian oleh Jeroong Wia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)