Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf
Keberanian aktor muda, Aedy Ashraf tampil dengan penampilan yang sering menampakkan susuk tubuhnya membuatkan sesetengah pihak kurang berpuas hati.
Aedy yang telah menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak berusia lapan tahun, gemar memuat naik foto-foto "tayang badan" di laman Instagram sejak kebelakangan ini.
Bukan sahaja dikecam, malah imej beliau menjadi perdebatan hebat di kalangan netizen di media sosial.
Aedy dalam sebuah kenyataan terbarunya mendedahkan niat sebenarnya beraksi sedemikian.
Menurut Aedy, dia tidak bermaksud untuk mencetuskan kontroversi, sebaliknya hanya mahu menjadi dirinya yang sebenar.
Saya hanya menjadi diri sendiri. Selama ini saya berusaha keras mendapatkan susuk badan dambaan ramai lelaki. Jadi, apa salahnya saya kongsi di Instagram. Lagipun, saya bukan sengaja mahu cetus kontroversi. Ini kehidupan dan pilihan saya. Terpulang kepada khalayak mahu melihatnya atau tidak.
Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Instagram Aedy Ashraf