Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan sahaja antara universiti terbaik negara, malah juga di Asia. Dan kini, ia telah berada di kedudukan bersama-sama institusi-institusi elit dunia.
Senarai QS World University Rankings 2018 edisi ke-8 yang dikeluarkan oleh penganalisa pengajian tinggi global QS Quacquarelli Symonds yang dikeluarkan semalam melihatkan 12 daripada subjek UiTM tersenarai di antara universiti terbaik.
BESARKAN TEKS A- A+
Antara subjek-subjek tersebut termasuklah :
- Kejuruteraan - Kimia
- Kejuruteraan Mekanikal, Aeronautik dan Pembuatan
- Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
- Perubatan
- Farmasi dan farmaakologi
- Kimia
- Perakaunan dan Kewangan
- Pengajian Perniagaan dan Pengurusan
- Pendidikan
- Senibina dan Alam Sekitar
- Pertanian dan Perhutanan
- Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Selain daripada pencapaian yang membanggakan ini, UiTM juga mencatatkan peningkatan dalam 4 subjek iaitu :
- Sains Sosial dan Pengurusan (dari kedudukan 309 ke 198)
- Kejuruteraan dan Teknologi (dari kedudukan 280 kepada 180)
- Seni dan Kemanusiaan (dari kedudukan 249 kepada 239)
- Sains Hayat dan Perubatan (berada dalam kedudukan di antar 451 hingga 500 buat kali pertama)
Kesemua subjek yang disenaraikan berdasarkan prestasi dalam 4 aspek iaitu reputasi akademik rakan sebaya, reputasi siswazah oleh majikan, jumlah artikel Scopus yang diindekskan dalam tempoh 5 tahun dan juga indeks-H (yang juga diambil dari Scopus), jelas Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said.
Indeks-H adalah ukurun produktiviti cendekiawan dan impak rujukan dalam bidang masing-masing.
Tambahnya lagi, UiTM menunjukkan peningkatan dengan jumlah skor 326 yang majoritinya disumbangkan oleh reputasi siswazah mengikut majikan dan juga Indeks-H dari Scopus.
Rujukan :
1. NST