Majlis resepsi perkahwinan pasangan Raf Yaakob dan Mawar Rashid berlangsung dengan meriahnya di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Mawar anggun dalam gaun rekaan Cosry, bersama tatarias disempurnakan oleh Bee Ramza. Gaya rambut pula daripada sentuhan Syuq Kadir.
Antara kelibat selebriti yang hadir sebagai tetamu termasuk pasangan Uqasha Senrose dan Hefny Sahad, Hisyam Hamid dan isteri, Michael Ang, Kamal Adli dan Emma Maembong, Mejar David Teo dan isteri, Adeline Tsen, Puteri Aishah, Syamim Farid dan Raysha Rizrose.
Kami ucapkan tahniah buat Raf dan Mawar. Semoga perkahwinan yang didirikan akan berkekalan ke akhir hayat.
Berikut kami kongsikan foto-foto menarik sepanjang majlis berlangsung.
Pasangan ini selamat dijabkabulkan dengan sekali lafaz pada pukul 3.20 petang, bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, 9 November lalu.
Sumber berita: Beautifulnara
Kredit foto: Instagram David Teo & Beautifulnara